CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Selamatkan Warga Emas Pengsan, Tapi Dikecam Letak Bayi Atas Lantai

29-8-2020 08:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5399| Komen: 24

Description: Niat baik wanita cuba menyelamatkan warga emas yang pengsan di dalam sebuah lif sebaliknya menerima kecaman warganet selepas meletakkan bayinya di atas lantai.
Niat baik wanita cuba menyelamatkan warga emas yang pengsan di dalam sebuah lif sebaliknya menerima kecaman warganet selepas meletakkan bayinya di atas lantai.

Lapor People's Daily China seperti dipetik Sinar Harian, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di Weibo itu menunjukkan Sun Tian yang sedang mengendong bayinya terkejut apabila melihat warga emas itu terbaring di lantai lif di tingkat rumahnya.



Kredit foto: People's Daily China

Panik dengan situasi itu, wanita berkenaan terus meletak bayinya di atas lantai sebelum melakukan bantuan pernafasan (CPR) terhadap mangsa yang dipercayai mengalami serangan jantung.

Berdepan kritikan warga maya, Sun Tian bagaimanapun menegaskan tidak peduli dengan komen negatif dilemparkan terhadapnya kerana dia hanya berniat membantu warga emas terbabit.

Difahamkan, sebelum cuba memberi bantuan, wanita itu menghubungi talian kecemasan, namun tidak menerima sebarang respons.


Pun begitu, segelintir warganet mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas Sun Tian dan berharap keadaan warga emas itu baik-baik saja. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote VioletsAre_Blue 29-8-2020 09:09 PM
Tak letak atas lantai nak letak kat mana?
Quote KIM.K 29-8-2020 09:10 PM
Kesian dia panik. Dalam lift ada cctv nak rakam kejadian so lebih selamat bagi dia daripada dituduh bukan2
Quote mizkajura 29-8-2020 09:39 PM
Good. Tahniah sbb usaha anda..
Quote Knowlee 29-8-2020 10:02 PM
Dah tu dia nak letak baby tu kat mana? Bongok la hai sapa yg kecam.
Quote kroit92 29-8-2020 10:36 PM
habis tu, netizen nak dia dukung baby sekali ke sambil buat pertolongan cemas?

atau, netizen nak dia letak baby tu kat sebelah, dalam lif sekali, sambil bagi cpr?

apa tindakan terbaik netizen dalam situasi ini?
Quote Carcosa 29-8-2020 11:18 PM
Bodoh nya yg kecam tu. Otak dungu. Habis nk campak je baby tu ke atas? Ok lah tu atas lantai. Bukan atas bara api
Quote Rara77 29-8-2020 11:19 PM
Netijen dan kecaman berpisah tiada
Quote any42 29-8-2020 11:31 PM
dah panik ltak je la ats lntai. aslkn tmpt rata & msih dpn mata. xsmua mmpu bt mcm pmpuan tu bt trus cuba slmatkn org ots mcm tu.
Quote Scheherazade 30-8-2020 12:23 AM
Agak2 la pun nk kecam. Cuba klu dorg yg berada dlm situasi tu, dorg nk kelek anak smbil buat cpr ka?
Quote Megikari 30-8-2020 07:20 AM
Asal ada benda boleh dikecam ye dok?
Quote TomyamPuteh 30-8-2020 07:24 AM
Bila semua bnda nk kecam
Quote rosasen 30-8-2020 08:10 AM
kecam selagi boleh..
Quote addved 30-8-2020 11:51 AM
Dia panik kot, cut her some slack la weii
Quote allshares 30-8-2020 12:49 PM
Ok la, atleast hati murni tlg org dlm keadaan genting, tgh panic ni Mcm2 benda diluarkawalan akan dibuat. Yg kecam tu kalau nampak maybe pandang je kot atau sibuk rakam
Quote pittjie 30-8-2020 04:47 PM
Yg kecam tu nak dia gendong je bayi tu dan biarkan org yg kena heart attack tu mati kut.
Quote pittjie 30-8-2020 04:47 PM
Yg kecam tu nak dia gendong je bayi tu dan biarkan org yg kena heart attack tu mati kut.
Quote dudaberhias 30-8-2020 04:51 PM
nyawa orang tu tak penting la tu... dia suruh selamatkan baby dulu...
Quote sukacactus 30-8-2020 04:55 PM
Bengong betul la yg kecam dia, ntah2 CPR pun xtau
Nasib baik la dia nak tlg dr dia tgk je org sakit tu
Quote 234126 30-8-2020 09:18 PM
Yg kecam tu ingat baby tu backpack? Boleh baling je melekap kat belakang badan?   

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.079887 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top