CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Rakyat Malaysia Hilang Di Jakarta Ditahan Dalam Lokap

10-4-2017 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24975| Komen: 320

Description: Susulan misteri kehilangan dua rakyat Malaysia ketika berkunjung ke Jakarta sejak 30 Mac lalu terungkai apabila mereka ditemui.
Susulan misteri kehilangan dua rakyat Malaysia ketika berkunjung ke Jakarta sejak 30 Mac lalu terungkai apabila mereka ditemui.

Malangnya, kedua sahabat dari Selangor itu ditemui di dalam lokap balai polis di Jakarta kerana ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.


Memetik Bernama, Mohamad Shafa Ahmad, 29, dan Kamarol Arifin Mohamad Darus, 27, ditahan pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 30 Mac selepas polis menemui beberapa biji pil dipercayai dadah sintetik melalui pemeriksaan badan mereka berdua.


Foto: Bernama

Kedua sahabat itu beruntung kerana seorang ahli perniagaan Malaysia di Jakarta Datuk Dr Fauzi Mohamad kini dalam usaha melantik peguam bagi membantu mereka.


"Saya dimaklumkan mereka didapati membawa dadah dan dipercayai untuk kegunaan sendiri tetapi ia tetap menyalahi undang-undang negara ini dan kita sedang berusaha untuk membantu mereka dengan melantik peguam sementara menunggu tindakan selanjutnya.

"Mereka dalam keadaan baik, malah isteri saya juga membawa makanan kepada mereka di lokap," katanya.

Terdahulu, Mohamad dan Kamarol masing-masing bekerja sebagai posmen dan juruteknik kilang dilaporkan hilang selepas tiba di Jakarta dengan menaiki pesawat AirAsia pada 29 Mac lalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Mereka mengunjungi Jakarta untuk menonton konsert Dj Armin Van Buuren di Jakarta International Expo, namun tidak menghubungi keluarga sejak tiba di Jakarta.

Selain itu, mereka juga dilaporkan tidak mendaftar masuk ke hotel yang ditempah menyebabkan ahli keluarga yang risaukan keselamatan mereka membuat laporan.

Khabar angin kononnya seorang daripada mereka dilaporkan telah pulang melalui Johor Bahru dan dikatakan menyembunyikan diri membuat keadaan menjadi kacau-bilau. - CARI
27

Bagus
39

Marah
23

Terkejut
21

Sedih
27

Lawak
54

Bosan

Friends Rank (191 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sebu1 5-4-2017 03:35 PM
Dikerjekan indon ke
Quote Voyagers 5-4-2017 03:36 PM

cuba kau CSI



KAMAROL Arifin Mohamad Darus (kiri) dan Mohd Shafa Ahmad di klia2 sebelum berlepas ke Jakarta pada Khamis tetapi tidak pulang pada hari sepatutnya mereka balik pada Ahad menyebabkan keluarga bimbang.


Quote dcruins 5-4-2017 03:36 PM
tengah hilang dalam "trance" tuuu, nak ber-Van Buuren sangat....
Quote sebu1 5-4-2017 03:37 PM
Voyagers replied at 5-4-2017 03:36 PM
cuba kau CSI



Tunggule 18 tahun dulu
Quote akik 5-4-2017 03:40 PM
kemain layan dj van buuren
Quote shernazz 5-4-2017 03:40 PM
dcruins replied at 5-4-2017 03:36 PM
tengah hilang dalam "trance" tuuu, nak ber-Van Buuren sangat....

tapi dikesan masuk melalui johor kan?
Quote pyropura 5-4-2017 03:44 PM
Ingatkan van burren tuh indon keturunan dihenjut belanda ... @gester
Quote gester 5-4-2017 03:45 PM
pyropura replied at 5-4-2017 03:44 PM
Ingatkan van burren tuh indon keturunan dihenjut belanda ...  @gester

malon ingat indon selalu sebab jeles kaaan
Quote missinpiece 5-4-2017 03:49 PM
Harap selamat jela. Tp awal2 lg da x join geng cam fishy puloks. Sesuatu sgt budak2 nih. Yg sakit jiwa raga, family
Quote pyropura 5-4-2017 03:49 PM
shernazz replied at 5-4-2017 03:40 PM
tapi dikesan masuk melalui johor kan?

Yg masuk tu mungkin indon yg pakai paspot mamat yg ilang tuh  
Quote pyropura 5-4-2017 03:51 PM
gester replied at 5-4-2017 03:45 PM
malon ingat indon selalu sebab jeles kaaan

Indon gimana pun belanda jugak yg dipuja, dj pun dj  lah ...  
Quote Themilo 5-4-2017 03:52 PM
kalau tak silap meols, deyoll tak muncul pun kat konsert tu.. sebab kawan-kawan deyoll pun duk tunggu kat depan main entrance katanya..
Quote shernazz 5-4-2017 03:54 PM
pyropura replied at 5-4-2017 03:49 PM
Yg masuk tu mungkin indon yg pakai paspot mamat yg ilang tuh

aku nak taip camtu sebrnarnya tapi knowing indons kan suka masuk laluan tikus
lagi thrill katanya...
Quote nolya 5-4-2017 03:54 PM
Edited by nolya at 5-4-2017 03:57 PM

Kalau rekod  imigresen dikesan mendaftar masuk di Johor semalam, bererti mereka  sudah kembali ke Malaysialah.  Musykilnya,  flight mereka kemaren tu adakah untuk perjalanan KUL-CGK-KUL dn dgn pesawat ape... MAS, Garuda, AA, Malindo atau Lion?  Dah tu balek  tukar flight  route ke, turun kat Senai, Johor?  Mungkin  pihak waris boleh cek dgn airline trs  kalau2  nama  mereka terdaftar  untuk flight  dari Jkt-Senai.  Semoga selamat.
Quote MH3703 5-4-2017 03:55 PM
mesti babi2 INDON sembunyi buat hostage...dasar miskin punya negara
Quote Voyagers 5-4-2017 03:58 PM
nolya replied at 5-4-2017 03:54 PM
Kalau rekod  imigresen dikesan mendaftar masuk di Johor semalam, bererti mereka  sudah kembali ke Ma ...

berita cakap masuk ikut johor je
mungkin pergi singapore dulu
masuk ikut jalan darat
Quote Modngengade 5-4-2017 03:59 PM
negara indon x selamat....sebab tu ummah pprt ramai dtg ke malaysia, negara maju dan aman damai

@gester
Quote kentel 5-4-2017 04:03 PM
Edited by kentel at 5-4-2017 04:05 PM

ummah lemari kot??? kes2 mcm yang mendiamkan diri dkt us tu kot tau2 nak hidup sama bercinta segala
Quote aurora273 5-4-2017 04:06 PM
pegi honeymoon berdua la kot..

Lihat semua komen(320)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.086757 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top