CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Ahli Parlimen Yang Selalu Buat FB Live Perlu Lesen Finas Juga?" - Fahmi Fadzil

23-7-2020 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5363| Komen: 21

Description: “Ahli Parlimen yang selalu buat Facebook Live, adakah kita perlukan lesen Finas?
“Ahli Parlimen yang selalu buat Facebook Live, adakah kita perlukan lesen Finas?

“(YB) Noraini (Ahmad) (menteri pengajian tinggi) juga ajak mahasiswa main TikTok, perlu ada lesen tak?”



Kredit foto: IG Fahmi

Begitu soalan diajukan Anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini ekoran kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah berhubung segala bentuk penggambaran termasuk rakaman media sosial peribadi perlu mendapatkan lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) terlebih dahulu.

“Kesannya agak besar dan saya rasa ramai akan bertanya sama ada selepas ini, kalau terbitkan video dalam media sosial, adakah itu akan tertakluk atau tidak dengan ketetapan menteri bahawa semua penggambaran filem memerlukan lesen Finas.

“Lebih risau kalau takrifan tersebut adalah pendakwaan terpilih apabila sesetengah orang sahaja tertakluk dengan takrifan manakala yang lain (tidak) terkesan,” katanya.

Menurut laporan MalaysiaKini, Akta Finas merujuk filem sebagai bahan rakaman termasuk filem pendek, dokumentari, trailer dan filem iklan.


Kredit foto: Finas

Syarat untuk mendapatkan lesen pengeluaran filem dan video adalah pemohon mesti mendaftar sebagai pemilik syarikat sendirian berhad dan mempunyai modal berbayar tidak kurang RM50,000. - CARI 
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote safriehalim 23-7-2020 04:45 PM
Edited by safriehalim at 23-7-2020 04:49 PM

Selagi tak melibatkan keuntungan rasanya tak menyalahi undang2 melainkan kalau ada video yg ada unsur penghinaan, ganas dan lucah.

Bila ada Youtubers, Facebookers dan Tiktokers yg mahu menerbitkan video yg mendatangkan keuntungan memang wajib utk dapatkan lesen daripada Finas supaya dapat memastikan mereka mempunyai syarikat yg berdaftar dan kerajaan akan dapat hasil cukai daripada mereka selain dapat memantau kandungan video yg diterbitkan supaya tidak melanggar peraturan yg ditetapkan.

Akta ni dah lama ada, cuma Finas tak melaksanakan sebelum ini. Rasanya dah tiba masa utk Finas pantau penerbitan video di media sosial terutamanya yg berobjektifkan komersial.

Menteri tu mungkin tak bersedia nak menjawab soalan tu. Kerajaan mana boleh halang rakyat utk rakam dan kongsi video peribadi. Kalau macam tu lebih baik haramkan YouTube, FB, IG dan sebagainya sebab mustahil rakyat nak ambil lesen semata2 nak post video peribadi di media sosial.
Quote nazzse 23-7-2020 05:15 PM
Menyampah nya masa tengok dia ni tanya soalan tadi..Rasa nak hempuk, nampak sgt nak buat kontroversi.

Menteri plak nampak tak sedia nak jawab soalan tambahan ni & tidak menjawab dgn tepat soalan tadi. Nampak sgt bergantung dgn teks utk jawab soalan. Menteri ni agak incompetent la compare dgn menteri lain. Dah banyak kali berlaku.
Quote CatMiow 23-7-2020 05:26 PM
Agak dah mesti akan ada yang mempersoalkan?  

Patutnya kalau nak ambil tindakan pada Al jazirok kena guna sebab lain.
Quote domestobot 23-7-2020 05:30 PM
pasni kita semua submit application lesen hatta untuk amik video kucing pun. biar FINAS lemas dengan permohonan belambak2.
Quote CatMiow 23-7-2020 05:32 PM
safriehalim:    Edited by safriehalim at 23-7-2020 04:49 PM  Selagi tak melibatkan keuntungan rasanya tak menyalahi undang2 melainkan kalau ada video yg ada unsur p ...


Bagus juga point ni,  kalau dulu masa mula2 biz online melalui blog boom dan buat keuntungan , kerajaan dah tak senang duduk nak kutip tax dari penjual2 online,  siap suruh daftar SSM.  

Sekarang tiba masanya you tuber2 juga berdaftar secara sah,  supaya income yang dijana akan dapat bantu jana pendapatan negara secara tak langsung.
Quote mizkajura 23-7-2020 05:40 PM
YB sila balik je la baca buku text kat rumah
Quote Normabaru 23-7-2020 05:43 PM
Well akta hasutan tempoh hari xblh pakai kah?

Kak norma br ja tahu benda ni kena ada lesen dr finas.. Tpkan.. Yang beria sgt yg pantai dalam ni bekap jahiliyah tu dah kenapaaaa ya???

Chuols ke yang bagi idea buat dokumentari tu??
Quote RatuDunia94 23-7-2020 06:59 PM
Selayaknya youtubers2 yg kaut untung dr youtube ni semua.. siap boleh pakai kereta mewah2..  x kan nk mohon lesen pun payah kan..
Quote lattehazelnut 23-7-2020 07:01 PM
Mesti tgh gabung dgn al jahilliah buat video ‘dokumentary’ ke 2
Quote Rogue98 23-7-2020 09:28 PM
Tau pulak takut kena pendakwaan terpilih ye. Mcm tu lah PH buat kat Najib family and ahli umno yg lain pasal cukai. Korang tunggu jer lah turn korang nanti.
Quote dramaking007 23-7-2020 10:04 PM
RatuDunia94: Selayaknya youtubers2 yg kaut untung dr youtube ni semua.. siap boleh pakai kereta mewah2..  x kan nk mohon lesen pun payah kan..


knp tiba2 nak suruh org yg upload video dekat youtube tiba2 nak ade lesen bagai.youtube ni dah berapa lama dah wujud.......video upload dekat fb pun boleh buat duit.....org yg buat video dekat youtube x semua buat duit.dan kalau dia pakai keta mewah pun berpadanlah kerja keras rekod edit upload.xmudah.

hatta kalau isi borang adsense sekali pun tax utk org us ja.......kt xyah....melainkan kalau youtuber nak wat loan keta atau rmh dr adsense.daftar akaun bisnes dan duit adsense msk akaun semasa utk dijadikan statement bank utk wat loan.kalau youtuber tu gaji bulanan x smpai $500 dollar.rs xyah lah nak berlesen semua.

hangin betul kdg style kerajaan pantang tgk org online buat duit skit ade je celah nak masuk..dlu dr blog skg youtube plak....esk lusa siapa warga malaysia pakai wasap dan buat duit dr wasap kene ade lesen plak wpun jual kuih satu dua plastik..hontongla kerajaan nak perah duit rakyat selagi blh {:love{:love{:love
Quote zamzam 23-7-2020 10:16 PM
Sila fahamkan.
Quote albedah 23-7-2020 10:17 PM
Zaman skang nk buka company.modal berbayar rm2 pun dh bley dpt kontrek kerajaan... Apo ado hal.
Quote seemylevel? 23-7-2020 10:43 PM
undang2 tongong

untuk regulate manusia2 tongong

Quote adila39 23-7-2020 11:01 PM
alaa baru nak jd youtuber.. go finas i finis la
Quote Rara77 23-7-2020 11:07 PM
Normabaru: Well akta hasutan tempoh hari xblh pakai kah? Kak norma br ja tahu benda ni kena ada lesen dr finas.. Tpkan.. Yang beria sgt yg pantai dalam ni bekap  ...


mcm tak biasa
kalau yg melatah tu mesti lah ada sangkut paut
Quote Rara77 23-7-2020 11:10 PM
Kenapa aku geli tengok muka jantan ni
sesuatu sgt mukanya
adakah menggunakan pelaris{:run
Quote CurangLagi 24-7-2020 05:39 AM
safriehalim:    Edited by safriehalim at 23-7-2020 04:49 PM  Selagi tak melibatkan keuntungan rasanya tak menyalahi undang2 melainkan kalau ada video yg ada unsur p ...

Terbaikk pointtt{:iwant{:iwant{:iwant{:iwant
Quote lattehazelnut 24-7-2020 05:40 AM
Rara77 replied at 23-7-2020 11:10 PM
Kenapa aku geli tengok muka jantan ni
sesuatu sgt mukanya
adakah menggunakan pelaris{:run

Kan macam nak lempang je..
Org lain ramai lg hodoh ke ape tp biasa je i tgk, xde nak hina ke ape..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.164791 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top