CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Galak Rakyat Tambah Anak Kedua, China Mahu Beri Insentif

1-3-2017 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4095| Komen: 46

Description: Bagi menggalakkan rakyat memiliki anak kedua, kerajaan China sedang mempertimbangkan untuk memberi insentif wang tunai.
Bagi menggalakkan rakyat memiliki anak kedua, kerajaan China sedang mempertimbangkan untuk memberi insentif wang tunai.

Ini kerana berdasarkan tinjauan mendapati kebanyakan keluarga memilih melahirkan seorang anak kerana masalah kewangan.


Memetik laporan akhbar China Daily, langkah itu diumumkan Timbalan Menteri di Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dan Perancangan Keluarga, Wang Peian sabtu lalu.

Setahun selepas China mengeluarkan undang-undang baru membenarkan keluarga memiliki dua anak, kadar kelahiran pada tahun 2016 mencipta rekod dengan 17.87 juta bayi dilahirkan berbanding 1.3 juta tahun sebelumnya.

Ia merupakan kadar kelahiran tertinggi dalam masa 15 tahun.

Menurut laporan Bloomberg, dasar itu juga membolehkan 17 juta tambahan kelahiran menjelang 2020, dan menambah 30 juta pekerja pada 2050.

Bagaimanapun, dalam tinjauan yang dibuat pada 2015, semakin jelas 60 peratus ibu bapa di China tidak mahu melahirkan anak kedua kerana masalah kewangan.- CARI


sumber foto: China Daily

8

Bagus
15

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
9

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dcruins 1-3-2017 01:52 PM
hari tu ada aku tonton documentary dari station TV Japan NHK versi bahasa inggeris, dia cover tentang strategi China memaksa jutaan warga2 petani nyerrr untuk pindah ke bandar2 size medium & yg besar mereka kat serata China, tujuan mereka nak create domestic demand mereka di kawasan2 bandar untuk survival growth ekonomi mereka di masa depan....

bayang kan betapa mega nyerrr usaha2 ni, nak pindah ratusan juta penduduk kampung2 pindah kat bandar....yang petani sedih nak meninggalkan cangkul & tanaman nyerrr, tapi tak derrr daya nak membantah, dah tahap national security kata gomen nyerrr.

Quote spiderman80 1-3-2017 02:08 PM
dcruins replied at 1-3-2017 01:52 PM
hari tu ada aku tonton documentary dari station TV Japan NHK versi bahasa inggeris, dia cover tentan ...

Yang bagus tentang pemerintahan komunis ialah kerajaan depa buat apa-apa tanpa sebarang bantahan daripada pihak pembangkang.
Cuba negara demokrasi buat, mesti kedengaran isu-isu hak asasi rakyat dimainkan.

Tapi pemerintahan komunisme mungkin bagus juga untuk sesebuah negara besar seperti China. Disebabkan sistem tersebut, China mampu membangun dengan pesat.
Quote munahjolie 1-3-2017 02:08 PM
wah banyak duit sampai bagi duit. Kiranya nanti rakyat prc dpt brim lah ni. Huhu
Quote gigahertz 1-3-2017 02:09 PM
dcruins replied at 1-3-2017 05:52 AM
hari tu ada aku tonton documentary dari station TV Japan NHK versi bahasa inggeris, dia cover tentan ...

aku x paham. rakyat dh 1.3billion kenapa nk tambah lagi?
Quote spiderman80 1-3-2017 02:09 PM
munahjolie replied at 1-3-2017 02:08 PM
wah banyak duit sampai bagi duit. Kiranya nanti rakyat prc dpt brim lah ni. Huhu

Ada beberapa buah negara lain buat macam tu seperti Singapura.
Quote spiderman80 1-3-2017 02:11 PM
gigahertz replied at 1-3-2017 02:09 PM
aku x paham. rakyat dh 1.3billion kenapa nk tambah lagi?

Negara China sedang menuju ke arah negara tua dalam masa terdekat dan impaknya tersangat besar.
Quote spiderman80 1-3-2017 02:12 PM
Negara India pula tak menghadapi masalah ini sebab mereka ramai rakyat yang muda.
Quote spiderman80 1-3-2017 02:13 PM
China dikatakan akan terperangkap dalam 'middle income trap' atau menjadi tua sebelum sempat menjadi kaya.
Quote dcruins 1-3-2017 02:14 PM
spiderman80 replied at 1-3-2017 02:08 PM
Yang bagus tentang pemerintahan komunis ialah kerajaan depa buat apa-apa tanpa sebarang bantahan d ...

Tak derrr beza banyak pun cara pemerintahan mereka sekarang banding zaman Emperor mereka dulu, sama gak ketat & mementingkan disiplin legacy Confucius. Dah terbukti ribuan tahun cara mereka ni sangat kena dengan size dan budaya mereka.....

cuma beza dia hari ni, rakyat dia boleh dah nak kaya sekaya nyerrr, cari laaa kekayaan berapa banyak pun asalkan tak masuk campur dengan urusan politik,semua bermula dengan Deng Xiaoping...
Quote dcruins 1-3-2017 02:15 PM
gigahertz replied at 1-3-2017 02:09 PM
aku x paham. rakyat dh 1.3billion kenapa nk tambah lagi?

national security, macam spidey kata tuuu, kena ada orang muda untuk ambil alih negara di masa depan....

Quote spiderman80 1-3-2017 02:15 PM
dcruins replied at 1-3-2017 02:14 PM
Tak derrr beza banyak pun cara pemerintahan mereka sekarang banding zaman Emperor mereka dulu, sam ...

Nama sistem saja berlainan.  
Quote dcruins 1-3-2017 02:17 PM
spiderman80 replied at 1-3-2017 02:15 PM
Nama sistem saja berlainan.

ya....tak der beza banyak pun, cuma President tak boleh kawin lebih jerrrr beza dia.
Quote gigahertz 1-3-2017 02:21 PM
spiderman80 replied at 1-3-2017 06:11 AM
Negara China sedang menuju ke arah negara tua dalam masa terdekat dan impaknya tersangat besar.

apa impaknya?
Quote spiderman80 1-3-2017 02:21 PM
dcruins replied at 1-3-2017 02:17 PM
ya....tak der beza banyak pun, cuma President tak boleh kawin lebih jerrrr beza dia.

Haha      
Quote dcruins 1-3-2017 02:24 PM

Bukan persoalan apa impak dia dahhh, dah tak der pilihan lain, national security masa depan.....
Quote spiderman80 1-3-2017 02:25 PM
gigahertz replied at 1-3-2017 02:21 PM
apa impaknya?

Peluang pekerjaan. Pelabur-pelabur asing dan tempatan pasti akan buka kilang di luar China sebab  tenaga pekerja semakin berkurangan dan impaknya sangat besar pada ekonomi China yang besar tu.

Lagipun China merupakan antara beberapa negara di dunia sekarang yang sedang menghadapi situasi '4-2-1' di mana seorang anak terpaksa menyara dua ibubapa dan empat datuk dan nenek.

Manalah anak muda mampu menyara keluarga besar camtu. Belum lagi nak sara isteri dan anak.
Quote dcruins 1-3-2017 02:27 PM
Zaman Mao dan zaman2 awal Deng Xiaoping tuuu, rakyat China nak bela itik lebih dari 10 ekor pun kena soal dengan pegawai2 daerah, kalau pakai jam bling bling pun kena soal gak, basikal lebih dari quota yg ditetapkan pun kena soal gak....
Quote dcruins 1-3-2017 02:34 PM
Kalau kes Singapura,Japan etc yg kos hidup tinggi gilerrr, memang susah gak nak ada anak banyak, kos tinggi gilerrr walau berapa banyak pun insentif yg diberi gomen.....

Quote gigahertz 1-3-2017 02:51 PM
spiderman80 replied at 1-3-2017 06:25 AM
Peluang pekerjaan. Pelabur-pelabur asing dan tempatan pasti akan buka kilang di luar China sebab   ...

biar betul spidey. cucu kena sara moyang?
kalu cucu umo 20 kerja.berapa umur moyangnya?

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.052440 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top