CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Loya Dengan Wayang Politik, Chef Wan Puji Perubahan P.Pinang

10-4-2017 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17531| Komen: 151|Original author: Oleh Maly Rosli

Siapa tak kenal dengan chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau lebih popular dengan panggilan Chef Wan. Bukan sahaja hebat di dapur, malah dia terkenal dengan kelancangannya dalam menyuarakan pendapat.




Menerusi entrinya di laman sosial Instagram baru-baru ini, Chef Wan berkongsi pengalamannya bersembang dengan seorang pemandu teksi ketika berada di Pulau Pinang.

Entri tersebut disertakan sebuah video memaparkan perbualan mereka yang menyaksikan kegembiraan pemandu teksi terhadap kejayaan kerajaan negeri Pulau Pinang yang kini diterajui DAP.

Berkongsi pengalamannya membawa pelancong, pemandu terbabit mendakwa rata-rata mereka memuji Pulau Pinang yang kini lebih bersih selain usaha kerajaan memulihara bangunan-bangunan lama di situ.



My taxi conversation to airport now ..listen to what Penang is like now. True that a good governance of the state will speak by itself from the Tourist that visited our countries that kept saying how wonderful this old cities is and well preserved to the rakyat biasa yg menikmati secara apa yg di sediakan. Saya selalu percaya jika kita rajin berusaha and dont talk shit and Politicians should learned to stop putting each others down and worst this racist perkauman etc shit that make me rasa loya perhaps we can prosperous and make that big change! Rakyat sendiri hari ini boleh menilai segalanya what more all that filthy and sick game being stage up there! Only idiots and bad apples cannot see all this as masing2 ada agenda sendiri konon takut itu dan ini.. However if u are honest and just want to bring changes to this nation u will do it anyway despite all that propoganda yg kita lihat hari ini among all politicians.... naik meluat! Saya tak kiri dan tidak kanan. Saya sayang negara saya mau pun bangsa saya apa tah agama saya tetapi saya tak reti simpan dendam dan iri hati.... I just went to do what i need to do for my country despite others that refused to help me and put me down. Nak kata mulut saya jahat mulut dia lagi mcm longkang dan otak dia tu lagi jahat. If i expose this some day dia boleh gulung segala tikar bantal dia tu! Hee hee..

A post shared by chef wan (@chefwan58) on


Menurut pemandu itu, dia mendakwa usaha dan pencapaian pentadbiran kini lebih baik dan berbeza jika sebelum ini.

"Saya tak tengok bangsa, agama atau kulit. Siapa bagus, saya ikut," katanya.

Rancak berbual dengan pemandu tersebut, Chef Wan juga bersetuju dengan pendapatnya itu.

"Kita nak perubahan sebab kita nak kebaikan yang dapat memberi manfaat kepada semua orang," kata Chef Wan.

Sementara itu, Chef Wan turut mengkritik segelintir pemimpin politik yang penuh muslihat untuk menjatuhkan sesama sendiri selain sering menyentuh sentimen perkauman.

"Isu perkauman yang sering timbul buat saya rasa loya! Mereka yang bodoh saja tak nampak semua ini kerana ada agenda tersendiri kononnya takut itu dan ini," tambahnya.

Perkongsian itu sememangnya mencuri perhatian netizen yang menyokong isi perbualan Chef Wan dan pemandu berkenaan serta keberanian Chef Wan bersuara.

"Ucapan bagus Chef Wan, bangga sebagai orang Penang.

"Selangor masih tak berubah, sedih," antara komen netizen.



Dalam pada itu, ada juga yang tidak bersetuju dengan pendapat Chef Wan.



Apa pula pandangan anda? - CARI


10

Bagus
15

Marah
30

Terkejut
25

Sedih
22

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 10-4-2017 06:14 PM
Terserah kpd warga PP.
Quote siskepoh 10-4-2017 06:15 PM
macam2. sama je lah dua2. malas nk kmen sal plitik
Quote diss69 10-4-2017 07:45 PM
dh lama xpergi ke penang..xbole nk komen..
Quote dauswq 10-4-2017 07:56 PM
Edited by dauswq at 10-4-2017 08:01 PM

bagus..
bila ramai kritik, maka ade perkembangan dan kemajuan..

bukan suruh tutup mulut org, bg dgr yg sedap2 jek
ataupun yg ckp, "kritikan tu mesti dibuat melalui saluran, bukan secara terbuka"


sejarah membuktikan melalui kritikan , tamadun berkembang dgn baik.
Quote shamsadis 10-4-2017 08:11 PM
Naik kereta penyokong dap haruslah memuji DAP
Quote pulauturtle 10-4-2017 08:17 PM
Penang makin maju dan macai anti penang makin tertekan
Quote fox. 10-4-2017 08:30 PM
Bila dah tua ni baharu la nampak manly sikit
Quote batmana 10-4-2017 08:53 PM
kes mh370, dia dh mnta maaf ka kt waris?
Quote mommymonster82 10-4-2017 08:55 PM
Xup  ke post yg kt dia dilucutkn dr jd duta makanan malaysia?
Quote manehnya 10-4-2017 08:59 PM
Topik biasa kalu naik teksi huh
Quote vandergooh 10-4-2017 09:15 PM
pulauturtle replied at 10-4-2017 08:17 PM
Penang makin maju dan macai anti penang makin tertekan

Yg terbaru aku tengok kerajaan penang buat water treatment plak bagi bersihkan sungai2 penang...  
Quote pulauturtle 10-4-2017 09:18 PM
vandergooh replied at 10-4-2017 09:15 PM
Yg terbaru aku tengok kerajaan penang buat water treatment plak bagi bersihkan sungai2 penang...

byk usaha bagus kerajaan penang buat utk improve penang. glad we have a good government
Quote EJALTI 10-4-2017 10:50 PM
Simple jerk konsepnya...
Yang baik, sokong jerk la...tak payah nak mengadu domba racist bagai...
Quote MarryPottet 10-4-2017 11:32 PM
Edited by MarryPottet at 10-4-2017 11:34 PM

ada once dia jadi guest kat prog radio TTON @ bfm
punyalah dia hangin & berapi rapi dia sembur bila cerita bab racism
semua dia tuju kat puak son of the soil  tulah, sampai tak senang duduk dj richard bradbury masa interview dia sebab takut CW terlepas mentioned nama party & pemimpin tersohor negara yg famous seantero dunia for the wrong reasons tu
Quote aHoi83 10-4-2017 11:37 PM
Paling ketara komtar yg dulunya mcm bangunan tinggal waktu BN , skrg dah berseri kembali. What a waste bila building mercu tanda bole dibiar burok je didalamnya.
Quote cucuksanasini 10-4-2017 11:56 PM
aHoi83 replied at 10-4-2017 11:37 PM
Paling ketara komtar yg dulunya mcm bangunan tinggal waktu BN , skrg dah berseri kembali. What a was ...

makin buruk la komtar, banyak kedai kosong tarak orang sewa. bisnis tarak. prangin mall seberang komtar lagi happening.


Quote taikor 11-4-2017 12:03 AM
makanan pineng kekal sedap di malaya  
Quote InVendeTTa 11-4-2017 12:16 AM
betul lah tu..kalo gomen ni nak tarik pelancong asek buat bangunan2,pier2 gajah putih..bina,masuk poket juta2 kat kroni kata bakal menarik pelancong..ujung2 tersadai x guna kata x dpt menten:
Quote dauswq 11-4-2017 01:06 AM
taikor replied at 11-4-2017 12:03 AM
makanan pineng kekal sedap di malaya

Bg taikor dh rase mknn pnti timur?  

Lihat semua komen(151)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.187187 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top