CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Kantoi Sedang Gulung Rokok Ganja

11-4-2018 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3834| Komen: 20

Description: Seorang penjawat awam ditahan ketika sedang asyik menggulung rokok daun disyaki berisi ganja di sebuah rumah dekat Taman Changkat Lada Raya, Kampung Gajah, tengah malam Isnin.
Seorang penjawat awam ditahan ketika sedang asyik menggulung rokok daun disyaki berisi ganja di sebuah rumah dekat Taman Changkat Lada Raya, Kampung Gajah, tengah malam Isnin.


Memetik BH Online, serbuan jam 12.45 malam itu dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah.

"Ketika serbuan, suspek disyaki penagih dadah didapati sedang duduk di atas lantai bilik rumah berkenaan dan pemeriksaan lanjut menjumpai satu bekas plastik warna ungu yang di dalamnya berisi tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja.


Foto: BH Online

"Turut dijumpai di atas lantai dalam bilik berkenaan adalah satu paket plastik berisi tembakau dan rokok daun serta gunting yang disyaki peralatan untuk menghisap dadah," kata Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah.


Semakan awal mendapati suspek yang juga guru di sebuah sekolah menengah di Kampung Gajah itu tiada rekod jenayah lampau.

"Ujian awal saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif bahan berunsur `11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid (THC)'.

"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - CARI
7

Bagus
15

Marah
7

Terkejut
4

Sedih
7

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 11-4-2018 10:32 AM
aduhai kantoi la pulak brader ni, jiran report polis ka?
Quote Red_mAnc 11-4-2018 11:08 AM
Hmmm, sure kena petik brader ni...sabar bro..Anyway it's just a damn weed... *sigh*
Quote onexox97 11-4-2018 11:12 AM
cikgu kecing berdiri
murid kencing berlari
cikgu mengganja
murid mengketum
Quote luvemedaa 11-4-2018 11:13 AM
Cikgu bakar tak cover bau asap ke  ngn jiran sebelah. Hehe
Quote Artemesiaa 11-4-2018 11:17 AM
Mesti ada yang report ni hadap ler dah kantoi
Quote prettyuglybabe 11-4-2018 11:29 AM
kalau duduk diam-diam dalam rumah, sure kena report la tu..
keje dah elok pun nak menganja lagi..
Quote myakayina 11-4-2018 11:33 AM
ambik ganja ni dikira penagih dadah jgk la yer? wlu dia cuma merokok dan ambil ganja saja?
Quote saviour_09 11-4-2018 02:01 PM
cikgu2 pun memerlukan keTENANGan
Quote mawarika 11-4-2018 02:16 PM
Cikgu bukan malaikat hanyalah manusia biasa yg punya hati dan perasaan
Quote albedah 11-4-2018 02:31 PM
Tp ujian sarian awal kantoi.. 2nd time boleh jadi negatif.
Quote pakis_hutan 11-4-2018 03:28 PM
albedah replied at 11-4-2018 02:31 PM
Tp ujian sarian awal kantoi.. 2nd time boleh jadi negatif.

kau menganjing ni kan?
Quote albedah 11-4-2018 05:44 PM
pakis_hutan replied at 11-4-2018 03:28 PM
kau menganjing ni kan?

Husnuzonn la..
Quote kelip2_07 12-4-2018 12:00 PM
cikgu tu hanya jwtn..bab perangai..dorang pn manusia biasa..bkn maksumm

Quote blackredwing 12-4-2018 12:23 PM
Ganja dengan rokok..
rokok tu lagi bahaya lah..

Ganja kene banned sebab preasure dari syarikat rokok je pasal cukai..

banyak negara dah legalize weed ni..

tak mati pun isap ganja tu kalau isap rokok tu memang cepat mati dengan bini korang anak korang pun boleh mati sama sbb asap beracun .. asap ganja boleh feeling reggae ..tak mati punye ..  lagi bertambah selera makan ada lah..haha

Quote crxhvd 12-4-2018 05:58 PM
Dia tak minom kopi ni
Quote belacan_gurl 13-4-2018 11:19 AM
blackredwing replied at 12-4-2018 12:23 PM
Ganja dengan rokok..
rokok tu lagi bahaya lah..


Yess...rokok lagi bahaya
Quote weezerfan 2-10-2018 06:23 PM
Cash lah nk sgt bganja khennn
Quote aHoi83 2-10-2018 06:30 PM
Malaysia kan bakal pengimport ganja. So ape salah cikgu ni ??
Quote kakigebang 2-10-2018 07:42 PM
legal kan je la hisap ganja.. berapa byk pun boleh hisap, kena sebalut dua rentung laa...hisap kat rumah je pon, x kacau orang...jimat lagi dari hisap dunhill la ni

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.263814 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top