CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Anda Mungkin Mahu Mencuba Kopi Halia Selepas Baca Ini

10-4-2017 06:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 14959| Komen: 17|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Anda mungkin pernah merasai dan menikmati teh halia panas mahupun yang sejuk.

Anda mungkin pernah merasai dan menikmati teh halia panas mahupun yang sejuk. Namun, pernahkah anda membayangkan kopi yang dicampurkan dengan halia? Apa pula rasanya?


Sebenarnya ia bukan sahaja mempunyai rasa yang unik dan sensasi, menggabungkan halia bersama kopi merupakan satu cara untuk mendapatkan satu minuman yang sangat sihat, bukan omong kosong ya!

Jika anda tidak tahu, kedua-dua halia dan juga kopi merupakan jaguh bagi carta antioksidan terbaik. Kopi berada di tempat pertama dikenali sebagai makanan yang sangat tinggi kandungan antioksidan. Manakala, halia tidak jauh dari situ, turut dipercayai mengandungi antioksidan sangat tinggi. 


Jadi, bayangkan anda menggabungkan keduanya! Kopi yang kebanyakan disukai oleh lelaki membantu menangani pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, diabetes jenis 2, Parkinson dan sebagainya. 


Manakala, halia telah digunakan sejak 2,000 tahun lalu dalam pelbagai tamadun terutamanya di Asia dan juga Afrika. Bukan sahaja menyedapkan makanan malah diangkat sebagai salah satu makanan paling sihat di dunia. 

Antara kelebihan halia termasuklah sifatnya yang antibakteria, antioksidan, anti-kanser, menurunkan kadar kolesterol, melawan diabetes dan melindungi hati.

Foto: Carian internet
Jadi, mengapa masukkan halia dalam kopi anda?

Memetik laman nicksfit, kombinasi halia dan kopi ini secara ringkasnya mampu meningkatkan fungsi antioksidan dan juga anti-radang. Bayangkan kesannya kepada tubuh?

Laman tersebut turut mengesyorkan penggunaan serbuk halia, berbanding halia segar kerana bukan sahaja lebih enak, ia juga mampu berfungsi memanaskan badan dan juga membantu melancarkan penghadaman. 

Oleh itu, bagi anda yang ingin mencubanya, hanya tambahkan 1 sudu kecil serbuk halia dalam minuman kopi anda. Lepas ini, ia bolehlah menjadi rutin anda ya! - CARI 
26

Bagus
14

Marah
22

Terkejut
19

Sedih
23

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zawara 10-4-2017 06:22 PM
dah pernah try.. sedapppp!
Quote dubuk 10-4-2017 06:27 PM
memang sedap!
Quote DeeHanania 10-4-2017 07:15 PM
Memang slalu buat,sbb kopi o kgemaran saya!!!
Quote umbut 10-4-2017 07:15 PM
Serbuk halia nak cari kat mana?
Quote DeeHanania 10-4-2017 07:46 PM
umbut replied at 10-4-2017 07:15 PM
Serbuk halia nak cari kat mana?

Ada jual kat Giant,Aeon Big...
Cer cari
Quote fox. 10-4-2017 08:18 PM
Teh halia pun akak tak pernah try inikan pula kopi halia
Quote Mary_jane 10-4-2017 08:38 PM
Mohon bila i order air jangan terbancuh halia itu sekali. Tak kelakar nescafe ada rasa halia.
Quote Aneem 10-4-2017 09:55 PM
Pernah try coffee dgn butter je..
Halia belum lagi..
Nk buat la...
Quote aleesyasofia 10-4-2017 10:16 PM
xpnh cuba lg.. boleh cuba lps nie..
Quote DeeHanania 11-4-2017 08:56 AM
Aneem replied at 10-4-2017 09:55 PM
Pernah try coffee dgn butter je..
Halia belum lagi..
Nk buat la...

Sedap kan,wangi bau coffee
Quote Elle_mujigae 11-4-2017 03:26 PM
kita pun tak pernah cuba lagi... tapi kopi ada strong taste dan halia juga ada strong taste..sesuai ke bila bergabung?
Quote Artemesiaa 11-4-2017 05:33 PM
Lebih pefer teh halia
Quote anikarma 12-4-2017 10:46 AM
Kopi halia teh halia memang best. Jgn letak gula tau. Minum pagi2 sebelum makan. Sapa nak maintain berat badan boleh try. Ada org boleh kurus bila buat ni. Pagi2 minum segelas green tea campur jus limau nipis atau lemon. Lepas 1 jam baru sarapan. Minuman ni dapat tolong breakdown lemak itu.
Quote Leo_Gurlz 12-4-2017 11:48 AM
iollss kalau nak buang angin dlm badan baru minum teh halia. kalau tak idokk lahh nak minum bukan sedap ponnn
Quote cik-jaja 12-4-2017 04:20 PM
biasa minum te o halia..kopi o xpnh try lg
Quote mirandanicky1 12-4-2017 04:57 PM
Best buang angin je pastu
Quote kiambang 25-5-2017 12:26 PM
Bagus untuk badan tapi tak boleh minum hari 2. Badan macam lemah je ..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.062737 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top