CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kenapa Asyik Saya Dikaitkan Dengan Cerita Buruk?" - Fizz Fairuz Bagi Masa Seminggu Minta Maaf

11-4-2019 11:34 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 9223| Komen: 47|Original author: Oleh: LilRose

Usahawan dan pelakon Datuk Fizz Fairuz terkilan kerana dirinya sering dikaitkan dengan cerita buruk terutama fitnah kononnya dia ditangkap khalwat, baru-baru ini.


Kredit foto: IG Fizz Fairuz


Berkata kepada Harian Metro, Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 40, menggesa pihak bertanggungjawab menyebarkan fitnah kononnya dia merupakan lelaki bergelar Datuk Seri yang ditangkap khalwat di Pulau Perhentian, baru-baru ini untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Saya hairan juga dalam banyak artis yang dapat gelaran Datuk, kenapa asyik saya dikaitkan dengan cerita buruk?

"Apakah ada tertulis di dahi saya, perkara yang membabitkan maksiat, orang itu adalah saya dan cerita pun tersebar," katanya yang memberi masa seminggu untuk individu terbabit meminta maaf secara terbuka.

Fizz menyatakan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika individu terbabit berdegil dan cuba 'menegakkan benang yang basah'.


"Apa yang membuatkan saya marah kerana pihak berkenaan (pemilik Instagram) memuat naik foto untuk laporan berita itu.



"Sudahlah terang-terangan memfitnah tanpa usul periksa, suka-suka hati mengaitkan saya pada cerita yang memang tak betul.

"Saya ada ibu bapa dan keluarga yang maruah mereka harus dijaga. Imej saya juga secara tidak langsung turut tercalar," katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Fizz mempersoalkan sama ada tindakan menyebarkan fitnah itu dilakukan untuk mengejar populariti atau meraih jumlah pengikut.

Sehingga kini, peguamnya sudah 70 peratus dapat mengenal pasti pemilik Instagram termasuk netizen yang meninggalkan komen mengaitkan dirinya dengan kes itu.

Fizz bagaimanapun menyatakan kesediaannya bersemuka dengan pihak terbabit sekiranya ingin memohon maaf.



"Bagaimana caranya, terpulang pada mereka sama ada mahu hubungi saya atau menghantar mesej langsung (DM) di media sosial," ujarnya yang nekad mengambil tindakan untuk memberi pengajaran kepada penabur fitnah dan seangkatan dengannya kerana golongan itu disifatkannya semakin melampau.

Tertanya-tanya juga, kenapa orang suka kaitkan cerita negatif dengan Fizz? - CARI
3

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ihtisyam1 11-4-2019 11:52 AM
Sape yang up di ig tu.....lantak ko la
Quote mizruncing 11-4-2019 12:43 PM
naseb laa. sape suruh buat hal dlu.
Quote tintin22 11-4-2019 12:51 PM
apa la cerita kat benang delete tu
Quote arffa 11-4-2019 12:52 PM
ig makcik puaka pun dah lenyap
Quote namieamuro 11-4-2019 12:52 PM
sbb tu ke ig makcikpuaka ttetibe ilang dr radar?
Quote cmf_blingblings 11-4-2019 01:08 PM
I miss makcik puaka
Quote rosevelvet 11-4-2019 01:24 PM
tintin22 replied at 11-4-2019 12:51 PM
apa la cerita kat benang delete tu

Patutlah cari xde...
Quote justchu 11-4-2019 01:37 PM
laaahaha tu la psl sapa suruh mengumpat tak nyempat2. kan dah kena
Quote limaubali007 11-4-2019 01:53 PM
Orang tak tuduhla.. Orang speku jaah.. Kalau bukan, cakap jalah bukan saya.. Tok pizz peruz ni sensitip ngat
Quote mewo 11-4-2019 02:07 PM
Dkt ig makcikpuaka tu xda pun tulis c piss ni yg kena tangkap khalwat.. semua pun tertanya2 berteka teki..


Kat news pun kata datuk seri bukan "datuk".. so kalo bukan engko, rileks suda..

Dah nama pun gosip, ok la masi org ingat kat engko. kalo x, xda nya nama ko nak naik kat mana2 blog or porum.


Quote laksmanabentan 11-4-2019 02:16 PM
mewo replied at 11-4-2019 02:07 PM
Dkt ig makcikpuaka tu xda pun tulis c piss ni yg kena tangkap khalwat.. semua pun tertanya2 berteka  ...

kan....

tapi rasanya Dato ni sentap dengan nitizen yg speku tu kot...
Quote tintin22 11-4-2019 02:21 PM

Haah,kejap je hilang
Quote Megikari 11-4-2019 02:41 PM
Aik, dah jadi trend pulak retis nak saman2 orang. Banyak sgt gamaknya duit diorang ni. So lepas ni takbleh la nak kata industri seni makin merudum, retis tak cukup makan yadayada
Quote Yeehaw 11-4-2019 02:48 PM
namieamuro replied at 11-4-2019 12:52 PM
sbb tu ke ig makcikpuaka ttetibe ilang dr radar?

La dah hilang ke? Nampak sgt la akak dah lma xbukak.
Quote ayyyyangg 11-4-2019 05:22 PM
{:thief{:thief
Quote umbut 11-4-2019 05:51 PM
Org speku. Xda bukti wat tak tau ler. Dah ig makcik puaka xda.
Quote EvieWanKenobi 11-4-2019 07:50 PM
sejak bila dia ni Datuk Seri?
Quote beatgirlX 11-4-2019 08:12 PM
Kalau bkn dia..siapa?
Quote Madel 11-4-2019 08:21 PM
Tak perasan pun aku ig makcikpuaka n kaumkerabat dia dah hilang.
Makcikpuaka tu pun satu, sejak2 popularity melonjak kdg2 berlagak dia pun reply kat followers..bila acah nak kena saman, tau pulak kecut.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.226097 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top