CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berjam Tunggu, Amyza Kecewa Pihak Anju Tak Datang Serah Dokumen Saman

29-6-2020 08:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10726| Komen: 40

Description: Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa kecewa apabila pihak Zarina Anjoulie tidak hadir menyerahkan dokumen tuntutan samannya.
Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa kecewa apabila pihak Zarina Anjoulie tidak hadir menyerahkan dokumen tuntutan samannya.

Ketika ditemu bual Gempak, Amyza yang masih menunggu kehadiran pihak Zarina jam 4.30 petang tadi mendakwa tidak melihat kelibat mereka.



Kredit foto: IG Amyza/Zarina

"Kita dah beritahu tiga hari lalu yang saya nak peguam Zarina sendiri datang di Astro jam 4 petang untuk berjumpa dan menyerahkan sendiri dokumen tersebut, tetapi dari jam 1 petang tadi saya di sini sehingga kini jam 4.30 petang, mereka masih belum tiba.

"Saya sangat kecewa kerana saya mengharapkannya, rasanya dah lama juga dia uar-uarkan di media sosial tentang saya tidak respons kepada tuntutan dia," ujarnya.

Tambah Amyza, dia sengaja memilih lokasi pertemuan itu bagi memudahkan kedua-dua pihak memandangkan kebetulan dia ada urusan di situ, manakala kediamannya jauh di Sepang.


Amyza juga menjelaskan mengapa dia berdiam diri sebelum ini hingga gagal memasukkan kehadiran di mahkamah sejak saman difailkan.

"Saya tidak respons kerana saya sendiri tidak menerima apa-apa dokumen atau notis tersebut. Sepatutnya, dokumen itu sendiri diserahkan kepada saya. Mungkin mereka hantar ke alamat yang salah kerana saya menetap di Sepang bersama ibu saya," jelasnya.

Katanya, dia tidak menyimpan dendam terhadap Zarina dan akan meneliti terlebih dahulu dokumen tersebut sebelum mengambil tindakan.

"Saya tak pernah bekerjasama dengan Zarina meskipun saya lebih lama berlakon daripada dia. Saya bermula menjadi sebagai seorang pengikut di Instagram miliknya sahaja.

"Ketika itu, saya suka mengikutinya kerana dia suka makan ‘pickle’. Kemudian, bermula musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terbitnya salah faham dan tidak puas hati di antara kami. Saya tak kenal dia dan saya tak pernah ada ‘personal issue’ pun dengan dia," katanya. - CARI
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 29-6-2020 09:40 PM
Sis vokuru suka makan pickle dengan bubble tea sapu nutella. Dia cakap sedap rasa cm bola bola api
Quote edoraixora 29-6-2020 09:43 PM
Isunya mengumpat...then zarina dapat tau, itu jer.
Quote Lailerthee 29-6-2020 09:52 PM
Zarina ni bukan duduk nilai? Sepang dgn nilai alaa sepelaung je laa org kate dekatnya
Quote timah03 29-6-2020 09:57 PM
Lailerthee replied at 29-6-2020 09:52 PM
Zarina ni bukan duduk nilai? Sepang dgn nilai alaa sepelaung je laa org kate dekatnya

Itu lah.... Atau mungkin dia pun tak tahu yg zarina duduk nilai..... Dah bergaduh, tak kan nak ambil tahu pula kan....
Quote Lailerthee 29-6-2020 10:08 PM
timah03 replied at 29-6-2020 09:57 PM
Itu lah.... Atau mungkin dia pun tak tahu yg zarina duduk nilai..... Dah bergaduh, tak kan nak amb ...

Hahaha mana mungkin dia tak tao restaurant mak anju dekat nilai tu kak timah haha. Bila entah nk sudah kes saman menyaman ni. Sekali tengok masing2 minta maaf cium pipi kes settle. Penat netizen tgu hahaha
Quote airmineral 30-6-2020 08:00 AM
peguam dia dtg time amyza pergi solat zohor kot..
Quote MadameOnion 30-6-2020 08:10 AM
follow sbb suka makan pickle hahahaha
Quote lasagna 30-6-2020 08:18 AM
pulak dah.. xkn lah juling sengaja tak dtg kannn.. msti bersebab ni.
let's tgu apa kata tuan bdn, mebi tgh mengunyah pickle lagi.
Quote LindaCat 30-6-2020 09:44 AM
saman xboleh di bagi merata2 la..saman hanya boleh di sampaikan melalui alamat yg berdaftar dlm JPN ye..ko ingt lawyer ade mase nk ikot ko pulak..ingt satu kes tu saje lawyer tu nk hadap
Quote MsOryzaa 30-6-2020 09:57 AM
Dalam kes macam nie..lawyer yang untung..hehe
Quote msrosse 30-6-2020 10:24 AM
LindaCat replied at 30-6-2020 09:44 AM
saman xboleh di bagi merata2 la..saman hanya boleh di sampaikan melalui alamat yg berdaftar dlm JPN  ...

tulah pasal ... nampak nau bebalnya .. sure tak pernah pergi masuk makhamah nih!
Quote Burong_Hantuk 30-6-2020 10:46 AM
Sediakan pop cornnnnnnnn
Quote husna_amal 30-6-2020 10:47 AM
bende remeh pun nak saman bagai.
Quote dewi_rina 30-6-2020 11:15 AM
Senang je nak settle, pegi lah nyanyi lagi acapella dekat anju
Nanti terus tak jadi saman .. Macam dalam citer tb3 acik amyza berlakon dengan adik eman tino sabtu lepas .. Nyanyi dekat kambing
Quote palmolive 30-6-2020 11:23 AM
so bila next pulak nak serah dokumen..?
Quote tomitomes 30-6-2020 11:42 AM
Kau nk suruh lawyer tu sniri dtg serve saman? Biasa despatch dia buat keje tu kak oi
Quote NekNgah 30-6-2020 11:53 AM
Tak selesai lagi ke??

Sudah-sudahlah, tak menguntungkan sesiapa kecuali peguam.  

Bersemuka, minta maaf, selesai.

















Quote animcute 30-6-2020 11:59 AM
Edited by animcute at 30-6-2020 12:00 PM
LindaCat replied at 30-6-2020 09:44 AM
saman xboleh di bagi merata2 la..saman hanya boleh di sampaikan melalui alamat yg berdaftar dlm JPN  ...

nampak sangat dia nak astro buat liputan live masa tu, boleh dapat publisiti...hello girrrlllll...sapa pulak nak serve kau ikut arahan kesesuaian masa dan tempat according to you.... artis betul lah..

Quote tombolpintu 30-6-2020 01:19 PM
LindaCat replied at 30-6-2020 09:44 AM
saman xboleh di bagi merata2 la..saman hanya boleh di sampaikan melalui alamat yg berdaftar dlm JPN  ...

Aku suka part ko kata ingt saty kes tu saje lawyer tu nk hadap... betoi sgt..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.069231 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top