CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih Murah, Malaysia Kini Ada Topeng Muka Sendiri

29-8-2020 10:53 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 14435| Komen: 78|Original author: Oleh: natrahn

Description: Pemakaian pelitup muka atau topeng muka kini kembali wajib di kawasan sesak dan kawasan awam bagi mengelakkan berlakunya penularan wabak COVID-19 di Malaysia.


Pemakaian pelitup muka atau topeng muka kini kembali wajib di kawasan sesak dan kawasan awam bagi mengelakkan berlakunya penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Orang awam yang gagal berbuat demikian akan dikenakan denda RM1,000 menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berikutan permintaan yang makin meningkat serta harga topeng muka yang agak mahal, syarikat tempatan, Durio PPE Sdn Bhd mengeluarkan topeng muka berkualiti dengan harga yang lebih murah, namun tetap selesa dipakai.


Kredit foto - The Star

Ini juga salah satu cara mengelakkan kebergantungan negara terhadap bekalan import topeng muka di saat pandemik melanda seluruh dunia amnya dan di Malaysia khasnya.


Durio yang merupakan pengilang topeng muka dan fabrik melt blown di Malaysia kini giat mengahsilkan empat unit mesin pengeluaran melt blown 1.6 meter yang boleh mencapai kapasiti bulanan 240 metrik tan dan menampung lebih 240 juta keping pengeluaran penutup muka.

Untuk info, melt blown merupakan lapisan asas alat pelindung diri dengan teknologi tinggi.


Kredit Foto - Google

Topeng muka yang dihasilkan adalah menggunakan gabungan terbaik dari bahan kalis air, dari penapis tengah ke penyerap dalaman termasuklah gelung telinga dan jalur hidung bagi memberikan keselesaan terbaik buat pengguna.

Malah, bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63, Durio menghasilkan topeng muka eksklusif bercetak imej bendera Malaysia. Dengan harga serendah RM29.95, pembelian boleh dilakukan menerusi platform Shopee dan Lazada.

Apa lagi, jom kita beli, sokonglah produk buatan Malaysia! - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Scheherazade 29-8-2020 10:56 AM
Menarik nih! Satgi masuk lazada lah
Quote matbad 29-8-2020 10:58 AM
Masuk la ni oiii serbu belii
Quote sarah82 29-8-2020 11:05 AM
Laa.. Lambatnya.. Aku rasa dari 2 minggu sudah dah ada.. Tapi aku x beli la.. Kalau beli yg ni.. Aku hanya boleh sedekah 100 keping mask saja kat sekolah..
Quote sarah82 29-8-2020 11:06 AM
Nah link

https://s.lazada.com.my/s.YlZdQ
Quote Artemesiaa 29-8-2020 11:10 AM
Baguslah dah ada lagi local produce bagi saingan sihat untuk pasaran.  Tapi kalau boleh tak perlu cetak logo ala jalur gemilang sebagai coraknya lebih baik lagi.  Guna sepenuh warna hitam pasti lebih menarik perhatian golongan muda untuk beli.
Quote virgo19 29-8-2020 11:12 AM
wah.. nak beli la. macam boleh diyakini kualitinya. yg murah2 sangat kat shopee tu rm11 sekotak rasa mcm tak yakin pulak nak beli.
Quote KIM.K 29-8-2020 11:13 AM
Durio = durian
Quote Scheherazade 29-8-2020 11:14 AM
sarah82 replied at 29-8-2020 11:05 AM
Laa.. Lambatnya.. Aku rasa dari 2 minggu sudah dah ada.. Tapi aku x beli la.. Kalau beli yg ni.. Aku ...

Uih, hang mmg adban. Aku pun br tau ni. Aku br ja ajak hang shoppim mask ni kt thread sanun, hihihi
Quote Scheherazade 29-8-2020 11:15 AM
sarah82 replied at 29-8-2020 11:06 AM
Nah link

https://s.lazada.com.my/s.YlZdQ

Thx weh bg link. Xyah susah aku nk carik dah
Quote sarah82 29-8-2020 11:18 AM
Scheherazade replied at 29-8-2020 11:14 AM
Uih, hang mmg adban. Aku pun br tau ni. Aku br ja ajak hang shoppim mask ni kt thread sanun, hihih ...

Hahaha.. Mula2 ingat nak beli tapi rm30..bajet bulan utk sedekah tak byk.. So aku beli yg murah2..hahahaa.
Quote Jorja 29-8-2020 11:32 AM
Tq for info.. da beli {:love
Quote felinecat 29-8-2020 11:34 AM
eh, medicos bukan buatan malaysia jugak ke.tp edisi upgrade
Quote cecari 29-8-2020 11:37 AM

topeng muka yg biasa 3 layer kat shopee tu sekotak yg ada 50 pieces harganya kurang dr rm 10
Quote siputpepel 29-8-2020 11:43 AM
wah, sebesar2 alam logo dia.
Quote Belibis 29-8-2020 11:50 AM
Inilah salah satu yang positif pasal kovid.
Nanti ada peluang pekerjaan .
Quote KIM.K 29-8-2020 11:58 AM
cecari replied at 29-8-2020 11:37 AM
topeng muka yg biasa 3 layer kat shopee tu sekotak yg ada 50 pieces harganya kurang dr rm 10

Murahnya. Beli sekeping RM5
Baik beli di shopee
Quote nazzse 29-8-2020 12:01 PM
felinecat replied at 29-8-2020 03:34 AM
eh, medicos bukan buatan malaysia jugak ke.tp edisi upgrade

Medicos utk medical punya, ada 3 & 4 ply. Selesa pakai. Harga kemain mahal
Quote NekNgah 29-8-2020 12:15 PM
Baru aje beli 5 kotak.  Untuk next purchase kita cari yang ini, lagi 2 bulan tapi rasanya dah tukar gambarlah kot.
Quote LadyCarefree 29-8-2020 12:17 PM
virgo19: wah.. nak beli la. macam boleh diyakini kualitinya. yg murah2 sangat kat shopee tu rm11 sekotak rasa mcm tak yakin pulak nak beli.


Agreed. So far iols beli medicos atau 3M saja. Nak trylah beli ni.

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.058954 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top