CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Biarpun F1 Dihentikan, Litar Sepang Tidak Akan Jadi Projek Gajah Putih- PM

1-10-2017 09:21 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5504| Komen: 44

Description: Susulan ketiadaan perlumbaan Formula One (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula tahun depan, litar itu tidak akan dibiarkan terabai dan menjadi projek “gajah putih” kata Perdana Menteri Dat ...


sumber : internet


"Litar Sepang akan dimanfaatkan sepenuhnya dan ia tidak akan menjadi projek gajah putih, banyak aktiviti akan diadakan di situ."

Demikian respon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ada pihak bimbang dan mempersoalkan berkemungkinan besar litar tersebut akan terabai dan menjadi projek “gajah putih”

Ini kerana 7  April lalu, beliau dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Malaysia tidak akan lagi menjadi tuan rumah perlumbaan  F1 tahun depan selepas kerajaan bersetuju untuk menamatkan kontrak penganjurannya kerana terdapat penurunan ketara hasil pulangan kepada  negara berbanding dengan kos penganjurannya.

Tambah beliau, kerajaan kini dalam proses menyusun cara lain untuk diadakan di Litar Sepang.


"Kami akan membangunkan acara permotoran bentuk lain di negara, kami mahu melihat penyertaan lebih banyak rakyat Malaysia. Saya fikir itu yang peminat Malaysia mahu lihat… penyertaan pemandu-pemandu Malaysia," katanya.

“Ia tidak bermakna penganjuran F1 tidak boleh dipertimbangkan di masa depan, dengan syarat keadaan ekonomi adalah baik," tegas Najib.

Perdana menteri dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berada di litar ini untuk menyaksikan final perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia Petronas 2017 pagi tadi.- CARI
9

Bagus
6

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adm7 1-10-2017 09:29 PM
Merapu je acara F1 ni..berapa kerat sgt pun yang beli tiket..yg datang pun kebanyakan pasal dpt tiket free, ambil gbar upload kat media sosial bukan nal tgk sgt pun
Quote sekngucing 1-10-2017 09:29 PM
elokla... dah lama rugi... dulu takpe duit. masih bnyak... laani ekonomi lembap... kenala beringat
Quote RED 666 1-10-2017 09:50 PM
Biasa pelancong yg ramai tgk f1 ni, org tempatan sikit je sbb tiket mahal
Quote sekngucing 1-10-2017 10:03 PM
dah 10 tahun dah aku tgok dalam paper... f1 tak beri pulangan bagus...
Quote Steelheart 1-10-2017 10:11 PM
Laaa...ekonomi makin teruk ka? Itu hari ckp ekonomi 5%...suda tukar ka?
Quote Vokuro 1-10-2017 10:13 PM
adm7 replied at 1-10-2017 09:29 PM
Merapu je acara F1 ni..berapa kerat sgt pun yang beli tiket..yg datang pun kebanyakan pasal dpt tike ...

akak beli jah tiket dek.
Quote lr7 1-10-2017 10:47 PM
laki aku kata dah bape kali final nya..tak final2 pun..dia cakap lpas ni mst akan ada lagi..bape banyak kroni dapat pulangan kalau buat f1 ni..haha..xmngkin la xde..
Quote AbukRokok 1-10-2017 11:00 PM
adakah ekonomi skrg tidak baik?
Quote insulin 1-10-2017 11:05 PM
Kalau x mahu anjurkan F1, bolehlah dibuat litar latihan perlumbaan atau litar ujian JPJ.
Quote de_ikea 1-10-2017 11:32 PM
Hrapnya adalah projek permotoran. Berapa ramai je yg mampu. Batu 3 tu pun so so aje.
Quote Joannalee 1-10-2017 11:38 PM
Yela jadi gajah hitam kan... sume masuk dlm poket dulu
Quote Rainsack 2-10-2017 06:35 AM
Wahhhhhhhhhhh
Quote dizzzek 2-10-2017 07:45 AM
jilake jib, tadi bukan kata ekonomi negara kukuh ka?
Quote annehuda 2-10-2017 08:07 AM
dulu masa aku student uni circa 2003-2007 almost every year aku dpt tiket free. sbb masa tu aku aktif kt kelab uni. 1st time dpt tu je pegi, excited la konon. pastu lelama aku rasa boring dah. bising yahamat, nk sembang pun takleh. tak tau ape yg bestnye tgk racing ni, baik tgk kt rumah je
Quote matamata 2-10-2017 08:40 AM
tiket motogp sold out...
Quote hayrin86 2-10-2017 08:46 AM
insulin replied at 1-10-2017 11:05 PM
Kalau x mahu anjurkan F1, bolehlah dibuat litar latihan perlumbaan atau litar ujian JPJ.

Perlumbaan kereta mingguan pun ok lagi.. Takyah lagi merempit atas jalan raya awam..
Quote kentel 2-10-2017 09:08 AM
F1 memang tak ramai spectator....tapi kalau MotoGP memang penuh mostly....
Quote sofiazara 2-10-2017 09:12 AM
maq dengar semalam F1 malaysia kena bayar 400k pound sterling kat one of the players sebab penutup longkang melingkup terbang kena kereta heols!

habis duit kutipan tiket
Quote sofiazara 2-10-2017 09:12 AM
kentel replied at 2-10-2017 09:08 AM
F1 memang tak ramai spectator....tapi kalau MotoGP memang penuh mostly....

semalam ramai nyah! always ramai je penonton

tapi banyak sangat tiket free tu yg lingkup

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.069166 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top