CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ditambah Saat Akhir, Babak Helikopter Tak Ada Elemen Negatif Pun" - Sufian Suhaimi

10-4-2019 01:28 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5712| Komen: 25|Original author: Oleh: LilRose

"Babak itu ditambah pada saat akhir selepas saya menerima tawaran untuk menaiki helikopter secara percuma daripada sebuah syarikat penerbangan persendirian."



Selepas ramai yang bitter dengan babak menaiki helikopter dalam muzik video bagi single terbarunya 'Mencuba', Sufian Suhaimi tampil menjelaskan situasi sebenar.

Berkata kepada mStar Online, Sufian, 29, akui babak menaiki pesawat itu menarik untuk ditambah dan menegaskaan bahawa babak berkenaan tidak akan dimasukkan sekiranya dia tidak menerima tawaran itu.

Sufian dilihat seolah-oleh terus-menerus mencipta kontroversi yang mengaitkan dirinya masih belum move on dari putus tunang dengan Elfira Loy.



Sebelum ini, ketika malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33), Sufian menggunakan pelamin dalam persembahannya hingga mencetuskan spekulasi negatif dan kecaman terutama daripada adik Elfira, Ezlisa Loy.

Sufian sekali lagi menjadi buah mulut ramai apabila menampilkan babak menaiki helikopter dalam muzik video terbarunya itu yang dikaitkan dengan kisah percintaan dengan Elfira.

Sufian atau lebih popular dengan nama Baby Pian akui dia pada mulanya agak bimbang untuk menampilkan babak berkenaan kerana khuatir menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Namun, dia bersedia dikritik kerana menurutnya, setiap individu berhak memberi pandangan masing-masing.



"Apabila difikir balik, tiada elemen negatif pun nak disampaikan dalam video itu.

"Yang pasti, saya dah move on dengan kisah silam dan sejujurnya, video berkenaan tiada kaitan dengan mana-mana pihak," katanya yang menjelaskan babak cinta dalam video itu menarik untuk ditonton.

Orang dah bagi tawaran naik helikopter percuma, rugilah kalau tak digunakan sebaiknya, kan? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sheqim 10-4-2019 01:46 PM
Boringlah dek pian sperti gosipan el jgk boring nextttttttt
Quote Rapz 10-4-2019 01:49 PM
Yelah tu baby pian...ok nexttt
Quote M.Rose 10-4-2019 02:42 PM
Ko bleh x benti guna babak ko ngan ex. Meluat wei manjng last minit. Msa JL pn sama. Sudah sudah ler pian
Quote sayang_mulut 10-4-2019 03:09 PM
kan... aku ingat aku sorang je meluat... very la kau .. harap cepat bungkus dan sendu...
Quote chinta89 10-4-2019 03:17 PM
Edited by chinta89 at 10-4-2019 03:19 PM

nak tanya jujur ngn girls..

korang kan kalau dh putus ngn ex dan dah kawin (tak kira atas alasan ape korang clash) korang tak rengsa ke tgk ex bf korang asik nak tayang benda yg pernah ada kaitan mcm si pian ni?

semua org tahu mse dia dan el, deols naik heli. so, korang rse perlu ke nak throwback dgn masukkan elemen mcm ni utk next lagu?

hadap nak viral? nk simpati?

kenapa tak pakai jet ke, flight ke, kapal selam ke, bot ke? nak jgk heli?

korang x rengsa ke?? tak rengsa ke oiiiiiiii tegar sgt duk bekap jantan mcm ni. ak pun x suka elbulus kaki duit tp dia dh diam bawak hala tuju dia utk cipta duit byk2 ngn laki kaya dia hingga sanggup tgalkan pian. tapi dia lagi helok dari ex dia si pian tak habis2 meratib.

dlu korang gak menyampah ngn pian sb tgalkan husna. doa deols putus. dah putus, korang salahkan elbulus plk?
Quote laksmanabentan 10-4-2019 03:21 PM
tak abis2 nak raih simpati awek2 nih...
addooiii....

cara tu ler dia nak kekal dalam industri kan..
ala2 insan teraniaya...
Quote imah70 10-4-2019 05:34 PM
Last minute?? Tk payah propa lah...dia ni mmg hadap simpati...mentang2 Masa ajl gimik tu menjadi...tk padan dgn muka netd
Quote giyomi 10-4-2019 07:14 PM
imah70 replied at 10-4-2019 05:34 PM
Last minute?? Tk payah propa lah...dia ni mmg hadap simpati...mentang2 Masa ajl gimik tu menjadi...t ...

stuju sgt2, mmg nampak ketara dia tagih simpati
Quote hyie 10-4-2019 07:21 PM
heols 29? so bukan la kategori bbnu lagi...ingatkan macam 25/26, bukan sebab rupa, tapi perangai yach
Quote Ladybird910 10-4-2019 07:35 PM
Nk ckp satu je.. Baby pian ni kne mkn zentel kot.. Br hilang cacing dlm bdn{:laugh
Quote asfaz 10-4-2019 07:50 PM
lepasni letak babak makan aiskrim alasan last minute.
Quote Meisaku 10-4-2019 08:27 PM
Atenye... Lau die penah g kedai kfc ngn el xkn la skrg pn xleh nk g kfc.. Ajenye jenuh kome nih.  

Sy bkn fan baby pian..

Artis no..
Quote SherryZass 11-4-2019 12:25 PM
Suara hauk, dah tak payah le nyanyi dik pian oi. Belakang2 tabir je sesuwai
Quote apikwaeh 11-4-2019 12:41 PM
iols mmg dah agak ini bakal terjadi
Pian muka sangap sgt nak berbinikan el

iols taklah sokong el. tapi dari awal theyols bercinta titik2 camni iols dah bleh rasa tgk muka pian tu
sejenis akan ungkit
nasib gak jadi bini..
tetiba bercerai itulah yg heols merempan
walaupun ramai warga gosip ckp heols ni ckp teratur, educated tapi itu semua tak janjikan sifat semulajadi lelaki sangap yach
Quote kecikgurl 11-4-2019 03:02 PM
sudah2 la dik..awal2 dlu boleh la kau bt mcm nih..tp dah lame2 nih bosan plak akak nengok nye..bt la gimik lain plak..bawak la awek baru masuk mv ke..baru la best
Quote PocongTerbang 11-4-2019 03:12 PM
X minat pon dua2,tapi kalau iols jadi el,mesti rasa geram jugak.pian ni dah2 la tu gimik2 cmni,dulu org terima je,makin lama buat org meluat. Mmg la babak heli tu tak negatif,tapi semua org tau dulu ko pernah naik heli dgn el,opkos org yg tgk babak heli tu akan kaitkan dgn kisah lampau korang. Sudahlah tu,el dah jadi bini org dah pon
Quote katakau 11-4-2019 03:57 PM
iols confirm dah meluat dengan baby pian ni.tak habis2 nak take advantage.
Quote ayyyyangg 11-4-2019 05:19 PM
Next....mmmmm{:cryrun
Quote unguaurora 12-4-2019 01:53 PM
X phm la sape minat heols ni. Muka nerd,  educated tp buat video pegang2 peluk2, model pun freehair.. euuw.. perangai x selari dgn muka.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.124197 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top