CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 3650|Reply: 30

Galak Rakyat Tambah Anak Kedua, China Mahu Beri Insentif

[Copy link]
Post time 1-3-2017 01:21 PM | Show all posts |Read mode
Bagi menggalakkan rakyat memiliki anak kedua, kerajaan China sedang mempertimbangkan untuk memberi insentif wang tunai.


Ini kerana berdasarkan tinjauan mendapati kebanyakan keluarga memilih melahirkan seorang anak kerana masalah kewangan.


Memetik laporan akhbar China Daily, langkah itu diumumkan Timbalan Menteri di Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dan Perancangan Keluarga, Wang Peian sabtu lalu.


Setahun selepas China mengeluarkan undang-undang baru membenarkan keluarga memiliki dua anak, kadar kelahiran pada tahun 2016 mencipta rekod dengan 17.87 juta bayi dilahirkan berbanding 1.3 juta tahun sebelumnya.


Ia merupakan kadar kelahiran tertinggi dalam masa 15 tahun.


Menurut laporan Bloomberg, dasar itu juga membolehkan 17 juta tambahan kelahiran menjelang 2020, dan menambah 30 juta pekerja pada 2050.


Bagaimanapun, dalam tinjauan yang dibuat pada 2015, semakin jelas 60 peratus ibu bapa di China tidak mahu melahirkan anak kedua kerana masalah kewangan.- CARI

sumber foto: China Daily
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2017 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dcruins replied at 1-3-2017 01:52 PM
hari tu ada aku tonton documentary dari station TV Japan NHK versi bahasa inggeris, dia cover tentan ...

Yang bagus tentang pemerintahan komunis ialah kerajaan depa buat apa-apa tanpa sebarang bantahan daripada pihak pembangkang.
Cuba negara demokrasi buat, mesti kedengaran isu-isu hak asasi rakyat dimainkan.

Tapi pemerintahan komunisme mungkin bagus juga untuk sesebuah negara besar seperti China. Disebabkan sistem tersebut, China mampu membangun dengan pesat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 02:08 PM | Show all posts
wah banyak duit sampai bagi duit. Kiranya nanti rakyat prc dpt brim lah ni. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
munahjolie replied at 1-3-2017 02:08 PM
wah banyak duit sampai bagi duit. Kiranya nanti rakyat prc dpt brim lah ni. Huhu

Ada beberapa buah negara lain buat macam tu seperti Singapura.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 1-3-2017 02:09 PM
aku x paham. rakyat dh 1.3billion kenapa nk tambah lagi?

Negara China sedang menuju ke arah negara tua dalam masa terdekat dan impaknya tersangat besar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara India pula tak menghadapi masalah ini sebab mereka ramai rakyat yang muda.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2017 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
China dikatakan akan terperangkap dalam 'middle income trap' atau menjadi tua sebelum sempat menjadi kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dcruins replied at 1-3-2017 02:14 PM
Tak derrr beza banyak pun cara pemerintahan mereka sekarang banding zaman Emperor mereka dulu, sam ...

Nama sistem saja berlainan.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2017 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dcruins replied at 1-3-2017 02:17 PM
ya....tak der beza banyak pun, cuma President tak boleh kawin lebih jerrrr beza dia.

Haha      
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 1-3-2017 02:21 PM
apa impaknya?

Peluang pekerjaan. Pelabur-pelabur asing dan tempatan pasti akan buka kilang di luar China sebab  tenaga pekerja semakin berkurangan dan impaknya sangat besar pada ekonomi China yang besar tu.

Lagipun China merupakan antara beberapa negara di dunia sekarang yang sedang menghadapi situasi '4-2-1' di mana seorang anak terpaksa menyara dua ibubapa dan empat datuk dan nenek.

Manalah anak muda mampu menyara keluarga besar camtu. Belum lagi nak sara isteri dan anak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 1-3-2017 02:51 PM
biar betul spidey. cucu kena sara moyang?
kalu cucu umo 20 kerja.berapa umur moyangnya?

Spidey pun terkejut apabila terbaca berita ini beberapa hari lepas.
Tapi tak pelik pun,  Gigahertz sebab dah terlalu lama sistem satu keluarga satu anak di China dan jangka hayat hidup rakyat China pun agak panjang.
Jadi impaknya sangat jelas kelihatan hari ini.  Seorang anak muda dalam 20an atau awal 30an menyara kedua ibubapa dan 4 lagi datuk nenek.
Pasal tu istilah '4-2-1' diberikan oleh penulis artikel yang Spidey baca hari tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 1-3-2017 02:51 PM
biar betul spidey. cucu kena sara moyang?
kalu cucu umo 20 kerja.berapa umur moyangnya?

Ni antara link dari Internet yang Spidey jumpa.
alexatsintolas.weebly.com/the-4-2-1-problem.html
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 03:24 PM | Show all posts
Bercerita mengenai polisi anak satu ni teringat dekat kes Feng Jianmei.

Baguslah sekarang polisi anak satu ni telah dirombak. Kalau tak, senasiblah kau dengan Feng JIanmei.

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 03:44 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 1-3-2017 02:08 PM
Yang bagus tentang pemerintahan komunis ialah kerajaan depa buat apa-apa tanpa sebarang bantahan d ...

dari kampung masuk bandar bawak perangai pprt. ada duit lebih boleh naik kapal terbang. tunjuk pd dunia diorang berak merata. kerajaan china ada ajar tak manners & etiquette?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 03:51 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 1-3-2017 02:25 PM
Peluang pekerjaan. Pelabur-pelabur asing dan tempatan pasti akan buka kilang di luar China sebab   ...

indialah yg ramai org sumber tenaga buruh. atau belah2 asia tenggara mcm vietnam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-3-2017 03:51 PM
indialah yg ramai org sumber tenaga buruh. atau belah2 asia tenggara mcm vietnam.

Buat masa ini China masih merupakan negara dengan tenaga buruh teramai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2017 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 1-3-2017 04:04 PM
China malaysia pun tak nak ramai anak kan? jarang tgk kaum china malaysia anak 5 orang. max 3.

...

Cina mana-mana negara pun tak ramai anak sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-3-2017 03:44 PM
dari kampung masuk bandar bawak perangai pprt. ada duit lebih boleh naik kapal terbang. tunjuk pd  ...


Ramai rakyat PRC menjadi golongan kelas pertengahan dalam masa yang sangat singkat untuk sebuah negara bersaiz besar macam China.
Oleh itu kejutan budaya terjadi dan ramai yang terbawa-bawa sikap dan perangai PPRT ke bandar-bandar besar sekitar China dan juga ketika mereka melawat ke luar negara.

Kerajaan China baru-baru ini ada keluarkan peraturan dan undang-undang kepada rakyat mereka yang ingin melancong ke luar negara demi menggelakkan sikap dan perangai PPRT kekampungan dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 05:51 PM | Show all posts
gigahertz replied at 1-3-2017 04:04 PM
China malaysia pun tak nak ramai anak kan? jarang tgk kaum china malaysia anak 5 orang. max 3.

...

cina ni pilihan merancang keluarga pilih yg mana? no. 1 pakai kondom ke? sbb used condom melambak jadi recycle buat getah rambut. euwww....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 1-3-2017 04:55 PM
Ramai rakyat PRC menjadi golongan kelas pertengahan dalam masa yang sangat singkat untuk sebuah  ...

Betul...ada terbaca kerajaan china sediakan guidelines utk rakyat depa yg nak keluar negara...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.074174 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list