CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Doktor Dimaki Bodoh, Biadab Sebab Rujuk Buku Ketika Beri Rawatan

2-9-2020 02:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11674| Komen: 32

Description: Seorang doktor dikenali sebagai Dr Chaku atau nama sebenarnya Kamarul Ariffin Nor Sadan meluahkan rasa kesal dan terkilan terhadap ibu seorang pesakitnya.
Seorang doktor dikenali sebagai Dr Chaku atau nama sebenarnya Kamarul Ariffin Nor Sadan meluahkan rasa kesal dan terkilan terhadap ibu seorang pesakitnya. 



Dalam hantaran di Facebooknya, Dr Chaku menjelaskan kejadian berlaku ketika kali pertama bertugas sebagai House Officer (HO) atau doktor pelatih.

Katanya, kejadian berlaku apabila waris pesakit berkenaan melihat Dr Chaku merujuk buku ketika merawat anaknya, lalu mencemuh kredibilitinya sebagai seorang doktor.

Selepas menerangkan tujuannya merujuk buku berkenaan, wanita terbabit semakin naik angin dan menuduh Dr Chaku biadab.

Doktor itu kemudian akur apabila dipanggil Ketua Jabatan untuk memberi penjelasan sebelum diarah kemukakan surat tunjuk sebab.



Dedahnya, walaupun kini bergelar Pegawai Perubatan atau Medical Officer (MO), dia masih menyemak buku sebagai rujukan sekiranya timbul keraguan.

"Aku tak pernah rasa bodoh berbuat demikian.

"Bagi aku, orang yang kurang ilmu tapi mengambil inisiatif untuk buka buku(belajar) tak layak dipanggil bodoh. Orang bodoh adalah orang yang cetek ilmu tapi membiarkan dirinya terus tak berilmu. Tiada inisiatif.

"Selepas ini aku harap, kalau anda nampak doktor atau sesiapa sahaja yang semak buku/nota/rujukan untuk melakukan sesuatu, berilah sokongan dan dorongan padanya," ujarnya.


Kredit foto: FB Dr Chaku

Kalau tak tahu, rujuklah pada yang arif. Janga memandai-mandai menjatuhkan hukum.- CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Melopan 2-9-2020 03:07 PM
Dulu Dr rawat aku pun Masa nak tulis Surat untuk aku refer ke ospital lain pun rujuk buku juga...sbb nak make sure terms yg dia guna betul...tp betul lah tu budaya membaca bukan budaya masyarakat kita
Quote husna_amal 2-9-2020 03:12 PM
Orang bodoh je yang biadap macam ni.
Quote kakyungpilah85 2-9-2020 03:28 PM
Xtau rujuk buku laa.. Kang main hentam kang ko maki jugak.. Tongong punya org
Quote barfi 2-9-2020 03:53 PM
Ramai plak doktor2 yg nak jadi penulis skg.. harap2 bukan hasanah aje la.. kawan iols doktor gak.. baru habis HO gigih nya la hampir hari2 mengarang cerpen apa yg jadik di department dia sekian2
Quote RatuDunia94 2-9-2020 04:24 PM
barfi: Ramai plak doktor2 yg nak jadi penulis skg.. harap2 bukan hasanah aje la.. kawan iols doktor gak.. baru habis HO gigih nya la hampir hari2 mengarang c ...


Dr ni mmg terkenal dgn penulisan "cerita nak best" je.. somehow mng iols rasa hasanah pon.. doktor la ni pun byk masa nk reka cerita hasanah..
Quote Belibis 2-9-2020 04:40 PM
Doktor,cikgu cikgi, PU semua nak cari peluang popular.
Terpaksa la buat karangan 150 perkataan.
Quote seri_mawr 2-9-2020 05:06 PM
x pernah lagi jumpa Dr yang aku guna khidmat beliau masa bersalin and dr anak2 aku tulis karangan dekat IG or media social...

sibuk gila aku tgk Dr2 tu...masing2 pakar kot....sampai lunch pun terlajak kadang2 klu time aku checkup dulu2...

tapi Dr zaman la...bnyk kuar TV and bnyk masa tulisa karangan kat media social....
Quote irish_ieka 2-9-2020 05:22 PM
for me aku tetap was2 dengan doctor. arwah abah aku batuk2 keluar darah hampir setahun pergi ulang alik klinik hospital diorang boleh kate tkde ape2 . padahal dah buat xray dkt hospital. doktor slayang ckp tkde pape doctor KK ckp tkde pape.. bile tunjuk dkt sepupu aku pakar bedah yg dh pencen. die ckp something wrong dgn lung and suruh recheck blk utk cancer. baru doctor mengaku lung cancer stage 4 dan time tu dah terlambat. and for that I hate you doctors.
Quote fly_in_d_sky 2-9-2020 08:44 PM
always get second opinion kalau penyakit tak sembuh atau doktor A kata takde apa-apa sakit yang bahaya ...
tapi tak perlu ler sampai nak kecam doktor tu bodoh
tambah lagi doktor pelatih .. ilmu praktikal kurang berbanding ilmu teori
Quote Analisaxx 2-9-2020 10:01 PM
Doktor pun manusia biasa,kekadang salah diagnose pun ada juga. Sakit lain bagi ubat lain tapi itulah 1 simptom possibility utk mcm2 penyakit. Tapi kalau I dapat doktor tgk buku/nota rasanya telan air liur jugaklah tak confident tapi takdelah nak marah2
Quote LadyCarefree 2-9-2020 10:05 PM
barfi: Ramai plak doktor2 yg nak jadi penulis skg.. harap2 bukan hasanah aje la.. kawan iols doktor gak.. baru habis HO gigih nya la hampir hari2 mengarang c ...


Diorang dok jual buku. Walau ebook pun mahal senaskah. Ada yg jual pengalaman sendiri sakit masuk sepital, ada yg macam dia ni pengalaman2 perit, ada juga yg tulis cerita seram. Ada iols nampak doktor ni dok post gambar dia kt wad terlantar sakit pastu kapsyen kalau nk tahu lebih lanjut, beli buku dia kat link dia bagi.

Sebab tu la walau dr imelda, dr rafidah semua tu nmpak kasar mcam sombong tp mereka tu gigih kongsi ilmu free. Tadok ambil kesempatan jual benda2 kat followers mereka.
Quote NazRysha 3-9-2020 08:39 AM
lama2 bosan pulak aku dgn dr yazid hair johari tu
kadang2 ntah apa2 post dia
Quote TomyamPuteh 3-9-2020 09:07 AM
Klau x pecaya pegi la cari bomoh. Alih2 kna cabul
Quote rykall 3-9-2020 09:23 AM
Lepas tu Dr ni pun meroyan dekat sosmed harapkan netizen hencap pesakit tu dan dapatkan pujian. Begitulah peel dr generasi skrg ni. Patutnya Dr tu selesaikan terus dengan pesakit / keluarganya. Itu lebih baik.
Quote per706 3-9-2020 10:15 AM
Ok laa,dri rujuk google hanattt
Quote Jorja 3-9-2020 05:29 PM
I pernah nampak sendiri pembuli (hp berjahit di tangan) tersengih2 mgejek  tgk sorang adik manis ni buka buku baca novel.. entah apa saja Salah dia.. kenapa? kena pegang hp aja ka tahun  2020 ni
Quote izzahhassim 4-9-2020 09:38 AM
per706 replied at 3-9-2020 10:15 AM
Ok laa,dri rujuk google hanattt

hahahaha haritu g bokak buku pink kt KK, jmpa doktor, dia google jek bnda apa yg dia nak cari.
i was like :"huh..!!?"
dia cek gamba apa ntah, utk bagi ubat lah rasanya.
last2 dia call doktor pakar (senior dia rasanya), utk comfirmation dosage aspirin.
baru lega..
bkn dia cek medical journal online ke, buku online ke.. dia cek gamba kt google utk table dosage.

Quote siputpepel 4-9-2020 11:52 AM
Ok latu dia check buku dulu
Quote salimrock 4-9-2020 02:27 PM
err sapa la makcik biadap tu,

kurang ajo nye..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.234108 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top