CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Insiden Tembak-Menembak Di Bangkok: Dua Pelancong Maut & Lima Cedera Parah

8-10-2018 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2416| Komen: 8

Description: Semalam, satu kejadian tembak-menembak berlaku di kawasan berhampiran Pratunam Market di belakang pusat membeli belah Watergate Pavillon iaitu salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Bangkok ...
Semalam, satu kejadian tembak-menembak berlaku di kawasan berhampiran Pratunam Market di belakang pusat membeli belah Watergate Pavillon iaitu salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Bangkok, Thailand.


Memetik laporan The Straits Times, terdapat dua pelancong terkena tembakan dan lima orang lagi mengalami kecederaan parah.

Kredit foto:www.worldofbuzz.com

Kredit foto: www.worldjournal.com

Kredit foto:www.worldofbuzz.com


Jurucakap polis memaklumkan, insiden itu berlaku pada waktu kira-kira 8.30 malam, ketika itu sekumpulan pelancong sedang menunggu bas untuk balik ke hotel setelah habis menjamu selera.

Tiba-tiba berlaku kejadian tembak-menembak tidak jauh dari tempat pelancong terbabit menunggu bas sekaligus menyebabkan dua warga Thailand dan dua pelancong dari India serta seorang pelancong Kemboja terkena tembakan peluru sesat.

Kesemua mangsa dibawa ke hospital berhampiran untuk diselamatkan.

Kredit foto:www.worldofbuzz.com

Namun malangnya pelancong dari India, Gakhrejr Dheeraj dan pelancong dari Loas Keovongsa Thonekeo gagal diselamatkan. 

Menurut jurucakap polis, kejadian itu berlaku berpunca daripada pergaduhan dua kumpulan gangster ketika bermain snooker seterusnya berlaku tembakan di tempat meletak kereta.

Suspek sedang dijejaki pihak polis menerusi penelitian kamera litar tertutup CCTV yang berada di sekitar pusat membeli belah tersebut. 

Siasatan sedang giat dijalankan dan identiti penembak masih belum dikenalpasti.- CARI
31

Bagus
15

Marah
16

Terkejut
12

Sedih
17

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LautBiru52 8-10-2018 05:19 PM
Aku seram nk pegi thailand sbb benda2 mcm ni la.
Quote merrissa 8-10-2018 05:36 PM
erk scary nya teringt kes yg org malaysia kene tembak kt sempadan tuh
Quote JohnnySins 8-10-2018 06:04 PM
kalau mangsa2 tu ikut procedure konfirm tak maut dan cedera parah...habaq penduboq etis kepada saya...saya sampaikan aja....masa tengah takut terkejut pun kena ikut procedure...tau...wakakakkakaka
Quote Vokuro 8-10-2018 06:20 PM
Sesuai lah dengan acik2 kepam low class yang pergi Bangkok
Quote Foxey 8-10-2018 06:58 PM
Uih... Tak pasal2 jadi collateral damage
Quote Artemesiaa 8-10-2018 07:35 PM
Kalau tak kes tembak menembak mesti kes bom sana sini sebeb tak berapa minat nak kesana
Quote Vokuro 8-10-2018 07:42 PM
Artemesiaa replied at 8-10-2018 07:35 PM
Kalau tak kes tembak menembak mesti kes bom sana sini sebeb tak berapa minat nak kesana

Akak pun rengsa dengan siam ini. Semua tempat kat Thailand yg akak pernah sampai akak macam who are yuss jah gitu. Tak terasa nak pergi lagi.
Quote Rainsack 7-1-2019 12:06 AM
Scarynye nasib baik tak pergi

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.056411 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top