CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Leka Main Game Dengan Teman Lelaki, Biarkan Anak Nazak Akibat Didera Dan Diracun

14-3-2019 12:52 PM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 5904| Komen: 26|Original author: Oleh: Pink Lily

Description: Seorang ibu di United Kingdom (UK) asyik bermain permainan video bersama teman lelakinya di saat anak kecilnya terbaring menanti ajal akibat dipukul oleh salah seorang daripada mereka, menurut perbica ...

Kecederaan Eve Leatherland disamakan dengan kecederaan akibat kecelakaan jalan raya. Kredit foto: The Independent
Seorang ibu di United Kingdom (UK) asyik bermain permainan video bersama teman lelakinya di saat anak kecilnya terbaring menanti ajal akibat dipukul oleh salah seorang daripada mereka, menurut perbicaraan di mahkamah. 

Juri diberitahu, Eve Leatherland, 22 bulan, didera dengan kejam yang menyebabkan tengkorak kepala retak, tulang rusuk patah dan hati pecah- seolah mengalami kemalangan kereta. 

Malah ibunya, Abigail Leatherland dan teman lelakinya, Tom Curd memberi minuman yang mengandungi ubat tahan sakit dewasa yang melebihi dos, selepas bayi itu didera. 


Sementara bayi itu menahan sakit dan nazak di dalam katilnya, pasangan itu duduk tidak jauh dari situ menghabiskan masa bermain permainan komputer dan berbalas mesej dengan kawan-kawan di Facebook. Badan bayi malang tersebut telah pun mengalami kekejangan apabila ambulans tiba di tempat kejadian. 

"Bayangkan kesakitan yang dialaminya," kata pendakwaraya, Sean Brunton.

Leatherland, 26, dan Curd, 31, hanya bertemu beberapa bulan sebelum kematian bayi itu. Mahkamah diberitahu Curd telah berpindah masuk ke rumah itu pada 30 September 2017. 

Hari-hari berikutnya menyaksikan Eve dipukul berulang kali. Dia meninggal kurang dari seminggu kemudian iaitu pada 5 Oktober. 

"Dia mengalami kecederaan yang digambarkan oleh pakar perubatan sebagai kecederaan akibat kemalangan kenderaan," jelas Brunton. 

"Realiti yang tidak boleh dinafikan ialah seorang atau salah seorang atau kedua-duanya (tertuduh) telah mendera anak kecil itu dengan kejam sekali, sehingga dia mengalami kecederaan yang membawa maut," sambungnya.

"Tidak membawanya ke hospital atau menelefon doktor atau cuba buat perkara lain yang boleh menyelamatkan nyawanya, sebaliknya dia diberikan dos codeine yang membawa maut."

Thomas Curd nafi membunuh Eve. Kredit foto: Metro.co
Tambah Brunton, adalah 'tidak boleh diterima akal' apabila kedua-dua tertuduh langsung tidak perasan keadaan Eve yang semakin teruk di dalam rumah yang kecil itu, mereka cuma memilih untuk membutakan mata terhadap penderitaan yang dialaminya.

Leatherland dan Curd, yang berasal dari Watford menafikan membunuh Eve. Mereka juga secara berasingan menafikan pembunuhan disebabkan pengabaian, dan menyebabkan atau membolehkan kematian kanak-kanak. -CARI


1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 14-3-2019 12:56 PM
mcam sial je perangai
apasal ni byk sgt kes mcm ni
Quote kenarikelabu 14-3-2019 02:21 PM
Kenapa la kejam sgt dgn anak2 kecil... Byk sgt dah jd kes mcm ni bila si mak ada kekasih hati.
Quote amon_79 14-3-2019 02:54 PM
interesting statement  doc  ni.. kecederaan mangsa yg kena dera  sama mcm kecederaan kemalangan kereta... mcm pernah dgr statement yg sama.. kes adib kan...
Quote adeqbun 14-3-2019 02:58 PM
jap td baca mak kene dera anak menantu..ni anak lak dibiarkan mati dlm keadaan yg menyayat hati..dh kenapa manusia skang nu
Quote buapakperut 14-3-2019 03:08 PM
budak tu comel sangat, kenapa la ekaurang kejam sangat. psiko giler muke laki tu. kesiannya anak kecik tu tahan kesakitan dan tak dibelai dengan kasih syg
Quote Burong_Hantuk 14-3-2019 03:11 PM
Nahh amek ini gamba ibu durjana


Quote batu kikir 14-3-2019 03:22 PM
Pompuan yang tak layak jadi ibu...... baiklah dimandulkan samada secara sukarela atau paksa. Fallopian tube tu kasi buang atau ikat kekal. Ngesek lah sepuas2nya sesambil layan fb atau WA. Benci tengok orang zalim tak de peri kemanusiaan.
Quote kibodwatriuh 14-3-2019 03:28 PM
relevan sangat  death sentence untuk malaun-malaun camni
Quote mieymiey 14-3-2019 03:30 PM
Babinya ko sebagai mak.
Jaga rambut pandai, bab jaga anak bangang!
Lain kali takyah beranak!
Quote notyghosty 14-3-2019 04:11 PM
kesiannya la hai anak kecik yg x berdosa...
Quote d_anne04 14-3-2019 04:25 PM
sama usia dgn anak akak..
tergamaknya ko...
apesal la golongan mcm ni senang jer nak mengandung
Quote cikbawang237 14-3-2019 04:42 PM
pity u, kesian dapat mak gitu
Quote giyomi 14-3-2019 06:09 PM
Comel...kesian nya. semoga tenang di sana jauh dari manusia lahanat dua ekor ni. Tlng lar siksa kedua2 mereka dlm penjara sebelum ke tali gantung
Quote Artemesiaa 14-3-2019 06:20 PM
Kes berulang serata dunia bila si ibu dah berboipren lain macam tulah jadinya
Quote ikanmasin 14-3-2019 10:47 PM
tak layak jd mak lah dia ni..siap bg ubat tahan sakit dewasa..
eloklah dok dlm penjara diam2..tak pyh ada anak dah
Quote syidasaleh 15-3-2019 12:04 AM
Baru 5 hari pindah dah tibai sampai mati budak tu. Apa yg kau marah sgt ni mangkuk2 oii.
Quote diss69 17-3-2019 10:44 AM
Ya Allah kesiannya bdk ni... Kenapa laa dpt emk xguna..
Quote anisanim 12-4-2019 08:51 AM
Kejamnya weyyy... Klu x sayang anak patut awal2 bgi kt org lain..
Quote puteribaya 12-4-2019 09:13 AM
mieymiey replied at 14-3-2019 03:30 PM
Babinya ko sebagai mak.
Jaga rambut pandai, bab jaga anak bangang!
Lain kali takyah beranak!

x sanggup hakak baca..pagi Jumaat berita gini sbb kan kemurungan..sian la budak tecit..x tau apa2..tapi dapat rasa kesakitan..x de sapa nak belai..sedihnya Allahu

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.054151 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top