CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ingin Main Game Waktu Pejabat Tanpa Dimarahi Bos? Ini Peluang Anda

29-8-2020 11:14 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3257| Komen: 12|Original author: Oleh: natrahn

Description: Main game di tempat kerja tanpa dimarahi majikan? Malah, dibayar gaji pula? Ini bukan scam.


Main game di tempat kerja tanpa dimarahi majikan? Malah, dibayar gaji pula? Ini bukan scam. 

Playstation kini mencari seorang pemain video berkelayakan untuk mengisi jawatan di syarikat mereka.


Kredit foto: indeed.co.uk

Skop kerjanya hanya perlu bermain permainan video mengikut waktu pejabat iaitu bermula 9 pagi hingga 5.30 petang dari Isnin hingga Jumaat. Masyuk, bukan?

Jangan seronok dulu. Nampak mudah skop kerjanya, tetapi ada syarat tambahan ya.


Jika anda boleh berkomunikasi lebih daripada satu bahasa selain bahasa Inggeris seperti Portugis, Rusia dan Arab, ini kelebihan untuk anda.


Kredit Foto - Google 

Sekiranya anda berjaya, anda akan ditempatkan di bandar Liverpool sebagai localisation testers  di mana anda dikehendaki bermain permainan video dan pada masa yang sama memastikan audio dan teks dalam permainan itu adalah betul.

Oleh sebab itulah, calon harus mempunyai kemahiran bahasa Inggeris ataupun beberapa bahasa lain yang tinggi, termasuk ejaan, tatabahasa dan aspek bahasa lain.

Selain itu, calon juga perlu mempunyai kemahiran pemerhatian yang sangat tinggi untuk memerhatikan mana-mana kesalahan yang berlaku di dalam permainan video.


Kredit Foto - Google 

Sekiranya berminat, calon perlu memohon dan kemudian perlu menyiapkan ujian penterjemahan yang akan dihantar menerusi e-mel dan harus diselesaikan dalam masa sejam sebaik sahaja menerimanya.

Sudah pasti syarikat gergasi permainan video ini akan menerima banyak borang pekerjaan di seluruh dunia walaupun perihal gaji bagi jawatan itu tidak dihebahkan lagi setakat ini. Jadi, jika anda berminat boleh klik di pautan ini. 

Selain dapat menjana pendapatan membuat perkara yang paling kita suka, bermain game juga dapat menghilangkan kebosanan dan boleh mengurangkan tekanan.

Mungkin inilah pekerjaan yang bebas tekanan kan! - CARI

Sumber: LadBible
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • kroit92


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote VioletsAre_Blue 29-8-2020 11:29 AM
Ambik je lah hakoom tu
Quote Scheherazade 29-8-2020 11:32 AM
X sempat pun nk main game kt opis. Tp ni peluang keemasan utk gamers ni. Kerja main game ikut office hours & get paid for it
Quote Zazama 29-8-2020 11:33 AM
Main game ketika waktu berkerja, gaji diterima tak berkat dik non. Tp main game waktu rehat di tempat kerja, ok la.
Quote dudaberhias 29-8-2020 01:15 PM
kalau dapat kerja ni kita bakal jadi moderator dekat playstation server nanti?
iols nak apply supaya boleh ban semua bewokk yang kerja main game je dekat malaysia ni...
termasuk student2...
Quote JokesCop 29-8-2020 01:20 PM
Game tester mcm dream job. Tapi bila tanya tester sendiri, derang depress teruk woo. Benda sama buat ulang2.
Quote dua_chzy 29-8-2020 01:23 PM
JokesCop replied at 29-8-2020 01:20 PM
Game tester mcm dream job. Tapi bila tanya tester sendiri, derang depress teruk woo. Benda sama buat ...

Betul la tu. Ni bukan main untuk seronok2, ni main untuk kerja.
Quote kroit92 29-8-2020 02:57 PM
JokesCop replied at 29-8-2020 01:20 PM
Game tester mcm dream job. Tapi bila tanya tester sendiri, derang depress teruk woo. Benda sama buat ...

betul. gamers main game seronok, sebab product tu dah siap, almost perfect. (2-3 bug, glitches tu normal, terlepas pandang)

tapi kalau main untuk test game, macam game developer. nak cari bug, etc, kena ikut skill orang tu.
ada orang memang pandai jumpa, pandai cari bug
setakat gamer casual biasa, main untuk waktu lapang, lepas sekolah, lepas balik kerja, untuk hilang stress,
lain nanti jadinya.

yang ni betul2 untuk peminat game yang nak jadi game dev
Quote husna_amal 1-9-2020 09:40 AM
Kalau main game yang simple mudah mungkin seronok. Sekali kena test game yang betul2 susah mahu di campak controller tu.
Quote puanbintang 29-9-2020 08:52 AM
lunch hour jelah dapat main game, waktu lain bos pun kehulur hilir mandang
Quote allshares 29-9-2020 07:51 PM
Blk rumah mesti kepala terawang2 sbb hadap game 8 jam sehari.
Quote pearl.silver 29-9-2020 07:55 PM
Gaji mesti asyukkkk kan..
Quote monreyes 29-9-2020 08:20 PM
main game kejap pun dah rasa mcm nak biol kepala aku...
ini pulak 8 jam...ish ish...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.065201 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top