CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Parah Kedai Dobi Layan Diri Meletup

11-4-2018 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7998| Komen: 58

Description: Sebuah kedai dobi layan diri dan rumah kedai di Taman Jinjang Baru, Kuala Lumpur terbakar selepas berlaku letupan menyebabkan seorang wanita melecur 50 peratus, malam tadi.
Sebuah kedai dobi layan diri dan rumah kedai di Taman Jinjang Baru, Kuala Lumpur terbakar selepas berlaku letupan menyebabkan seorang wanita melecur 50 peratus, malam tadi.

Astro AWANI melaporkan, selepas menerima laporan daripada orang awam kira kira jam 8.05 malam, anggota bersama tiga buah jentera dan sebuah EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, Sentul, Hang Tuah dan Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi.



Menurut laporan, anggota berjaya mengawal api sekitar jam 8.22 malam.

“Kita percaya daripada saksi berlaku letupan di kedai dobi sebanyak 3 kali.

“Kebetulan seorang mangsa wanita berusia 40-an berada di dalam kedai dobi dan cedera 50 peratus melecur," jelas Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPBM) Kuala Lumpur, Ruhisha Haris.



Foto: Astro AWANI

Pelanggan kedai dobi berusia 40-an terbabit dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, tiga lagi mangsa warga Indonesia yang tinggal di rumah berkenaan sempat terjun dari tingkap premis untuk menyelamatkan diri.

Berdasarkan siasatan awal forensik, kebakaran itu memusnahkan 80 peratus kedua dua premis, manakala punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. - CARI

22

Bagus
21

Marah
16

Terkejut
21

Sedih
11

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 11-4-2018 10:10 AM
ish....washer/dryer meletupke?
Quote idakamaruddin 11-4-2018 10:13 AM
letrik kuat sgt kot

adooii ni mcm seram nak pegi mendobi layan diri mcmni

Quote Lolalala 11-4-2018 10:14 AM
Dryer tu pakai gas mcm gas masak tu kot. Penah intai masa pekerja dia datang bila saya call bavitau dryer x function.
Quote SINCITY 11-4-2018 10:18 AM
Lolalala replied at 11-4-2018 10:14 AM
Dryer tu pakai gas mcm gas masak tu kot. Penah intai masa pekerja dia datang bila saya call bavitau  ...

Mengarut betoi pakai gas
Quote Red_mAnc 11-4-2018 10:27 AM
Sure kena saman kedai tu, semoga mangsa cepat sembuh.. !
Quote kikuri 11-4-2018 10:28 AM
SINCITY replied at 11-4-2018 10:18 AM
Mengarut betoi pakai gas

memang ade dobi pakai gas... dobi kat bawah opis aku ni ha pakai gas untuk dryer.. kalo tak pakai gas baju tak kering sangat... tiap petang nmpak orang hantar gas...
Quote Themilo 11-4-2018 10:31 AM
dryer tu memang pakai gas sisthur.. pernah sekali, baju iols ada kesan hitam macam jelaga.. mengamok la iols pada owner dobi tersebut.. beliau minta resit pembelian baju-baju untuk bayar ganti rugi..

kepala hotak kau since baju-baju tu bukannya baru beli sehari dua, nak kena ada simpan resit pulak..
Quote cmf_premierleag 11-4-2018 10:36 AM
Kesiannya..ye la sapa sangka kan,tgh syok2 mendobi, tetiba meletup bagai
mesti trauma tu
Quote cmf_premierleag 11-4-2018 10:38 AM
iols penah pakai laundry self service ni
sbb tak puas hati dgn sabun yg ada, iols pi 7-eleven kat seberang jalan, beli serbuk Daia yg kecik tu
baru puas hati sbb wangi
Quote iloveselangor 11-4-2018 10:40 AM
Seram nye...tapi x pergi dobi camni tak nampak Urban la.
Quote rospinki 11-4-2018 10:45 AM
eh dah lama aku notis benda ni..bila guna pengering tu aku bole rasa bahang..berapa lama ketahanan haba tu bole bertahan?? kepala hotak aku selalu ragu2 pasal safety awareness..since aku tak pergi dobi dulu lah umah lama umah sana selalu takde air.. risau..sebab orang tu rajin bawak anak pi dobi.
Quote armin 11-4-2018 10:52 AM
iloveselangor: Seram nye...tapi x pergi dobi camni tak nampak Urban la.

Bodo apa basuh baju pun urban tak urban.
Quote myakayina 11-4-2018 10:54 AM
klu musim hujan terpaksa la ke dobi layan diri ni..nak buat mcm mana..tawakal jela kot ye pakai gas segala kan dryer nya tu..
Quote paz 11-4-2018 10:56 AM
Dulu-dulu Paz salah seorang yang pergi mendobi di kedai, akibat banyak baju yang rosak dan masa terbuang menunggu kain siap. Terus Paz buat kira-kira beli sebiji menatang tu kat rumah.

Dryer kat rumah tak sama macam kat kedai, tapi best. Kain wangi, dah kering terus gantung dan lipat masuk lemari. Dan everytime lepas guna, ada penapis kecik kena bersihkan. Situ banyak habuk-habuk kotoran kena bersihkan.

Imagine, yang kat kedai tu. Maybe sehari sekali aja dia bersihkan tabung perangkap habuk ni.  
Quote dubuk 11-4-2018 11:03 AM
Themilo replied at 11-4-2018 10:31 AM
dryer tu memang pakai gas sisthur.. pernah sekali, baju iols ada kesan hitam macam jelaga.. mengamok ...

betul, tengkorak sangat

Quote manehnya 11-4-2018 11:07 AM
basuh kain pun bahaya oii... leh letup jugak...
Quote prettyuglybabe 11-4-2018 11:08 AM
Edited by prettyuglybabe at 11-4-2018 01:38 PM

ada gas bocor la tu..
kadang kedai ni tak buat maintenance..
patutnya tiap hari kena check segala equipment..
ni fikir bukak kedai layan diri tak payah hire pekerja boleh duduk melepak kutip untung..
or ada benda flammable dalam pakaian pelanggan tu..
kalau macam tu, memang salah pelanggan sendiri la..


Quote Artemesiaa 11-4-2018 11:15 AM
Lama tak buat maintenance kot mungkin dan ada kerosakan pada mesin tu mana tak mengundang bahaya
Quote noorhairiahma 11-4-2018 11:15 AM
i selalu je tunggu kat dobi tu dengan anak i.

sambil i makan kudap2, anak i akan main phone.

ingatkan selamat je duduk situ.

lepas ni memang tak inginlah nak tunggu situ lagi.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.059411 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top