CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Gemuk Sukar Dapat Zuriat - Menteri Kesihatan

9-4-2019 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5464| Komen: 25

Description: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa isteri gemuk menjadi punca pasangan di negara ini sukar mendapat zuriat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa isteri gemuk menjadi punca pasangan di negara ini sukar mendapat zuriat.


Gambar Hiasan


Memetik Utusan, Dr Dzulkefly berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berhubung faktor peningkatan pasangan mendapatkan rawatan kesuburan di hospital awam dan swasta.

“Mutakhir akhir zaman ini, kesuburan selain lelaki dan wanita antara lain telah saya bayangkan barang kali kegemukan isteri dan kekurangan suami. Kedua-duanya dikenal pasti punya kelemahan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Selain kegemukan, beliau menyifatkan faktor pemakanan juga menyebabkan pasangan sukar mendapat zuriat. - CARI

Bagus

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gopal 9-4-2019 12:56 PM
tak jugakkk..kat opis ni member kurus..kecik molek...tapi dh masuk 6th kawin takde rezeki anak lagi...ada yg sedang2 badan...dh 15thn kawin takde rezeki lagi...ade member yg obese...berat >100kg...lps kawin bunting plamin trus...plan nak anak kedua lps tu, lps keluar IUD trus prgnt...

pokok pangkal rejeki...
Quote Sazida 9-4-2019 01:03 PM
gopal replied at 9-4-2019 12:56 PM
tak jugakkk..kat opis ni member kurus..kecik molek...tapi dh masuk 6th kawin takde rezeki anak lagi. ...


Yeke. Alhamdulillah aku dpt pregnant wlpn overweight. Doc siap suh kawal mkn lg takut bby besar katanya.. tak pregnant bkn stkt mslh berat bdn je. Sakit lain ko tak amik kira. Ngokk betul menteri ni
Quote weezerfan 9-4-2019 01:12 PM
Sentap acik gumuk.. Fat shaming katanya
Quote lee_sakura 9-4-2019 01:39 PM
tak semua wanita gemuk alami masalah mengandung, kwn aku elok je ngandung
Quote aHoi83 9-4-2019 01:45 PM
Tak semua. Tp mungkin salah satu punca.
Quote bulanbulat 9-4-2019 01:49 PM
Obesity and overweight increase risk untuk pcos. Kaitan dengan insulin resistance

Kalau x dak masalah pcos tu gedempol pun boleh beranak tiap tahun.
Quote JokesCop 9-4-2019 01:57 PM
Pinggul bang, tengok pinggul, bukan perut.
Quote pakupayung21 9-4-2019 02:38 PM
Ramai yang tersentap membaca statement ini. Ini bukan omong kosong tetapi fakta

Gemuk
1. Menggangu proses ovulasi atau penghasilan telur pada wanita. Wanita gemuk sering mengalami haid yang tidak teratur

2. Kegemukan juga mengurangkan kualiti telur yang dihasilkan

3. Kegemukan meningkatkan risiko keguguran

4. Kegemukan mengurangkan kualiti sperma yang terhasil

5. Kegemukan mengurangkan peratusan kejayaan dalam apa jua rawatan kesuburan

Justeru itu banyak negara yang meletakkan kriteria - hanya memulakan rawatan kesuburan seperti IVF jika BMI di bawah 30.

Dan yang paling penting sekali kita mahu kandungan yang sihat. Kegemukan meningkatkan morbiditi dan mortaliti bagi ibu yang hamil.

Justeru, jika ada komen dari netizen yang kata, tipulah sy gemuk tp boleh hamil saya hanya akan berkata bersyukurlah kerana anda bernasib sangat baik utk boleh hamil dan melalui kehamilan tanpa komplikasi.

Jom kurus untuk sihat.

Dr. Murizah
Pakar Perubatan Reproduktif

Copy paste dr FB Dr. Murizah. So obesiti mmg ada kaitan utk susah nak mengandung. Statement menteri lepas dia merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Penubuhan Unit Perubatan Reproduktif dan Tabung Uji, Jabatan O&G, Hospital Sultanah Bahiyah
Quote bulanbulat 9-4-2019 02:38 PM
20190409_143539.jpg

Sos: fb dr murizah
Quote sufi^_^ 9-4-2019 02:45 PM
Bukan saja risiko susah nak hamil, kalau dah hamil pulak meningkatkan risiko kesihatan diri sendiri & baby yang dikandung tu.

Bottom line, obese ni tak elok untuk kesihatan.

Udah2 la dengan aku gemok tapi boleh beranak, aku gemok tapi hepi, aku gemok tapi laki sayang.
Quote MadameOnion 9-4-2019 03:14 PM
ada betulnya jugak..i lambat pregnant sbb awal2 akawin syok la dok makan sedar2 badan naik dekat 20kg..pastu try kurus senang je lekatnya..masa gemok tu ada buat rawatan doktor pun ada cakap kena turunkan berat badan..tapi kawan i lagi gemok berganda elok je ngandung selang setahun..pokok pangkalnya rezeki..tapi kalau kita berisi dan nak kurus utk kesihatan pun bagus jugak kan?
Quote tagas 9-4-2019 03:25 PM
cik kepam boyak kat ofiz aku nih rilex2 jer anak berduyun 5

even hari2 meroyan gadoh ngan laki
Quote namr 9-4-2019 04:25 PM
meroyan abis acik2 gemuk
Quote dua_chzy 9-4-2019 04:34 PM
Akak gemok. Subur jah.
Quote buapakperut 9-4-2019 04:35 PM
memang soal rezeki dan takdir. cuma dari segi perubatan, salah satu faktor susah ngandung sebab kegemukan, takda salahnya cuba kuruskan badan ke tahap sihat kalau nak mudah mengandung, dapat elak penyakit2 lain pun ye. apa pun say no to obesity yach
Quote nono86 9-4-2019 04:36 PM
Belum rezeki lagiiii. Ape lagi, start diet la
Quote coolie83 9-4-2019 04:42 PM
subur je aku tgk pepuan obese kt opis aku ni..sorg tu 2 tahun subur anak ke 2 n 3..rejeki...
Quote DollahRepek 9-4-2019 04:48 PM
Ikut pada rezeki masing2. Ada jugak porumner gundu dapat anak + anak itu dijaga oleh bunian lagi. Untung kan?
Quote puteribaya 9-4-2019 04:58 PM
gopal replied at 9-4-2019 12:56 PM
tak jugakkk..kat opis ni member kurus..kecik molek...tapi dh masuk 6th kawin takde rezeki anak lagi. ...

betui tu..budak kurus depan I ni dah 11 tahun kawin..tak ada rezeki..sbb kurus sangat kot..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.063580 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top