CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

46 Ekor Kucing Yang Dikurung Dan Terabai Berjaya Diselamatkan

5-10-2017 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5916| Komen: 45

Description: Tindakan seorang lelaki berumur 41 tahun yang menggunakan kucing peliharaannya sebagai "modal" untuk mendapatkan sumbangan kewangan akhirnya terbongkar.

sumber : Bernama


Tindakan seorang lelaki berumur 41 tahun yang menggunakan kucing peliharaannya sebagai "modal" untuk mendapatkan sumbangan kewangan akhirnya terbongkar.

Melalui laman Facebooknya, lelaki terbabit memohon sumbangan kewangan kononnya untuk membeli makanan dan merawat kucingnya yang sakit. Namun tindakannya itu mula mendatangkan keraguaan oleh Kelab Pencinta Kucing. 

Setelah menerima aduan daripada kelab tersebut, balai polis Sentul menghantar sepasukan polis menyerbu rumah lelaki tersebut yang terletak di sebuah apartmen di Bandar Baru Sentul. Jesteru, 46 ekor kucing yang dikurung dan terabai berjaya diselamatkan. 

Memetik laporan Bernama, Pengerusi Sahabat Kucing Jalanan, Mohd Rosli Mohd Ariffin berkata, kucing-kucing itu dikurung di dalam sangkar kecil di dapur rumah dengan keadaan yang tidak terurus dan berbau busuk. Hampir keseluruhan kucing itu dijangkiti ‘Sporo’ dan demam. 


"Penyakit Sporotrichosis atau dikenali sebagai “Sporo” disebabkan oleh fungus yang berasal daripada persekitaran tanah, tumbuhan dan spesies haiwan."

Polis mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memujuk lelaki berkenaan supaya menyerahkan kucing-kucing tersebut.

Manakala lelaki berkenaan berkeras bahawa dia sayangkan kesemua kucingnya itu namun tidak mempunyai masa untuk mengemas rumah sejak ibunya meninggal dunia April lalu.

Katanya, beliau membela kucing sejak beberapa tahun lalu dan jumlah kucing yang dibela semakin bertambah sejak ibunya meninggal dunia.

“Saya tidak dera, cuma saya tidak mampu merawat kucing yang sakit sebab saya tiada duit,” katanya dan menambah, sebab itu beliau bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk menyara kucing."

Sementara itu, seorang anggota Kelab Pencinta Kucing Malaysia, Leen Mustafa berkata sebahagian daripada kucing yang diselamatkan itu kini ditempatkan sementara di sebuah kedai menyediakan perkhidmatan “hotel kucing”.

Dalam pada itu, Kelab Sahabat Kucing Jalanan pula memaklumkan bantuan rawatan untuk kucing yang kurang sihat dan berpenyakit amat diperlukan dan kini kelab tersebut sedang mengumpul dana untuk membiayai kos rawatan kucing-kucing itu. 

Orang ramai yang ingin menyumbang bantuan kewangan boleh menghubungi Kelab Pencinta Kucing melalui Leen di talian 019-3999962.- CARI
5

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
12

Sedih
2

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putehkundor 5-10-2017 12:01 PM
Ruang tamu sheols ke tu?
Quote Artemesiaa 5-10-2017 12:14 PM
Geng hoarders jugak ni
Quote Bedah.Cun 5-10-2017 12:14 PM
Rumah ke tapak pelupusan sampah?
Quote DeeHanania 5-10-2017 12:20 PM
Adduuhhyaaiii,
Ksian kat c bulus tu da sakit kulit
Nasib dpt dselamatkan
Quote noraidil_06 5-10-2017 12:22 PM
Neuter la. Adoiiii. Iols yg ade 3 ekor kitten (kutip stray)  jenuh nk disiplinkan diri. Subuh2 dh bgn to ensure the litter box is clear.  Bibik dah ckp siang2 dia x nk uruskan kucing
Quote noraidil_06 5-10-2017 12:22 PM
Kalau sporo,  hurmmmm
Quote missinpiece 5-10-2017 12:30 PM
Yg kena sporo tu susah sket nk sembuh..
Me pon pepagi dah uruskan makan & poo dak bulu yg kat beranda, kat dlm umah, kat luar umah.
Petang jentik telinga sekor2 plak. Degil
Quote vanillaninja 5-10-2017 12:31 PM
Macam mana nak jaga kucing, diri sendiri pun tak terjaga.
Quote cocorex 5-10-2017 12:36 PM
Lalu pulak dia dgn rumah yg bau busuk..nk makan pun ada selera ker?
Quote harrypoter 5-10-2017 12:43 PM
apartment memang tak sesuai kot bela kucing
Quote missyL 5-10-2017 12:44 PM
hoarder terok nie
Quote irwansuhadi 5-10-2017 02:52 PM
kalau tak mampu, tak payah la bela. seksa binatang aje.

alasan....
Quote mesmerize 5-10-2017 02:57 PM
ai bela 2 ekor je dalam rumah pun dah huru hara rumah ai sis..
Quote flesh 5-10-2017 03:00 PM
mesmerize replied at 5-10-2017 02:57 PM
ai bela 2 ekor je dalam rumah pun dah huru hara rumah ai sis..

dah hura hara, buat bela?

kasi kat jiran kau je la.


Quote mesmerize 5-10-2017 03:02 PM
flesh replied at 5-10-2017 03:00 PM
dah hura hara, buat bela?

kasi kat jiran kau je la.

sebab sayang. dari kecik sampai ke sebesor hanjeng aku bela kucing2 aku tuh.
Quote Star_el 5-10-2017 03:04 PM
Dia ni sakit mental kot. Mcm semua jadi lepas mak dia meninggal.
Quote flesh 5-10-2017 03:04 PM
mesmerize replied at 5-10-2017 03:02 PM
sebab sayang. dari kecik sampai ke sebesor hanjeng aku bela kucing2 aku tuh.

maknanya dari kau kecik sampai kau besor, rumah kau hura hara la kan...

busuk bau taik kucing.


Quote mesmerize 5-10-2017 03:07 PM
flesh replied at 5-10-2017 03:04 PM
maknanya dari kau kecik sampai kau besor, rumah kau hura hara la kan...

busuk bau taik kucing.
...

hai lava fail matematik fail pemahaman bm


Quote Madel 5-10-2017 03:07 PM
Boleh jodohkan pakcik ni dgn makcik yg viral semalam..sama2 hoarders..
Rumah aku ni pun lately bnyk kucing datang..depa ni pandai panggil geng dtg makan berjemaah sesama..
semalm ada yg terberanak kat beranda atas..bunyi anak kucing mengiaw2 tapi merata aku cari tak jumpa ,.nampak ibu kitten je..pandai sugguh dia sembunyikan anak2 dia no..hari ni dah tak ada..senyap sunyi dah..entah mana ibu kitten angkut anak2 dia.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.079449 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top