CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bagi RM200 Untuk Top Up Touch n' Go, Tapi Dapat RM100 Saja

11-4-2017 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11425| Komen: 46|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Anda pernah periksa baki kad Touch 'n Go selepas ditambah nilai? Pernah berlaku masalah tak cukup nilai? Jika ya, anda senasib dengan pengguna ini!
Anda pernah periksa baki kad Touch 'n Go selepas ditambah nilai? Pernah berlaku masalah tak cukup nilai? Jika ya, anda senasib dengan pengguna ini!

Pengguna kad Touch 'n Go hampir sahaja berputih mata kehilangan wang bernilai RM100 jika dia tidak menyemak baki kadnya selepas ditambah nilai baru-baru ini.



Dia memuat naik sebuah status untuk berkongsi pengalamannya itu di akaun Facebook menggunakan nama Wong KH.

"Saya beri RM200 kepada jurutol dan memintanya untuk menambah nilai dengan jumlah sama pada kad saya.

"Namun, apabila saya semak baki nilainya cuma RM100 sahaja dan bertanya kepada jurutol. Dia itu hanya berkata 'maaf maaf' sebelum menambah baki tambah nilai sepatutnya," tulisnya.




Menerusi entri itu, Wong dapati terdapat pengguna lain yang turut berkongsi masalah sama dan memberi peringatan kepada pengguna lain agar sentiasa beringat supaya memeriksa baki pada kad selepas tambah nilai.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

"Saya pun kena perkara sama. Bayar RM20 tapi dapat RM10 saja.

"Peliklah mereka ni. Nak mencuri je. Tak mahu kerja betul-betul," komen netizen.


Foto: FB Wong KH

Jadi, anda semua berhati-hatilah ya. Semoga pihak Touch n' Go dan tol ambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab. Apa lagi masalah pernah anda hadapi selain baki top up tidak mencukupi? - CARI
14

Bagus
28

Marah
15

Terkejut
18

Sedih
15

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 11-4-2017 10:45 AM
TNG dah ala2 asteruk.... siapa guna kad dia utk public transport pun perhati betul2 ...silap2 RM50 terbang...padahal tiket harga RM5 je...
Quote dvotes20 11-4-2017 11:15 AM
stakat ni xpernah kena..mebi tol area kl selangor masih telus..hehehe
Quote forumcari777 11-4-2017 11:19 AM
bagus jugak ada yg alert camtu, sbb habit kita bila lepas dpt card terus nak blah cepat sbb blakang que panjang lagi kan. tu yg nasib lah dpt pekerja tak jujur tu yg terkena
Quote Artemesiaa 11-4-2017 11:36 AM
Betul tu apa2 belian elok le periksa dulu betul ke tidak jumlahnya zaman sekarang ni ramai yang suka amil kesempatan kalau ada yang leka
Quote aleesyasofia 11-4-2017 11:40 AM
alhamdulillah setakat nie belum kena lagi.. hrp2 mmg tak akan kena lah.. tapi kena alert juga.. sebagai peringatan.
Quote felinecat 11-4-2017 12:20 PM
pelik kalau balance tol ade sen sen kt belakang, contoh rm 15.37 sen. sejak bile ad tol harga 1.33 sen, ke, 1.35 sen ke. pelik pula, ad hidden chrges juge ke
Quote belilies 11-4-2017 12:45 PM
Kalo yg kata kurg genap mcm yg 100-200 tu blh ingat typo mistake etc, tp yg blh jadi 90-100 tu mmg sngaja buat lah.
Quote lonso 11-4-2017 12:55 PM
jangan isi banyak sgt dalam tng... nnti senang je dia nak songlap duit kita
Quote Mary_jane 11-4-2017 01:03 PM
Tak pernah terkena. I takut je kalau balance tak cukup, sebab start kereta terus jalan.
Quote chinta89 11-4-2017 01:06 PM
kalau kat psaraya, (sori ter OT) kdg2 balance bg x cukup.. bila kira2 depan dia, bgtau x cukup, eh pandang kite mcm kte plk tipu...

penah kena, bila dh blah dr cashier tu, baru perasan duit x cukup. redha mcm tu je sb dh gerak jauh ngn kete

soti eh OT. cuma nk cter situasi mcm tu lah.. cashier kdg2 ambik kesempatan. kalau yg x sengaja tu, lainlah..
Quote matchstick 11-4-2017 01:10 PM
x penah kena..besa top up rm10 je..xkan pekerja tol nk bagi rm5 kot
Quote nurul_akmar 11-4-2017 01:14 PM
Aku kena.. tp bukan topup.. aku byr guna rm10. Tol dlm rm2.++.. patut baki dlm rm 7.++ . Aku dpt baki dlm singgit2.. aku gerak slow2 smpi lps palang tu, skali baki x cukup dlm rm3. Aku stop, aku kuar bgtau xcukup, elok je dia bg baki rm3 tu. Haiyo.
Quote zorrro_03 11-4-2017 01:48 PM
bila agakanya tng  nak recall smartag bodoh yang dia jual ni agaknya.  13 bulan pakai lcd panel dah tak keluar tulisan. nak cek balance pun susah...  nak repair kena caj sebab dah tamat jaminan.

kadang2 pula lalu ikut lane smartag tak baca aku nya device.  hanjeng sgt....  
Quote fofuler 11-4-2017 02:36 PM
Betul aku pun penah kena. Tambang KTM yang sepatutnya singgit lebih jadi 40 lebih. Nasib boleh refund
Quote pittjie 11-4-2017 03:38 PM
aku pulak .. isi t&g RM30 tapi bagi note RM50. masa tu abg aku yang drive so dia la yang bagi duit tu kat budak tol. abg aku ni pulak jenis tak peka sikit. lepas bayar .. ambik kad terus blah. tp dan dan tu jgk aku mintak baki. dia kata .. mana ada baki? terus aku suruh dia stop. patah balik aku kat tol mintak baki. budak tu buat muka blur. tp aku ttp beria jgk mintak duit baki. sampai la dia panggil supervisor. nasib baik dpt balik. eh Rm20 pun duit la.
Quote greyrose 11-4-2017 03:41 PM
Edited by greyrose at 11-4-2017 03:46 PM
felinecat replied at 11-4-2017 12:20 PM
pelik kalau balance tol ade sen sen kt belakang, contoh rm 15.37 sen. sejak bile ad tol harga 1.33 s ...

pernah top up kat tempat yang kenakan caj tak? atau guna untuk parking atau dua2 sekali. Kalau ya, caj GST


Alhamdulillah, setakat ni tak pernah kena. Selalu memang akan tengok baki kat screen, lepas top up.

RM200 jadi RM100 tu mungkin jurutol tu terlupa, mungkin ada max amount untk sekali top up, kalau max amount RM100, jurutol kena buat 2 kali. Tapi kalau nak top up RM100, jadi RM90 ke, RM80 ke.. tu mungkin bukan sebab terlupa. Dulu pernah sekali nak top up RM70 kat stesyen minyak, cashier cakap RM70 takde tapi RM50 & RM20 ada, jadi dia top up 2 kali...1xRM50 dan 1xRM20
Quote zameyla 11-4-2017 03:48 PM
husband pernah top up RM30, bagi not RM50, dh bgtau top up RM30. Jurutol dok nyembang terus dia top up RM50. Lps tu tegur la, kan kata top up RM30 ja...
Dan2 sorry2 ...
Quote miemiecha 11-4-2017 04:27 PM
oh mek pernah kene,.,.
masa tu dr klia, nak balik pahang.. mek topup kat klia, pastu next tol kat mex kot.. mek x hapal jalan kl.. baki xdopppppppp... silap mek juga kerana buang resit bayaran.. husnudzon sgt ketika itu, so terpaksa topup balik..

mek doa dia kembung perut wat mek camtu.. seorag awek cun ketakutan akibat blkg kete mek berderet kete lain, n mek yg cun ni kompem d bebel n d sumpah dari driber kete lain d blkg mek!!

dear jurutol!! how darre u!! hahahahahah
Quote wunan88 11-4-2017 04:51 PM
Aku kena dekat kiosk self service touch & go..pakai kredit kad..duit dalam kredit kad dah tolak tapi dalam touch&go xder tambah..adoi hantu mana punya kerja lar nie..sekarang tengah minta refund balik

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-2-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.054367 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top