CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Perempuan Tak Payahlah Nak Cantik Sangat, Lelaki Tetap Boleh Curang!

5-10-2018 11:52 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 15757| Komen: 33|Original author: Oleh: Whitney

Description: Ramai wanita beranggapan lelaki suka kepada perempuan yang cantik untuk dijadikan teman wanita atau isteri mereka. Jadi, para wanita sedaya upaya berusaha untuk mencantikan diri agar mereka disukai da ...


Ramai wanita beranggapan lelaki suka kepada perempuan yang cantik untuk dijadikan teman wanita atau isteri mereka. Jadi, para wanita sedaya upaya berusaha untuk mencantikkan diri agar mereka disukai dan mudah untuk didekati oleh insan bernama lelaki. 

Hakikatnya, kecantikan seorang wanita bukanlah sebab utama mereka disukai, disayangi dan dicintai serta menjadi teman setia bagi seorang lelaki. Seorang pengguna twitter ini telah memuat naik satu status tentang perbualannya dengan beberapa orang kawan dan kenalan lelakinya bagi mengenal pasti mengapa wanita yang cantik dan lawa tetap dicurangi dan ditinggalkan oleh golongan lelaki. Apa sebenarnya lelaki mahu daripada seorang perempuan? 


Tak cantik pun tak apa, asal pandai ambil hati
Daripada jawapan beberapa orang lelaki, masing-masing bersetuju bahawa wanita cantik bukanlah faktor utama yang mereka lihat dan membuatkan mereka setia. Kebanyakannya bergantung kepada sikap wanita itu yang tidak membosankan dan pandai mengambil hati. 

Lelaki memang jenis cepat bosan ke?
Tetapi ada juga netizen yang mengaku yang sikap lelaki sendiri yang tidak pernah puas dan cepat bosan. Ada yang sekadar suka-suka sahaja untuk berkawan dengan wanita cantik. Mungkin sekadar mengisi kebosanan dalam hidup mereka. Jadi, hubungan sudah pasti tidak akan berkekalan. 




Perempuan pun kena la jaga perangai
Netizen lelaki turut memberi komen dalam status wanita ini yang sepatutnya setiap wanita perlu menjaga sikap dan perangai mereka. Lelaki bukannya kisah perempuan itu cantik atau tidak, yang penting pandai membawa diri dan sentiasa menjaga tingkah laku mereka agar disukai teman lelaki mereka.


Lelaki pula perlu hargai apabila dapat perempuan lawa

Bagaimana pun, lelaki yang mempunyai teman wanita yang cantik dan lawa perlulah menghargainya. Mereka kenalah pandai menjaga hati dan menjaga hubungan mereka sebaiknya. Setiap orang pasti ada kekurangan dan mungkin apabila mendapat teman wanita, ada kekurangannya yang lain. 


Kena bertolak ansur
Netizen ini berpendapat jika ingin bercinta dan mempunyai pasangan dalam hidup, perlulah bertolak ansur. Masing-masing perlu menerima dan memberi. Jangan terus menyalahkan pasangan atas kekurangan dan kesalahan yang boleh dimaafkan.  Tetapi ada juga netizen berpendapat, kalau dah nak curang, sama ada lelaki atau perempuan, masing-masing boleh melakukannya. 


Jika kalian rasa mempunyai teman wanita itu menyusahkan dan menghuru-harakan hidup kalian, lebih baik kalian lupakan sementara untuk mempunyai pasangan. Fokuskan arah tuju hidup dan rancang masa depan sebaiknya. Apabila sampai masa nanti dan kalian sudah bersedia untuk bercinta dan berkahwin, kalian akan lebih menghargai wanita dalam hidup kalian samada rupanya cantik atau tidak. Setuju tak? - CARI 

16

Bagus
10

Marah
12

Terkejut
27

Sedih
20

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 5-10-2018 11:58 AM
iye, jantan boleh mencurang mcm mana pun.. tp perempuan msti melawa utk diri sendiri, bukan utk org lain...
Quote Artemesiaa 5-10-2018 12:10 PM
Kena cantik luar dan dalam.  Kalau sekadar cantik luar tapi dalam tak cantik tak ada maknanya juga.  Juga jadi cantik untuk diri sendiri bukan untuk orang lain lebih cantik jadinya.
Quote matchstick 5-10-2018 01:08 PM
key word nya ialah jemu...mcm2 sebab boleh jadi jemu. jemu sbb asek gaduh, jemu buat aktiviti sama je tiap2 hari, jemu pandang muka sama je sampai tua, macam2 lah. ada org tu kadang kita tgk cantik sangat tak jemu mata memandang kata org. tapi kalu hadap hari2 datang lah jemu tu kalau xde kelebihan lain selain rupa paras yg cantik. itu pasal aku tgk akak2 ofis ni yg mulut becok, kelakar, wpun badan gundu tetap maintain je rumah tangga diorg
Quote masterudeng82 5-10-2018 01:32 PM
Tak perlu cantik untuk orang, tapi cantik untuk diri sendiri. Bila lelaki curang, takdelah nak stress sangat.
Quote haryatie 5-10-2018 01:42 PM
laki nak curang tu sbb dia yg x setia
dn x pandai menghargai..
biar apa pun terjd ttp kena cntikkan diri...

Quote snazzydaisy 5-10-2018 02:43 PM


Men-are-what-their-mothers-made-them.-–-Ralph-Waldo-Emerson.png


Quote pai.kacang 5-10-2018 03:45 PM
curang ni masalah individu.. bukan  masalah pasangan lawa tak lawa. kalau dah jenis setia mati tu... dapat pasangan huduh rupa huduh perangai.. tetap setia jugak
Quote AbukRokok 5-10-2018 06:03 PM
kau cantik dia curang apa jaminan kalau kau tak cantik dia tak curang ?
Quote izwan_izi 5-10-2018 11:04 PM
Pelik jugak kalo ada isteri yg muka cantik..body solid...tp si suami masih cari yg lain atau makan luar...mungkin juga isterinya itu...harap muka je cantik...body solid...tp pussynya kepam bau basi..smpai boleh ada pompuan lain yg tak cantik mencaras suaminya itu...

Quote RatuDunia94 6-10-2018 01:04 AM
Cantik tu perlu tp jgn jdkan keutamaan utk pikat pasangan.. sedangkan model2 victoria secret pon boleh kena tinggal dgn laki... tp lelaki ni kalau nk curang. Dia curang je..
Quote BuBuComey 6-10-2018 01:21 AM
Ada je nak justify diri sendiri kan
Quote Veneer 6-10-2018 02:35 AM
Lelaki cari lain sbb byk pilihan kat taman. Tak boleh disangkal lagi bilangan wanita melebihi lelaki. Jadi survival of the fittest la kan, sape pandai dia la dpat.

Lelaki plak makin sikit, we are hot stuff sekrang. So kita kene guna kuasa veto yg ada. Muahahahahaa
Quote salmon-suki 7-10-2018 08:38 AM
Kalau laki xhensem,ada hak jgk ke nak memilih bagai?kekeke~
Quote dokupangg 7-10-2018 10:13 AM
Human sex ratio cuma 107 pompuan to 100 lelaki so jgn perasan hot stuff sgt. Itupun statistik dari satu donia yg termasuk negara-negara teramat miskin. Kat Malaysia ni ok jah 1:1 ratio jantan tino. The key is kalau dah jemu, or awek tak lawa, or lawa tapi perangai lahanat, or banyak bunga kat taman, or whatever lah - TAK PERLU LA NAK CURANG. Cakap je bebaik dah takmo teruskan, then ko pilih la jalan hidup dgn org lain. Simple. Duh!
Quote hasniey 7-10-2018 10:22 AM
Cantik2 utk diri sendiri.kita yg nk hadap muka kita ni sampai tua.kang tumbuh jerawat sendiri sakit ati.
Lelaki prmpuan sama je.kalau dh mmg nk curang.awek cantik ke pakwe hensem ke tetappp curang.yg penting hati
Quote dani-rox 7-10-2018 07:11 PM

Quote gummiebear 7-10-2018 08:05 PM
Lelaki kalau nak curang, lawa ke tak tetap dia curang jah. Ada ruang dan peluang, jalan. Benda senang jah guys, kalau tak suka or dah jumpa yang lain, just cakap.. jangan curang masa masih in a relationship. Is it too much to ask for?
Quote ohnoLia 7-10-2018 09:42 PM
At least kalau cantek... dan dicurangi..boleh cari bakal suami yg lain..

Kalau tak cantek..kepam pula tu..pastu dicurangi...apa lagi yg tinggal?
Quote Foxey 8-10-2018 02:09 PM

word!

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.062248 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top