CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Apa Dengan Kon Tu, Dik?

9-4-2019 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8482| Komen: 64

Sepasukan bomba mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan kepala murid Tahun Lima yang tersangkut pada kon.

Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kuala Penyu.



Foto: Twitter

Difahamkan, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu menerima panggilan kecemasan pada jam 2.26 petang sebelum mengerahkan lima anggota bersama sebuah jentera ke sekolah berkenaan.

Anggota yang tiba 12 minit kemudian terpaksa menggunakan gergaji besi untuk memotong kon berkenaan.



Menurut jurucakap BBP Kuala Penyu, usaha mengeluarkan kepala mangsa dilakukan dengan berhati-hati kerana khuatir mulut mangsa tercedera.

Tambahnya, murid itu tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kepada ibu bapanya yang berada di situ. 

Menurut laporan, sebelum kejadian mangsa sedang menunggu ibu bapanya dan bermain di pondok di kawasan sekolah itu yang juga merupakan tempat kon berkenaan disimpan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iloveselangor 9-4-2019 06:03 PM
Budak nakal.....
Quote sarahmirza 9-4-2019 06:06 PM
Meski sampai tua kawan2 buat bahan..
Budak kon
Quote RatuDunia94 9-4-2019 06:15 PM
Nasib x nampak muka...
Quote tumpanglalu74 9-4-2019 06:16 PM

Ke ni?
Quote multinicky 9-4-2019 06:18 PM
ok la.. adik blh join gryffyndor...


Quote lasagnaklcc 9-4-2019 06:23 PM
Boleh la panggil conehead
Quote malaygirl 9-4-2019 06:25 PM
Ni rare ni dik. Kepala tersekat kon. Acah2 buat topi la tu
Quote Felycya 9-4-2019 06:47 PM
Ko nak jadi ahli sihir ke deekkkkk. {:smile
Quote ayyyyangg 9-4-2019 06:50 PM
Alahai dikkkk
Quote buapakperut 9-4-2019 06:50 PM
dia nk jadi plant vs zombie ke tu
Quote AwanCikDania 9-4-2019 07:00 PM
buapakperut replied at 9-4-2019 06:50 PM
dia nk jadi plant vs zombie ke tu

Hahahahaha sakit perut gelak. Dh lama x main game tu.
Quote ninja boy 9-4-2019 07:21 PM
Macam2 bomba Dan penyelamat
Quote ninja boy 9-4-2019 07:21 PM
Edited by FanTasyCreaTioN at 9-4-2019 08:47 PM

- double post
Quote ninnamina 9-4-2019 07:33 PM
Haha macam2 perangai budak2
Quote sukacactus 9-4-2019 07:34 PM
Sorry nak, acik tergelak tgk ko, lupa plak nak kesian
Quote EvieWanKenobi 9-4-2019 07:36 PM
aduiii.. abam2 bomba tak tergelak ke tengok?
Quote shernazz 9-4-2019 07:48 PM
Ko nak melolong ke dik dlm tu..
Dh boleh buat dh cm suara tarzan
Quote shernazz 9-4-2019 07:49 PM
Iols rasa topik budak ni akan jadi modal gelak tawa abang bomba kat markas dia nnt selama beberapa bulan..atau maybe masa raya
Quote makketom 9-4-2019 08:14 PM
Kesian kamu dik.. pakai boleh nk buka tak boleh

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.045794 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top