CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sukan SEA 2017: Penyertaan 3 VVIP Sebagai Atlet Curi Tumpuan Ramai

11-8-2017 03:11 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 12889| Komen: 73

Description: Terdapat tiga orang atlet yang terdiri dari kalangan kerabat Diraja dan juga menteri yang turut mengambil bahagian dalam acara sukan kali ini.


Bahang Sukan SEA ke-29 semakin terasa kehangatannya apabila sebahagian landskap Kuala Lumpur mulai terpampang dengan papan iklan temasya sukan dwi tahunan ini.

Memetik laporan RojakDaily, temasya terbesar di rantau Asia Tenggara itu akan bermula pada pada 19 Ogos dan akan berakhir pada 31 Ogos 2017.

Sudah semestinya kehadiran bintang sukan SEA dari negara rantau Asia Tenggara bakal menjadi tumpuan dan tarikan peminat acara masing-masing ketika bersaing di gelanggang.

Para atlet pasti berusaha gigih untuk melakukan persembahan yang terbaik dalam acara masing-masing untuk mengejar pingat emas seterusnya mengharumkan nama negara.

Namun di sebalik persaingan sengit di kalangan atlet, terdapat tiga orang atlet yang terdiri dari kalangan kerabat Diraja dan juga menteri yang turut mengambil bahagian dalam acara sukan kali ini. 


Atlet VVIP tersebut adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen dari Brunei, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Yang Teramat Mulia Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

sumber : https://f.ptcdn.info

Kompleks Sukan Bukit Jalil akan menjadi tumpuan utama acara pembukaan dan acara sukan yang dipertandingkan.Sebanyak 35 venue akan digunakan membabitkan 405 acara sukan dengan 308 jenis sukan yang disertai sebanyak 11 buah negara.

Selain itu, Negeri Sembilan dipilih untuk acara berbasikal dan Pulau Langkawi bagi acara pelayaran. Manakala Setiu, Terengganu pula untuk acara Ekuestrian Endurance. 

Malaysia menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini selepas kali terakhir 16 tahun lalu pada tahun 2001.- CARI



35

Bagus
37

Marah
25

Terkejut
32

Sedih
30

Lawak
52

Bosan

Friends Rank (211 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanezzafirah 11-8-2017 03:25 PM
aku hari2 turun lrt bukit jalil pastu terus naik teksi..pakcik teksi kata start 14/8 dieorg tutup jalan kat bukit jalil tu sbb katanya ada org nak sabotaj sukan sea ni..  
Quote nadna 11-8-2017 03:27 PM
Join acara apa..Polo kah
Quote LostStar 11-8-2017 03:51 PM
hanezzafirah replied at 11-8-2017 03:25 PM
aku hari2 turun lrt bukit jalil pastu terus naik teksi..pakcik teksi kata start 14/8 dieorg tutup ja ...

haha.. lawak la pakcik teksi ni..
Quote matchstick 11-8-2017 04:04 PM
Dh nama pun sukan utk orang ada2
Quote dauswq 11-8-2017 04:06 PM
kenapa  vvip tak main gimnastik kah? sukan renang kah? badminton kah?
Quote RVP20 11-8-2017 04:08 PM
Kenapa wartawan Cari letak mv theme song Sea Games 2015 ?

Letak la theme song 2017

Malas punya wartawan
Quote L_Z 11-8-2017 04:08 PM
KJ masuk sukan pa...eiiiii... kesian dia...zaman memuda dok main giutar kapak ja kat UK nu.xdak sapa layan pandnag pon zaman dedulu....
Quote Changa 11-8-2017 04:09 PM
hanezzafirah replied at 11-8-2017 03:25 PM
aku hari2 turun lrt bukit jalil pastu terus naik teksi..pakcik teksi kata start 14/8 dieorg tutup ja ...

dengar la gosip pakcik driver teksi itu...sedari awal lagi pun dah buat announcement pasal penutupan jalan itu...
sister jah bimbo tak reti baca news
Quote syadq 11-8-2017 04:13 PM
hanezzafirah replied at 11-8-2017 03:25 PM
aku hari2 turun lrt bukit jalil pastu terus naik teksi..pakcik teksi kata start 14/8 dieorg tutup ja ...

Masih berdendam dgn Grab ke? Grab kan gold sponsor SEA2017.
Quote putehkundor 11-8-2017 04:15 PM
Bapok yg belah Kiri tu Sapa sis?
Quote syadq 11-8-2017 04:15 PM
L_Z replied at 11-8-2017 04:08 PM
KJ masuk sukan pa...eiiiii... kesian dia...zaman memuda dok main giutar kapak ja kat UK nu.xdak sapa ...

Polo Equestrian.
Quote Changa 11-8-2017 04:17 PM
ramai la nanti acik2 kepam menggeletis pergi tengok polo pelbagai,
Quote syadq 11-8-2017 04:18 PM
putehkundor replied at 11-8-2017 04:15 PM
Bapok yg belah Kiri tu Sapa sis?

Aiyo sis..prince mateen Brunei. Bakalan berentap dgn KJ sukan polo kuda. Mari ke Putrajaya.
Quote hanezzafirah 11-8-2017 04:21 PM
Changa replied at 11-8-2017 08:09 AM
dengar la gosip pakcik driver teksi itu...sedari awal lagi pun dah buat announcement pasal penutup ...

sister kabo je apa yg dia cite..caye idok la..boring dlm teksi dengar sajokk
Quote kecimpret 11-8-2017 04:23 PM
hanezzafirah replied at 11-8-2017 03:25 PM
aku hari2 turun lrt bukit jalil pastu terus naik teksi..pakcik teksi kata start 14/8 dieorg tutup ja ...

mmg nak ditutup pun sbb nak OC SEA Games


sesak laaa umah aku
Quote debab76 11-8-2017 04:38 PM
RVP20 replied at 11-8-2017 04:08 PM
Kenapa wartawan Cari letak mv theme song Sea Games 2015 ?

Letak la theme song 2017

theme song tahun ni sendu chuols. tertido atlet2 dgr
Quote RVP20 11-8-2017 04:53 PM
debab76 replied at 11-8-2017 04:38 PM
theme song tahun ni sendu chuols. tertido atlet2 dgr

mmg sendu pun .. 3 lagu semuanya sendu

News kat TV smlm pun guna lagu KRU sbg background .. haha
Quote Simunggu 11-8-2017 04:54 PM
kalau VVIP ikut..mcm mana tu...siapa nak kalah..siapa berani nak menang???
Quote RVP20 11-8-2017 04:54 PM
Ehh ada forumer yang jadi sukarelawan SEA Games ??

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.325380 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top