CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sasaran 111 Pingat Emas Tercapai, Hasil Sumbangan Azizulhasni Awang

29-8-2017 01:39 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10438| Komen: 118

Description: Syabas dan tahniah buat seluruh kontinjen Malaysia Sukan SEA 2017 kerana berusaha gigih merealisasikan impian pungutan pingat emas negara.


Syabas dan tahniah buat seluruh kontinjen Malaysia Sukan SEA 2017 kerana berusaha gigih merealisasikan impian pungutan pingat emas negara. 

Dilaporkan sasaran pingat emas sebanyak 111 yang ditetapkan akhirnya berjaya dicapai dan perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman mikro twitternya, sebentar tadi.

“YB KJ baru maklum kpd saya Malaysia sudah meraih 111 pingat emas ! Hebat dan syabas kontinjen kita,” tulisnya.



Memetik laporan Berita Harian, pingat emas ke-111 negara dihadiahkan oleh pelumba trek negara, Azizulhasni Awang di Velodrom Nasional, Nilai menerusi acara pecut individu dengan menewaskan rakan senegara Muhammad Shah Firdaus Sharom dalam kedua-dua pusingan final pecut individu lelaki semalam. 


sumber : Berita Harian

Terdahulu, Fatehah Mustapa menghadiahkan pingat emas ke-110 apabila menundukkan rakan senegara, Farina Shawati Mohd Adnan dalam kedua-dua pusingan final acara pecut wanita.

Malaysia kini jauh meninggalkan negara-negara lain dalam senarai pungutan pingat dengan memiliki 111 pingat emas, 77 pingat perak dan 69 pingat gangsa 

Juara bertahan, Thailand yang juga pesaing utama negara mengekori di tempat kedua dengan kini memperoleh 60 emas, 72 perak dan 75 gangsa. 

Manakala tempat ketiga menjadi milik Vietnam diikuti tempat keempat adalah Singapura dan Indonesia berada di tempat kelima. 


sumber : www.kualalumpur2017.com.my

Sementara itu, memetik laporan Utusan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia mampu menambah lebih banyak pingat emas.

“Berdasarkan kiraan saya, kita sudah pun menjadi juara keseluruhan dan tiada siapa mampu memintas kita."

“Kini kita akan melihat berapa banyak yang mampu diraih sama ada lebih daripada 111 pingat emas yang disasarkan,” katanya.- CARI



34

Bagus
15

Marah
38

Terkejut
19

Sedih
33

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (162 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Elle_mujigae 28-8-2017 10:37 PM
yeayyyy..tahniah rocket pocket man..
Quote Elle_mujigae 28-8-2017 10:38 PM
coolnya gifs ni tt..love it...




Quote NE_KO 28-8-2017 10:38 PM
yesssss.bangganya saya dgn awk Azizul.
Quote NE_KO 28-8-2017 10:39 PM
Elle_mujigae replied at 28-8-2017 10:38 PM
coolnya gifs ni tt..love it...

terima kasih ya.hehe
Quote NE_KO 28-8-2017 10:39 PM
@kucen_miang
Quote dauswq 28-8-2017 10:40 PM
klu ade south east athlete leh kalahkan juara dunia tu, mmg ajaib lah
Quote WhiskeyScotch 28-8-2017 10:40 PM
Tahniah Malaysia!!!
Quote AJ88 28-8-2017 10:41 PM
Congratsss pocket rocket man.
Quote hunt_fear 28-8-2017 10:45 PM
tahniah pocket rocket man...esok blh buat willy
Quote Yuyu8934 28-8-2017 10:48 PM
wowwww..tahniah Malaysiaku!
Quote Orix 28-8-2017 11:02 PM
Soklan bimbo, Malaysia sebelum ni belum pernah jd juara keseluruhan sea games ke?
Quote Elle_mujigae 28-8-2017 11:04 PM

neko buat sendiri ke gifs tu? boleh tak kita nak tahu guna software apa? hehe  
Quote ohnoLia 28-8-2017 11:07 PM
dapat cuti tak kita semua ni?
Quote NE_KO 28-8-2017 11:09 PM
Edited by NE_KO at 28-8-2017 11:14 PM
Orix replied at 28-8-2017 11:02 PM
Soklan bimbo, Malaysia sebelum ni belum pernah jd juara keseluruhan sea games ke?


Boleh rujuk katsini
Quote NE_KO 28-8-2017 11:10 PM
Elle_mujigae replied at 28-8-2017 11:04 PM
neko buat sendiri ke gifs tu? boleh tak kita nak tahu guna software apa? hehe

aah buat sndiri
Quote MissNigga 28-8-2017 11:11 PM
congrats tim Malaysia ...
[youtube]SLZ3R4DoGDw[/youtube]

terima kasih astro arena .... pengulas pengulas sukan astro arena mmg terbaekkkk




Quote ahd_naa 28-8-2017 11:14 PM
Tahniah Malaysia! Bagi la cuti hari rabu...boleh balik kampung lama sikit..
Quote lee_haru 28-8-2017 11:19 PM
NE_KO replied at 28-8-2017 11:09 PM
Boleh rujuk katsini

Tq untuk info link ni....sy pon tertanya2 jugak
Quote lee_haru 28-8-2017 11:19 PM
NE_KO replied at 28-8-2017 11:09 PM
Boleh rujuk katsini

Tq untuk info link ni....sy pon tertanya2 jugak

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.087195 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top