CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Nak Selesai Masalah Kewangan Atau Peribadi? Kena Buat Betul-Betul!

10-4-2017 12:39 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 4563| Komen: 11

Description: Tekanan hidup sering berpunca apabila masalah datang bertimpa-timpa dan kita tak mampu menyelesaikannya.

Tekanan hidup sering berpunca apabila masalah datang bertimpa-timpa dan kita tak mampu menyelesaikannya. Hingga akhirnya kita mengalami tekanan jiwa (stress), depresi atau bahkan bunuh diri!


Saya sendiri tidak pernah bebas daripada masalah. Mungkin orang melihat saya ‘cool’ sahaja kerana saya tidak suka menjaja masalah saya pada sembarangan orang. Kenapa saya memilih untuk berhati-hati dalam hal ini?

Pertama ialah  kerana amat penting bagi kita menjaga maruah dan tidak membuka aib diri, keluarga atau rakan-rakan. Mungkin anda akan berasa sedikit lega kerana sudah meluahkan masalah anda kepada orang lain. Tapi ingat! Masalah anda tidak selesai melainkan anda yang selesaikannya sendiri.

Kedua, anda perlu sedar bahawa perspektif orang terhadap diri kita ada dua ‘angle’ yang berbeza. Pertama, orang yang tahu masalah kita akan bersimpati dan mahu menolong. Kedua, orang yang tahu masalah kita, akan menjaja pula cerita kita (dalam bentuk gosip)  tanpa rasa simpati atau berhasrat menolong. Jadi, elakkan anda daripada menjadi bahan gosip!



Oleh itu, cadangan saya kepada anda semua, usahlah dengan mudah berbicara tentang masalah anda kepada orang lain. Pastikan anda sudah menelaah masalah anda dan cuba memikirkan solusinya terlebih dahulu sebelum anda mula mendapatkan nasihat orang lain.

AMARAN 1: Jika anda sememangnya perlukan seseorang untuk meluahkan rasa yang terbuku di dalam hati anda, carilah orang yang anda benar-benar PERCAYA dan JUJUR. 

Di samping itu dapatkan khidmat kaunselor yang bertauliah sama ada dari agensi kerajaan mahu pun swasta (berbayar).
 
AMARAN 2: Usahakan untuk tidak membebankan orang tua dengan masalah anda. Mereka sudah cukup terbeban dengan anda sejak dalam kandungan hinggalah anda dewasa. 


CARA SELESAI MASALAH PALING EFEKTIF YANG PATUT ANDA CUBA!

LANGKAH 1
Bersungguh-sungguh dalam menerima, menganalisa dan menyelesai masalah. Hal ini penting kerana ramai yang buat tidak kisah tentang masalah mereka dan cuba menjauhkannya. Sebenarnya bila masalah datang, kenalah hadapi dengan berani. Melarikan diri daripada masalah adalah satu tindakan yang pengecut. 

Buatlah beberapa rujukan. Bacalah artikel atau buku berkaitan yang dapat memotivasikan anda hingga anda boleh membebaskan diri daripada masalah itu. Misalnya cari di internet tentang cara selesai masalah yang hampir sama. Lihat bagaimana orang lain menyelesaikan masalah.

LANGKAH 2
Berhubung terus kepada sasaran atau punca masalah, bukan tambah masalah. Misalnya anda ada masalah kewangan. Usah pergi jumpa Ah Long sebab nanti anda yang akan melolong. Sebaiknya berhentilah berhutang. Buatlah bisnes, kerja tambahan, kerja yang dapat memberi pulangan lebih baik atau cairkan aset anda untuk membantu anda menambah wang untuk bayar hutang. Lakukannya dengan gigih dan istiqamah.

Saya pernah menjual rumah sendiri untuk membayar hutang orang lain kerana saya telah terjebak sebagai penjamin dalam pembelian keretanya. Memang saya rugi dari segi kewangan tetapi saya selamat dari segi ketenangan. Ingat harga sebuah ketenangan dan kebebasan bukan murah! 

Pelajaran yang saya nak ajar di sini ialah jangan sesekali bermurah hati menjadi PENJAMIN!

Foto: Carian internet
LANGKAH 3
Langkah ini bukan  langkah terakhir tetapi sepatutnya adalah langkah pertama. Bagaimanapun kebanyakan orang hanya menjadikannya langkah terakhir apabila keadaan semakin getir. Mohonlah kepada Allah agar diberikan petunjuk dan hidayah. Mintalah apa sahaja yang anda mahu daripada-Nya.  

Semoga, anda mampu menjadi insan matang yang mampu menerima dan merungkai segala bentuk masalah. Jadilah seperti semut, yang biarpun kecil tapi kreatif, bijak dan cekap selesai masalah. Salam hormat.
16

Bagus
14

Marah
19

Terkejut
19

Sedih
11

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siskepoh 10-4-2017 12:46 PM
betul la ni. setuju sgt dgn penulis. mmg banyak mslah. lepas satu2. tp xnak terlalu stress, hadapi je dgn tenang, mesti ade solusi terbaik. skrg pun x habis2 masalah kewangan menimpa. harap2 dipermudahkan segalanya.
Quote JeepersCreepers 10-4-2017 12:48 PM
SETUJU!!
Kedua, anda perlu sedar bahawa perspektif orang terhadap diri kita ada dua ‘angle’ yang berbeza. Pertama, orang yang tahu masalah kita akan bersimpati dan mahu menolong. Kedua, orang yang tahu masalah kita, akan menjaja pula cerita kita (dalam bentuk gosip)  tanpa rasa simpati atau berhasrat menolong. Jadi, elakkan anda daripada menjadi bahan gosip!
Quote helicornia 10-4-2017 03:48 PM
setuju sangat!!! ramai yang meluah masalah di socmed padahal ia hanya membuka pekung di dada sendiri dan menimbulkan fitnah bukannya menyelesai masalah
Quote Star_el 10-4-2017 04:14 PM
artikel (?) camni okla penulisan dia, ada pembuka, isi dan penutup hehe.
Tapi peritnya baca jual rumah sendiri buat bayar hutang org lain
Quote cik-jaja 10-4-2017 06:12 PM
xsuka org bercerita segala hal mak nenek kat socmed, pastu marah2 ble org label dye..xckup ng cter dye, cter org lain pon dipetiknya..
Quote seramado 10-4-2017 11:26 PM
Setuju xyah la nak.citer mslh dgn.org
Quote swimswim 7-5-2017 11:34 PM
tak minat buat hutang.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.050424 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top