CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Bayar Bulan-bulan Tapi Servis Lembab' - Pengalaman Pahit Wanita Dengan Syarikat Insurans

11-4-2019 10:16 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 13440| Komen: 48|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Seorang netizen berkongsi pengalaman pahit berdepan dengan syarikat insurans, baru-baru ini. Menurut wanita itu, Nurul Atiqal, beliau berdepan kerenah birokrasi apabila cuba menggunakan kad perubatan insurans bagi anaknya yang dimasukkan ke hospital dan memerlukan pembedahan kecemasan.



Kredit foto: Facebook

Menceritakan punca masalahnya, Nurul berkata beliau mengambil insurans perubatan untuk keluarganya pada Oktober 2015 dengan bayaran bulanan RM113 bagi polisi anaknya. 

Bagaimanapun, pada minggu lalu (Jumaat), anaknya dikejarkan ke hospital swasta akibat tersepit jari dan memerlukan pembedahan.


Kredit foto: Facebook

Beliau terkejut apabila kad insurans anaknya ditolak kerana bermasalah, menyebabkan beliau menghubungi ejen insurans untuk semakan, tetapi dimaklumkan untuk menunggu waktu pejabat pada Isnin minggu berikutnya. 

Kerana terdesak, beliau memindahkan anaknya ke hospital kerajaan dan menggunakan wangnya dahulu dengan harapan boleh menuntut kemudian.


Kredit foto: Facebook

Setelah mengirimkan email meminta penjelasan dan menuntut pembayaran, beliau dikejutkan dengan maklumat bahawa kad perubatan anaknya telah disekat kerana pernah terlambat membuat pembayaran dua tahun sebelumnya (2017).


Kredit foto: Facebook

Beliau kini terpaksa mengeluarkan bayaran tambahan untuk mengaktifkan semula polisi insurans tersebut. Beliau membuat posting kerana kecewa tidak mendapat kerjasama dan maklum balas segera. Katanya, beliau kini trauma dengan mana-mana perkhidmatan insurans.


Kredit foto: Facabook


Kredit foto: Facebook

Natizen yang membaca perkongsian itu bersimpati dengan nasib menimpa beliau. Ada juga berkongsi pengalaman sendiri atau saudara-mara yang menjadi 'mangsa kencing' insurans kerana tidak mendapat sebarang pampasan walaupun gigih membayar setiap bulan.


Kredit foto: Facebook

'Jujur saya tidak percayakan insurans lagi kerana pernah ditipu, semua tahi mulut manis,' kata seorang pembaca.

'Kakak saya dah kena, dia dimasukkan di hospital tetapi insurans mengleak untuk membayar, dia dah bertahun-tahun bayar' kongsi seorang lagi netizen.
Walau bagaimanapun, ada juga yang menceritakan kebaikan insuran masing masing. 


Kredit foto: Facebook

'Tidak semua insurans menipu dan lembab, insurans saya sentiasa cekap memberi respon,' terang seorang netizen.


Kredit foto: Facebook

'Jangan harapkan ejen, bayar secara auto debit supaya tidak disekat, sentiasa semak polisi dan penyata, insurans banyak kelebihannya,' nasihat seorang lagi.


Kredit foto: Facebook

Pernahkah mengalami masalah dengan syarikat insurans anda? Dalam kes seperti ini, adakah ianya berpunca daripada kesilapan netizen tersebut? Kongsikan pengalaman dan pendapat anda. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suiskipas 11-4-2019 10:22 AM
Ejen2 la ni bermasalah. Aku menyampah betul dgn ejen insurans ni. Kalau menganjing kat org yg xde insurans kemain lagi....tp servis serupa tahik.

Pas tu sibuk ngan 'kalau korang sakit ada ke duit utk kos perubatan'....'kalau korang mati, ade ke duit nak bayar hutang' eh...siyal la....
Quote prettyuglybabe 11-4-2019 10:24 AM
bayar lambat pun effect policy ke?
i pernah 2 bulan lambat sebab tak perasan payment reject sebab tukar kad..
i pulak letak auto deduct so tak pernah check pun statement..
bulan kedua baru i perasan sebab check email..
then bayar terus outstanding manual and update kad..
Quote Sang_Pencinta 11-4-2019 10:27 AM
prettyuglybabe replied at 11-4-2019 10:24 AM
bayar lambat pun effect policy ke?
i pernah 2 bulan lambat sebab tak perasan payment reject sebab t ...

Bagus reconfirm dgn ejen balik


Kalau pernah lambat besok2 dia akan gunakan kelambatan 10 tahun lepas tu untuk lepas tangan bila kau kecemasan nanti
Quote prettyuglybabe 11-4-2019 10:30 AM
Sang_Pencinta replied at 11-4-2019 10:27 AM
Bagus reconfirm dgn ejen balik

ejen i pun entah mana u..
nak tukar insurance lain macam sayang sebab dah 10 tahun kot policy i..
insurance mana offer the best pun i tatau..
later i kena call allianz untuk check and confirm..
Quote bintangct 11-4-2019 10:41 AM
Insurance mana yg ok?
Quote dekmieDandy 11-4-2019 10:47 AM
teringat pulak kat sepupu aku dulu, berbelas tahun bayar insurans rupenye kena tipu dek ejen je

ejen bawak lari semua duit, comapny ejen tu pon dah tutup lama dah

tapi ejen tu tiap bulan dok datang rumah dia jugak kutip duit sebelum kantoi tu
Quote kucingitam 11-4-2019 11:09 AM
prettyuglybabe replied at 11-4-2019 10:24 AM
bayar lambat pun effect policy ke?
i pernah 2 bulan lambat sebab tak perasan payment reject sebab t ...

bayar lambat dah kira lapse..kena check dgn ejen untuk pastikan kad sentiasa in force.
kalau ejen yang baik, dia tlg ingatkan..tapi most of it tarak..akak ni guna aia, so boleh juga check status online.. maksud aku, sblm kejadian lah, dia blh je check status dia tapi maybe dia tak tau kan..so, takpe, lps ni akak kena ingat tau.

tak bolehlah akak nak salahkan co tu atas kesilapan akak.
saya guna aia juga, alhamdulillah, x pernah ada masalah stkt ni. ejen saya dah berenti, saya follow up direct dgn agensi je.


oh, saya bukan ejen insurans.


Quote kucingitam 11-4-2019 11:12 AM
suiskipas replied at 11-4-2019 10:22 AM
Ejen2 la ni bermasalah. Aku menyampah betul dgn ejen insurans ni. Kalau menganjing kat org yg xde in ...

ya..aku benci betul ejen yg guna ayat2 gini..
pastu up gambar org sakit kat hospital, bil tinggi..mcm2 lah.


Quote nanny_1 11-4-2019 11:22 AM
suiskipas replied at 11-4-2019 10:22 AM
Ejen2 la ni bermasalah. Aku menyampah betul dgn ejen insurans ni. Kalau menganjing kat org yg xde in ...

dorang selalu mainkan ayat2 gitu je
nak bagi kita takut
ada kawan iols ejen insurans
meluat tengok post2 dia gaya ayat macam uols sebut kat atas tu
last2 iols unfriend je.
macam tuhan pulak kerjanya.
Quote nanny_1 11-4-2019 11:25 AM
iols nak ceritakan pengalaman iols ambik P***** punya insurans
masuk hospital pantai
masa tu excident teruk sangat
turun2 je kereta kat bahagian kecemasan duduk atas wheelchair
ayat pertama iols dapat "pakai insurans apa?"
iols cakap P******
dia kata "maaf cik kami tak prefer insurans tu disini, kami prefer "A** dan G**** E*** je"
harey toi.
terkontang kanting iols keluar hospital p hospital lain pulak dengan keadaan tangan berdarah2.
Quote Nonones 11-4-2019 11:35 AM
Aku dah selamat terminate policy insurance aku. agen haram tak pernah tanya or update apa2 dgn aku. aku je la byk bertanya dgn dia. skg aku guna  GL company laki aku je yg fully covered. alhamdullilah selamat duit aku
Quote prettyuglybabe 11-4-2019 11:36 AM
kucingitam replied at 11-4-2019 11:09 AM
bayar lambat dah kira lapse..kena check dgn ejen untuk pastikan kad sentiasa in force.
kalau ejen ...

tak lapsed.. insurance dia ada grace period..
lagi-lagi kalau policy tu dah lama..
hari tu ada call allianz untuk minta statement for tax..
and dorang takde cakap apa pasal lapsed..
so i'm sure policy masih jalan..
Quote kucingitam 11-4-2019 11:43 AM
i pernah terlebih bayar...pun kira lapsed dah..kena bayar cun2 kata dia.. masa tu baru start guna med card, benci la nak bayar ada 85 sen kat hujung tu, bayar la  penuh..itu pun dia kata kira lapsed. ejen tolong settle
Quote hyie 11-4-2019 11:47 AM
nanny_1 replied at 11-4-2019 11:25 AM
iols nak ceritakan pengalaman iols ambik P***** punya insurans
masuk hospital pantai
masa tu excid ...

ekceli masa uols beli insurans, uols dah boleh tanya hospital/klinik panel yang berkenaan. Dalam website pon memang dah ada. Semua syarikat insurans memang ada panel sendiri.
Quote nanny_1 11-4-2019 11:50 AM
hyie replied at 11-4-2019 11:47 AM
ekceli masa uols beli insurans, uols dah boleh tanya hospital/klinik panel yang berkenaan. Dalam w ...

dia sarankan hospital lain
tapi dah itu terdekat dan emergency
iols pergi hospital tu
alih2 kena tanya soalan gitu
kemurungan iols.
Quote hyie 11-4-2019 11:53 AM
prettyuglybabe replied at 11-4-2019 11:36 AM
tak lapsed.. insurance dia ada grace period..
lagi-lagi kalau policy tu dah lama..
hari tu ada c ...

grace period biasanya 30 hari sis...kalau lebih 30 hari tapi tak lapse, mungkin dia tolak daripada cash value yang ada dalam polisi tu. Tapi untuk medical card, yang iols faham, kalau dah lapse untuk tempoh sebulan, hanya isi borang reinstatement je. Tapi kalau dah lebih sebulan, kena buat medical check-up balik untuk sahkan kita bebas penyakit yang 36 Critical Illness tu...atau sakit2 lain. Yang ni kena declare, sebab ada orang taknak declare, ujung2 masa sakit takleh claim, sebab salah sendiri tak declare masa beli, diorang boleh cek ya dalam rekod perubatan semalaya uols sakit apa...tu sebab ada orang takleh claim tapi merempan salahkan ejen n kompeni insurans walhal salah sendiri

untuk kes kat benang ni, akak tu boleh je buat report kat kompeni insurans tu, kalau memang betul payment tak pernah sangkut, dia boleh je dapat balik claim tu. Agittew...iols explain berdasarkan pengalaman kerja kat bahagian ofis kompeni insurans..dulu la, sekarang tidak lagi
Quote chicozinn 11-4-2019 12:01 PM
meollss baru cdang nk beli axa e-medic sbab murah..ade sesape penah bli x?tq
Quote hyie 11-4-2019 12:07 PM
nanny_1 replied at 11-4-2019 11:50 AM
dia sarankan hospital lain
tapi dah itu terdekat dan emergency
iols pergi hospital tu

aah memang tu benda pertama yang diorang kena tanya kat patient uols kalau tak, lagi la diorang akan kena hamun dengan patient sebab tak bagitau awal2. Bila iols masuk kerja dalam bidang insurans, baru iols faham hal sebenar, dan ternyata persepsi orang terhadap kompeni insurans adalah tidak benar sama sekali. Terlalu dimomokkan dengan mitos2 dan cerita rekaan semata2 untuk menangkan diri sendiri. Kebanyakannya adalah salah pembeli tu sendiri, ada yang tak declare penyakit, hantar dokumen tak lengkap, tak konsisten buat payment, tak update contact no dan alamat terkini, dan banyak lagi lah. Paling obvious, pemalas...malas nak baca dan fahamkan isi kandungan polisi yang dibeli, semua nak harapkan ejen je. Lepas tu sikit2 nak salahkan orang. Iols nasihatkan sesapa yang beli atau nak beli insurans tu, baca dan fahamkan dulu setiap pelan insurans yang dibeli, tak faham boleh tanya. Rasanya majoriti memang malas membaca Gitulah perangai orang Malaysia, tak kira bangsa, jantina, umur, etc...
Quote nanny_1 11-4-2019 12:10 PM
hyie replied at 11-4-2019 12:07 PM
aah memang tu benda pertama yang diorang kena tanya kat patient uols  kalau tak, lagi la dior ...

betul jugak cakap chuols tu
melayu pemalas tanya dan segan bertanya
tapi ada orang dia ambik something macam insurans tu
memang dia baca dan tanya bebetul bagi paham
baru ambik
setengah orang buku polisi sampai letak tepi je
yang penting ambik diary dia

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.038904 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top