CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jual Bayi Baru Lahir Sebab Tak Mampu Tanggung Bil Hospital

3-9-2020 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2973| Komen: 11

Description: Tidak mampu membiayai kos pembedahan mendorong pasangan suami isteri menjual anak baru dilahirkan.
Tidak mampu membiayai kos pembedahan mendorong pasangan suami isteri menjual anak baru dilahirkan.

Memetik Daily Mail, Shiv Charan dan Babita berhutang 35,000 rupee (RM1,982.36) selepas melahirkan anak lelaki secara pembedahan di sebuah hospital di Agra.



Gambar hiasan

Justeru, penarik beca itu dan isterinya 'menjual' bayi mereka kepada hospital berkenaan pada harga 100,000 rupee (RM5,664) bagi membiayai bil hospital.

Bagaimanapun, pengurus hospital, Seema Gupta berkata,bayi itu  sebenarnya 'diserahkan' untuk dijadikan anak angkat kepada mereka yang memerlukan dan pasangan berkenaan sudah menandatangani perjanjian terbabit.

Difahamkan, pasangan itu memiliki lima anak dan kerja Charan sebagai penarik beca hanya meraih pendapatan 100 rupee (RM5.70) sehari.

Malah, kilang membuat kasut tempat anak sulung mereka bekerja juga ditutup berikutan pandemik Covid-19.



Kredit foto: Daily Mail

Bagaimanapun, majistert daerah, Prahbu N Singh menegaskan pihaknya akan menyiasat mengenai 'penjualan bayi' itu memandangkan ia bukan kejadian pertama berlaku.

Mana-mana bayi yang diserahkan kepada hospital akan 'dijual' kepada pasangan memerlukan cahaya mata.

Sementara itu, aktivis hak kanak-kanak berkata kepada Times of India bahawa 'penjualan' itu tidak mematuhi syarat diperlukan bagi pengambilan anak angkat. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 3-9-2020 03:02 PM
Aku ingat kan bapa dia dlm umur 40++ tu diaa sekali.. Mcm dah 60++
Quote sarahmirza 3-9-2020 03:06 PM
Eloklah dijual anak itu dari hidup membesar dalam kemiskinan tegar.
Quote husna_amal 3-9-2020 03:12 PM
Lain kali kalau tak mampu jangan buat anak.
Quote nazzse 3-9-2020 03:28 PM
sarah82 replied at 3-9-2020 07:02 AM
Aku ingat kan bapa dia dlm umur 40++ tu diaa sekali.. Mcm dah 60++

Kat sana memang gitu lah rupa mereka sarah. Terkejut aku masa gi sana. Mamat beca ni cakap umur dia 22. Aku tengok muka dah macam 40 tahun. Mungkin sbb tekanan hidup & kerja kuat drp kecik,tua sebelum usia.
Quote sarah82 3-9-2020 03:31 PM
nazzse replied at 3-9-2020 03:28 PM
Kat sana memang gitu lah rupa mereka sarah. Terkejut aku masa gi sana. Mamat beca ni cakap umur di ...

Mungkin la.. Kerja berat..
Quote Suchi 3-9-2020 03:43 PM
So stoplah buat anak lagi, sia je sakit beranak anak buwi kan orang gitu je sbb nak bayar bil sepital. Kalau tak ngandung n beranak tak perlu la nak ke hospital kan.

Tolong ye pihak sepital alang2 dah bedah tu BTL je terus.
Suaminya mesti tanak buang benih punya
Quote Zack8hunter 3-9-2020 03:49 PM
agak dah berita dari mana
Quote TomyamPuteh 3-9-2020 04:50 PM
Senang keja.. Buat ank, jual ank...
Quote bbasir 3-9-2020 04:51 PM
husna_amal replied at 3-9-2020 03:12 PM
Lain kali kalau tak mampu jangan buat anak.

dah pancut dalam sis.. caner gak.. xkan nak korek balik haha
Quote Artemesiaa 3-9-2020 04:59 PM
Mes ia kejadian biasa disana beza dilapurkan atau tidak je
Quote Knowlee 6-9-2020 11:03 AM
nazzse: Kat sana memang gitu lah rupa mereka sarah. Terkejut aku masa gi sana. Mamat beca ni cakap umur dia 22. Aku tengok muka dah macam 40 tahun. Mungkin sb ...


Mungkin jugak sbb hidup susah, makanan tak cukup nutrien, sentiasa berjemur bawah matahari, jadi semua tu faktor cepat aging.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.042931 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top