CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alina Hassan Sebak Siti Sarah Taja Bedah Katarak

28-8-2020 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14350| Komen: 64

Description: Alina Hassan sebak apabila Siti Sarah menaja pembedahan mata kanannya akibat katarak.
Alina Hassan sebak apabila Siti Sarah menaja pembedahan mata kanannya akibat katarak.

Alina kata dia bersyukur atas rezeki yang diterima memandangkan sebelum ini dia juga berusaha keras mengumpul wang.


"Saya seakan tidak percaya dan tidak terkata. Ketika dapat mesej daripada pihak pengurusan Sarah, saya tanya betul ke? Sehinggakan saya turut tanya pada rakan, betulkah ini? Sarah memang suka tolong orang, tengoklah rezekinya.

"Ya Allah. Saya rasa bernasib baik dapat kenali Sarah walaupub hanya menerusi program Mentor Otai tidak lama dulu.

"Rasa bersyukur sangat, gembira tak terkata rasanya. Saya memang ada perancangan untuk ubati masalah katarak ini dan sedang mengumpul wang," katanya kepada Harian Metro.

Foto: IG

Juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 ini juga berkata,

"Kedua-dua belah mata saya alami katarak sekitar tahun 2011 lalu ketika bertugas sebagai pengawal keselamatan di KLCC.

"Ketika itu baru perasan mata saya ada selaput. Makin lama makin teruk sehinggalah saya menyertai program Kilauan Emas.

"Bila ada rezeki lebih, saya lakukan proses membuang katarak di mata kiri pada tahun 2017."

Foto: Harian Metro
Sementara itu Siti Sarah kata, 

"Saya hanya berharap dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan. InsyaAllah jika penglihatannya lebih baik, banyak perkara lain yang dia boleh lakukan selepas ini. Saya doakan moga dia berjaya dunia akhirat.

"Saya sebak sebab bila melakukan sesi ini dan bertemu dengan Prof Muhaya, kita semua yang berada di sini mungkin akan lebih sedar, betapa pentingnya sepasang mata.

"Dengan matalah kita nak membaca ayat suci al-Quran serta melakukan segala kebaikan yang lain.

"Saya doakan prosedur pembedahannya minggu depan dipermudahkan dan moga kesihatannya juga bertambah baik, insyaAllah. " -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 28-8-2020 04:35 PM
Kenapa tak pergi hospital kerajaan atau hospital mata tun hussein onn? Kalau fakir free je. Or almost free.
Quote dudaberhias 28-8-2020 04:37 PM
LadyCarefree replied at 28-8-2020 04:35 PM
Kenapa tak pergi hospital kerajaan atau hospital mata tun hussein onn? Kalau fakir free je. Or almos ...

lambat tak silap... hosp kerajaan kena buat appointment kadang2 berbulan juga baru dapat bedah...
Quote tikusmontok 28-8-2020 04:40 PM
LadyCarefree replied at 28-8-2020 04:35 PM
Kenapa tak pergi hospital kerajaan atau hospital mata tun hussein onn? Kalau fakir free je. Or almos ...

Hosp hussein onn pun kena byr.tak silap sblh 7k gak.
Quote LadyCarefree 28-8-2020 04:43 PM
dudaberhias replied at 28-8-2020 03:37 PM
lambat tak silap... hosp kerajaan kena buat appointment kadang2 berbulan juga baru dapat bedah...

Dah dia pun dah lama kan? Dari awal buatlah appt. Oklah nasib ada kawan nak bantu.
Quote theotherfriend 28-8-2020 04:51 PM
Spital gomen pun kena bayar ribu riban kata mak iosl
Quote tupaiterbang 28-8-2020 04:55 PM

Rate nak operate katarak kat Klinik Prof Muhaya tahun 2016 lebih kurang 9k untuk sebelah mata. Kos tak termasuk lens & misc. Kalau buat dua2 mata lebih kurang 25k-30k kot.

Tapi ni rate 2016. Now 2020 mesti lagi mahal
Quote amira_safia 28-8-2020 04:58 PM
dudaberhias replied at 28-8-2020 04:37 PM
lambat tak silap... hosp kerajaan kena buat appointment kadang2 berbulan juga baru dapat bedah...

memang lambat, nak kena jumpa pakar amik masa sampai berbulan2, itu baru jumpa pakar belum lagi test tu test ni, belum lagi operate, mau makan masa setahun agaknya.

Quote kaseh80 28-8-2020 04:59 PM
Kalau gov hospital kena ikut giliran

Quote dudaberhias 28-8-2020 05:03 PM
tupaiterbang replied at 28-8-2020 04:55 PM
Rate nak operate katarak kat Klinik Prof Muhaya tahun 2016 lebih kurang 9k untuk sebelah mata. Kos ...

prof muhaya semua mahal kaka doktor ternama biasa la tu... memang masyukkk gaji dia... boleh tengok review dia so far ok...
Quote dudaberhias 28-8-2020 05:04 PM
tupaiterbang replied at 28-8-2020 04:55 PM
Rate nak operate katarak kat Klinik Prof Muhaya tahun 2016 lebih kurang 9k untuk sebelah mata. Kos ...

oh lupa nak bagitahu... katarak 5k jah sekarang... mungkin nak kena bersaing dengan hosp, klinik lain...
Quote sarah82 28-8-2020 05:06 PM
LadyCarefree replied at 28-8-2020 04:35 PM
Kenapa tak pergi hospital kerajaan atau hospital mata tun hussein onn? Kalau fakir free je. Or almos ...

Hospital kerajaan ikut turn.. Biasanya paling cepat 6 bulan..
Quote dudaberhias 28-8-2020 05:07 PM
amira_safia replied at 28-8-2020 04:58 PM
memang lambat, nak kena jumpa pakar amik masa sampai berbulan2, itu baru jumpa pakar belum lagi te ...

nampaknya memang bertahun lah kot kaka.... lagipun free kan tak silap... kena bersabar jah tunggu...
selalu nurse akan kata nak cepat pergi swasta... bukan deorang kurang ajar ke apa nak halau tapi memang prosesnya lambat...
Quote msdummy.2018 28-8-2020 05:13 PM
Edited by msdummy.2018 at 28-8-2020 05:17 PM
amira_safia replied at 28-8-2020 04:58 PM
memang lambat, nak kena jumpa pakar amik masa sampai berbulan2, itu baru jumpa pakar belum lagi te ...


setahun???bapak aku amik masa lebih setahun nk buat operate...by the time dia dpt heart attack, kami adik.beradik lekas2 bawa dia g ijn...tuk arrange checkup sma...yg lain2..bertabah jerlah tgu apt spital....
...
Quote ALDRIN 28-8-2020 05:30 PM
Mak iols buat kat hospital Serdang..kira cepat jugak dipanggil.
Quote TomyamPuteh 28-8-2020 05:32 PM
Xde siapa yg nk bincang ttg kbaikan siti Sarah ke?
Quote LadyCarefree 28-8-2020 05:48 PM
sarah82 replied at 28-8-2020 04:06 PM
Hospital kerajaan ikut turn.. Biasanya paling cepat 6 bulan..

Oh. 6 bulan je. Oklah tu kalau dari dulu dah apply. Mesti bukan kes emergency kot. Kalau emergency harus hospital kerajaan pun buat terus. Tapi mujurlah ada kawan baik nak sponsor
Quote sarah82 28-8-2020 05:53 PM
LadyCarefree replied at 28-8-2020 05:48 PM
Oh. 6 bulan je. Oklah tu kalau dari dulu dah apply. Mesti bukan kes emergency kot. Kalau emergency ...

Paling cepat.. Ada yg setahun lebih.. Tgk pada kekosongan slot juga.. Kalau pesara kerajaan percuma.. Org awam.. Dalam 1k x salah.. Kena tanya staff hasil hospital.. Depa lebih tau
Quote sarah82 28-8-2020 05:55 PM
LadyCarefree replied at 28-8-2020 05:48 PM
Oh. 6 bulan je. Oklah tu kalau dari dulu dah apply. Mesti bukan kes emergency kot. Kalau emergency ...

Emergency pun tengok tahap teruk juga.. Mcm bapa tiri iols 2 tahun sudah.. Admit kecemasan.. Bila buat scanner segala bagai rupanya ada tumor kat usus dan confirm cancer.. Kena operate.. Dikira sebagai emergency juga sebab besar dan merbahaya.. Tapi seminggu juga la org tua tu posa sebelum ada slot kat OT..
Quote LadyCarefree 28-8-2020 06:53 PM
sarah82 replied at 28-8-2020 04:55 PM
Emergency pun tengok tahap teruk juga.. Mcm bapa tiri iols 2 tahun sudah.. Admit kecemasan.. Bila  ...

Haruslah gitu sebab sepital kerajaan kan. Kena adil ikut turn, ikut keseriousan kes, dsb.

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.052620 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top