CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sanggup Ucap Syahadah Untuk Perdaya Pelanggan Muslim

11-4-2017 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8646| Komen: 32|Original author: Oleh : Hafiz BZ

Description: Hanya kerana duit, sesetengah manusia sanggup melakukan apa sahaja..

Hanya kerana duit, sesetengah manusia sanggup melakukan apa sahaja sehingga menggadai maruah.

Lebih mengejutkan lagi, sepasang suami isteri bukan muslim sanggup memeluk agama Islam untuk memperdaya pelanggannya bagi melabur dalam perniagaan skim dagangan mata wang asing (FOREX).



Memetik laporan MalaysiaGazette, pasangan berketurunan India yang dikenali sebagai Datuk G dan isterinya ‘berlakon’ memeluk agama Islam semata-mata mahu memujuk seorang lelaki Melayu berstatus haji melabur sebanyak RM20 juta ke syarikatnya.

Lihat video di bawah :


Seorang mangsa Amy Salmiah Dahlan yang mewakili kira-kira 22,000 orang mangsa penipuan Datuk G dan isteri mendedahkan pasangan itu sudah memeluk Islam tetapi masih beragama Hindu sekaligus tindakan itu sudah menghina kedua-dua agama.

“Saya terkilan dan tidak sangka mereka berdua sanggup pergi ke tahap begitu untuk memujuk ‘haji’ itu yang kemudian mengambil RM20 juta dalam sekali transaksi kononnya mahu membantu sahabat-sahabat Islam yang memerlukan menerusi orang kenamaan tertinggi yang dikenali,” katanya.

Jelasnya, jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung mangsa selepas melabur dengan pasangan suami isteri itu mencecah RM80 hingga RM100 juta.

Bekas guru agama itu berkata, dia telah melabur sebanyak RM36,000 pada tahun lalu bersama 700 rakan-rakannya yang melibatkan wang sebanyak RM6 juta namun ia lesap tanpa sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan.

Sementara itu, tersebar di media sosial video pasangan suami isteri itu memeluk Islam yang dipercayai berlaku pada 2013.

Menerusi dua rakaman video berasingan itu kelihatan Datuk G dan isterinya yang merupakan pelakon tempatan melafazkan kalimah syahadah di hadapan seorang bergelar haji dengan mengangkat satu jari dan duduk bersila sambil berjabat tangan dengan individu terbabit.

Video terbabit menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang geram dengan pasangan terbabit kerana sanggup menghina dan mempermainkan agama.


Perbuatan pasangan ini bukan sahaja telah menghina agama Islam malah juga agama Hindu. 

Difahamkan, satu laporan telah dibuat di Jabatan Agama Islam Selangor di Shah Alam susulan kejadian tersebut. - CARI




11

Bagus
20

Marah
13

Terkejut
12

Sedih
11

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenasketum 11-4-2017 05:38 PM
Calon2 dalam list untuk hilang tanpa dikesan ni .
Quote susukambingbest 11-4-2017 06:05 PM
Bodoh pnya mkhluk. Aku lbih trtarik nak tau saper bini dia yg plakon tmpatan tu? Plakon tamil ke
Quote shark 11-4-2017 06:34 PM
gila.dua2 agama dia nak. habis kalau mati nak kebumi camne ko ni...

Quote TuntungReturn 11-4-2017 06:45 PM
spa bini dia?
Quote Mary_jane 11-4-2017 07:04 PM
Kalau main sentimen agama ni memang ummah cept terpedaya. Jadi salah siapa sebenarnya??
Quote mirandanicky1 11-4-2017 07:07 PM
Jauhkan diri dr brgaul dgn org2 putar belut alam mcm ni
Quote BlueRoses96 11-4-2017 07:09 PM
shark replied at 11-4-2017 06:34 PM
gila.dua2 agama dia nak. habis kalau mati nak kebumi camne ko ni...

Selayaknya di campak bawah jambatan sajoo
Quote juliez 11-4-2017 07:20 PM



Dato Geethanjali G. Ada youtube channel & twitter followers sampai 1.2mil. I pun confuse dia ni sapa
Quote juliez 11-4-2017 07:22 PM

Btw dia ni scammer kaum india, ramai india yg join forex bawah dia
Quote v(T.T)v 11-4-2017 07:44 PM
Mary_jane replied at 11-4-2017 07:04 PM
Kalau main sentimen agama ni memang ummah cept terpedaya. Jadi salah siapa sebenarnya??

penipu pun dah tangkap perangai unta suka dgn sentimen agama, janji guna nama agama percya semua. tengok isis dah tau.

Quote fox. 11-4-2017 08:08 PM
Yindia dgn pembohongan ibarat wadeh dgn cili
Quote sabbath_shalom 11-4-2017 08:10 PM
Typical meleis
Quote aleesyasofia 11-4-2017 08:30 PM
sggupnya org mlabur duit juta2 nie..
Quote S|_BUTA 12-4-2017 06:07 AM
Sekejap kata melabur. Sekejap kata membantu orang Islam. Macam lalok saja tukang buat cerita ni
Quote sukacactus 12-4-2017 06:18 AM
Hati2 la
Zaman skrg, walau dah byk contoh, org masih tertipu dgn golongan yg pandai bercakap ni
Quote cmf_almondpecan 12-4-2017 06:43 AM
juliez replied at 11-4-2017 07:20 PM
Dato Geethanjali G. Ada youtube channel & twitter followers sampai 1.2mil. I pun confuse dia n ...

Dato Geethanjali katanya isteri DS Gnanaraja dan namanya disebut2 sbg calon senator MIC. Ahkak ni juga dikatakan rapat dgn Ahkak sorang lg tu. Mcm2 juga cerita saya dgr dr kawan2 India tp tak pasti sah ke tidak.
Quote ultra78 12-4-2017 06:50 AM
Hati orang Melayu terus lembut dengar org bukan Islam masuk Islam walaupun kelentong.
Quote pyropura 12-4-2017 06:51 AM
Cash lah sebab mulayu suka benau cakap keliru sana keliru sini kan
Quote dcruins 12-4-2017 07:26 AM
mentaliti bisnes.....



Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-2-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.052147 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top