CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Salun Hak Milik Bumiputera: Pengendalinya Kesal Ahli Politik Sensasikan Berita

1-10-2017 05:49 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6206| Komen: 58

Description: Selain kesal dengan tuduhan yang tidak berasas daripada masyarakat, Ketua Pegawai Operasi rangkaian salun itu, Khairul berkata dia hairan kenapa ia dijadikan isu selepas 5 tahun kain rentang itu digan ...

sumber : FMT


"Tindakan menggantung kain rentang tertera “Hak milik Bumiputera” dan “Ruang Muslimah disediakan” tidak membawa sebarang maksud perkauman mahupun agama."

Demikian penjelasan pengendali sebuah salun di Negeri Sembilan yang dipetik daripada akhbar China Press berhubung kain rentang berkenaan digantung sejak cawangan di Seremban 2 itu memulakan operasi pada Februari 2012.

Memetik laporan Astro Awani, selain kesal dengan tuduhan yang tidak berasas daripada masyarakat, Ketua Pegawai Operasi rangkaian salun itu, Khairul berkata dia hairan kenapa ia dijadikan isu selepas 5 tahun kain rentang itu digantung di depan salun berkenaan.

“Di bawah bumbung 1Malaysia, kami berniaga tanpa sebarang idea istimewa, ini ialah tindakan ahli politik mensensasikan berita. Biarlah mereka, saya malas nak layan.” 


Beliau menjelaskan perkataan “hak milik Bumiputera” bermakna bos rangkaian salun itu seorang Bumiputera dan tidak mempunyai rakan kongsi kaum lain, manakala tujuan lain ialah untuk mengubah tanggapan stereotaip orang ramai terhadap salun dan kedai gunting rambut lelaki.

“Kebanyakan orang akan fikir salun ialah perniagaan orang Cina, manakala kedai gunting rambut lelaki pula kebanyakan dikendalikan orang India yang menawarkan perkhidmatan menggunting dan mencuci rambut lelaki atau mencukur misai dan janggut.” 

Baru-baru ini, pemilik sebuah kedai dobi layan diri di Muar, Elit Laundry memohon maaf dan menurunkan papan tanda “mesra Muslim” selepas diarahkan berbuat demikian oleh Sultan Johor. - CARI


6

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mommymonster82 1-10-2017 05:54 PM
Muslimah sbb pakai tudung la..
Saloon cina pon ada buat..
Yg sensasikan isu ni baru keluar hutan ke apa..
Quote tumpanglalu74 1-10-2017 05:56 PM
Kalo nampak kain rentang cenggitu, konfem lari 1000 batu.  Aku ingat lagi zaman aku sekolah, ade la salon stim rambut konon.  Sekali tepek nak muntah haku dibuatnye.  Bau telor lama a.k.a. telor busuk semerbak ateh kepale aku ni.  Konfem simpan dalam frij berbulan2.  Kalo dah camtu baik aku ambik telor busuk pecahkan ateh kepale lagi bagus..  Duit pon jimat.

Quote Decaffeinated 1-10-2017 06:03 PM
dia nak tarik pelanggan melayu suruh sokong melayu....

tau apa maksud tersirat dia....

dulu2 mungkin OK lah notis macam tu. zaman dah berubah you better catch up or jadi kicap lah.....

Quote Maideen. 1-10-2017 06:24 PM
Silap silap boleh backfire dia punya niat mak gunakan "haknilik Bumiputra" atau "roduk orang Melayu" sebagai tarikan......

Bukannya orang tak tahu kualiti kerja orang Melayu secara am nya e.g. qualiti kerja mekanik melayu, kualiti kerja tukang rumah melayu, kualiti kerja tukang jahit melayu dsbnya.....

Wallahualam.
Quote Despacito 1-10-2017 06:29 PM
No issues for me..... strategi marketing masing2 ... tak suka g kedai tu g kedai lain
Quote Mary_jane 1-10-2017 07:01 PM
Convenient for muslimah. Kat pkns tu mostly salun sediakan ruang for muslimah. Ummah ni memang asal meroyan je ke? Banner hakmilik bumiputera tu pun nampak exclusive sangat ke? Kan bumi nye servis selalu nya low-class. {:question
Quote taikor 1-10-2017 07:43 PM
inilah yg Sultan Johor taknak. ade satu, ade 100, then ade 1000 yg buat terikut2 trend begini kalau tidak dikawal.

boleh saja buat ruang khas utk muslimah yg bertudung. tapi mengikut trend d msia, memang tak boleh stop dah. kearah Taliban
Quote kecimpret 1-10-2017 07:45 PM
Apa tujuan nak bgtau salon ko x jv dgn cina?
Quote kecimpret 1-10-2017 07:49 PM
Tak pernah lg aku tgk kedai tulis 'hak milik tamil telegu' 'hak milik cina tongsan'...kalo ko senyap2 kan ke lg ramai pelanggan ko dpt tarik?..ni tulis banner besar2 gitu dah limitkan market ko...patut laa melayu kalo niaga 99% fail
Quote farhana008 1-10-2017 08:03 PM
Hello.even salon iols pegi milik orang cina pun sediakan ruang muslimah ok!baru keluar gua ke apa diorang ni?itupun nak kecoh viralkan!
Quote Otaku85 1-10-2017 08:03 PM
Kompeni cina pun takde buat gitu melainkan utk cari pekerja.
Quote Nenasketum 1-10-2017 09:17 PM
Franchise salon bangsa Cina pun dari dulu ada sediakan bilik untuk yang bertudung. Sekaranh pulak yang macam ni jadi pehrak
Quote Peterpan17 1-10-2017 09:27 PM
Nenasketum replied at 1-10-2017 09:17 PM
Franchise salon bangsa Cina pun dari dulu ada sediakan bilik untuk yang bertudung. Sekaranh pulak ya ...

Ini jenis org yg bijak meniaga. Dia tau kehendak market. Dgn cara mcm ni, mereka blh capture bigger audience. Klu yg banner sebesar besar alam 100% milik bumiputra, rasanya yg dtg org Melayu @ bumi sajalah kot. Org lain nak masuk pun rasa takut. Takut yg kerja kat dlm tu tersinggung psl depa bukan bumi.
Quote ~boolean 1-10-2017 09:29 PM
aku roll eyes sajalah bila puak2 liberal kata ketuanan melayu kuat sentap...

bilamana hakikatnya bangsa lain serta liberal juga mudah triggered atau butthurt atau sentap atau meroyan.

senang kata, dua-dua pihak juga sama saja lah. kiri menyalak, kanan menyalak.

tiada masalah pun banner ini pada mata aku. hanya yang oversensitif mudah sentap saja cari pasal atas isu ini.
Quote cmf_premierleag 1-10-2017 10:35 PM
Isu mcm ni pun nak tersinggung?
Apa ke pondan sgt ke ummah2 malaya skang ni
Banyak lg isu penting mcm high cost of living dgn ekonomi mcm hanjeng skng ni dgn org kene retrench,vss,mss, takde lak wakil2 rakyat sial celaka ni nak memekak bela nasib rakyat
Balik2 psl isu taliban muslimah perkauman bagai
Quote cmf_premierleag 1-10-2017 10:36 PM
Yg stok2 tersinggung ke hulu ke hilir mcm pondan x siap ni, kalao ko x suka kedai tu ko berambus la pegi kedai lain
Banyak lagi kedai lain yang ko bleh hambur duit ko yg berjuta tu
Yg ko hadapppppp sgt dgn 1 kedai yg buat ko tersinggung tu apsal ha babiiiii???????  
Quote cmf_shalom 1-10-2017 11:19 PM
Siapa la ahli politik yg xde keja tu..
Quote pulauturtle 1-10-2017 11:35 PM
Ini barber shop drp melayu di george town penang, siap ialah vintage + high end barber shop
Quote Teemah88 1-10-2017 11:39 PM
pulauturtle replied at 1-10-2017 11:35 PM
Ini barber shop drp melayu di george town penang, siap ialah vintage + high end barber shop

Erk..sorang tu aku kenal....

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.168428 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top