CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

90 Peratus Pelajar Mengaku Tak Mampu Ambil Peperiksaan Jika Berpisah Dengan Kekasih!

22-3-2017 02:26 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 5288| Komen: 31

Description: Jika ditanya kepada saya bagaimana keadaan remaja sekolah kini berkaitan dengan sikap dan jati diri mereka, jawapan saya adalah kritikal

Assalamualaikum para pembaca. 

Setiap hari apabila diberi peluang kembali untuk bangkit dari kamar untuk meneruskan kehidupan harian, pasti akan terdetik impian yang ingin dicapai. Mungkin ini berlaku kepada setiap manusia yang sentiasa inginkan sesuatu yang terbaik buat diri. Begitu juga saya sejak di bangku sekolah lagi. 


Terimbas kembali semasa saya di darjah 3 apabila ibu, Puan Khadiyati, meletakkan harapan agar apabila saya besar nanti akan menjadi seorang peguam. Saya begitu teruja ketika itu sehinggakan mulut ini tidak pernah lekang menyebut peguam apabila ditanya tentang impian. 

Benar, ketika itu, saya langsung tidak mengerti apakah sebenarnya itu peguam. Namun, impian untuk melunaskan impian ibu begitu tinggi. 


Alhamdulillah, biarpun melalui pelbagai rintangan dari pelbagai aspek, saya berjaya juga menempatkan diri saya sebagai seorang pelajar Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Peluang beraksi di sana tidak saya sia-siakan dan akhirnya status sebagai seorang peguam di’hadiah’kan kepada ibu saya. 

Persoalannya, adakah ianya merupakan impian profesion saya yang sebenar? Ketika saya berjuang sebagai pelajar Undang-Undang, saya telah dipanggil pihak pengurusan fakulti untuk ke kursus fasilitator selama seminggu di UiTM Kampus Machang, Kelantan. 

Tanpa mengerti apa objektif sebenarnya kursus tersebut saya menuruti sahaja sehingga akhirnya seperti cinta pandang pertama, saya tertarik dalam bidang fasilitator ini seterusnya mendalami bidang ini dengan bekerja secara sambilan menjadi fasilitator, moderator dan sehinggalah saya bergelar penceramah dan perunding motivasi kini. 

Pastinya bukan sesuatu yang mudah apabila saya bertekad untuk menukar karier saya dalam bidang Undang-Undang apabila saya membuat keputusan untuk berhenti berkhidmat di Tenaga Nasional Berhad sebagai Eksekutif Undang-Undang dan fokus kepada syarikat perundingan saya yang telah ditubuhkan sejak di zaman UiTM lagi. (Pro Rev Consultancy & Services). 


Ramai bertanya kepada saya mengapa sanggup dan berani menukar arah sedangkan profesion saya ketika itu sudah pun baik dan mempunyai masa depan yang cerah. Jawapan ringkas saya, ianya kerana bidang Undang-Undang adalah impian ibu saya yang seakan wajib untuk saya capaikan. 

Perisai Untuk Puteri...Wechat di kalangan pelajar..

Pengalaman saya sebagai perunding motivasi, selain Jabatan Kerajaan, syarikat swasta dan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, saya juga telah bersama pelajar sekolah lebih daripada 100 sekolah seluruh Malaysia. 

Antara Modul Program yang sering di bawa ke sekolah adalah Program Perisai Buat Puteri. Melalui program ini, jika ditanya kepada saya bagaimana keadaan remaja sekolah kini berkaitan dengan sikap dan jati diri mereka, jawapan saya adalah ‘kritikal’.  

Foto: Malaysianinsider
Semangat untuk berjaya dan mencapai kejayaan seringkali diganggu dengan perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, dalam aspek percintaan pelajar sekolah, jika dahulunya, ibu bapa tidaklah begitu gusar apabila mengetahui anak mereka bercinta kerana status ‘Cinta Monyet’ itu seakan meringankan tahap kerisauan mereka dan beranggap ianya sekadar suka-suka sahaja. Sekerasnya saya tekankan di sini, kata ‘Cinta Monyet’ itu tidak lagi relevan kerana ia bukan lagi tahap ‘Cinta Monyet’ tetapi lebih dari itu – ‘Cinta Beruk’! 

Bermula dengan perkenalan antara lelaki dan perempuan hanya di media sosial (Wechat popular di kalangan pelajar sekolah) yang mengambil masa yang begitu singkat, seterusnya dalam tempoh satu jam sehingga tiga hari perkenalan, kedua-kedua mereka bersetuju untuk menjadi kekasih walaupun belum pernah bersua muka. Lantas dimulakan dengan keluar bersama kali pertama dan disebabkan statusnya adalah ‘Kekasih’ maka pertemuan mereka terus dimulakan dengan pegangan tangan dan pelbagai lagi perlakuan yang tidak sepatutnya berlaku. 

Begitu menakutkan bukan? Apakah akibatnya jika perlakuan ini berterusan dan tiada batasan antara mereka? Jika bercakap berkenaan dengan fokus impian mereka, sudah tentu impian mereka akan mudah tergadai begitu sahaja kerana fokus utama mereka kini telah di ambil alih dengan perasaan cinta dan sayang terutama di kalangan pelajar perempuan. Apatah lagi jika hubungan yang terjalin melibatkan sentuhan.

Foto: Carian Internet  
Dalam satu slot Program Perisai Buat Puteri, iaitu Modul Konsep 50%, mereka yang bercinta telah ditanya dengan diberikan situasi sekiranya kekasihnya meninggalkan mereka 3 hari sebelum peperiksaan, adakah mereka mampu untuk fokus dalam menghadapi peperiksaan. Seperti yang diduga, lebih  90% pelajar mengaku tidak langsung mampu untuk menghadapi peperiksaan dengan tenang malah lebih mengecewakan, ada juga yang menyatakan tidak akan menduduki peperiksaan tersebut. 

Inilah antaranya penghalang dalam perjuangan menuju kejayaan. Berbanding zaman dahulu, kini, mereka lebih pantas terdedah dan terpengaruh dengan perlakuan dan perbuatan negatif.

Banyak lagi yang ingin saya kongsikan agar kita sentiasa berhati-hati dalam membuat pilihan seterusnya berhati-hati dalam melayari pilihan kita itu. 

Fokus utama kita dalam mencapai kejayaan perlu kukuh agar tidak mudah dilentur dengan anasir-anasir yang nampak MANIS di luar tetapi sebenar adalah RACUN jika kita tidak mengawalnya.
30

Bagus
29

Marah
16

Terkejut
27

Sedih
26

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (147 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 22-3-2017 02:31 PM
Slua dlm pun mak maseh basuh ada hati nak frust kene tggl dek b/gf.
Quote CiliPadiSedap 22-3-2017 03:30 PM
akak termotivasi nak ambil spm semula.. dulu biologi akak dpt B sebab cikgu akak tak pandai mengajar dan berdendam dengan kami..

Quote chinta89 22-3-2017 03:31 PM
BBNU sgt
Quote oak.balustrade 22-3-2017 03:34 PM
belilies replied at 22-3-2017 06:31 AM
Slua dlm pun mak maseh basuh ada hati nak frust kene tggl dek b/gf.

Hahaha ni punchline mak2 kan. Berdesing telinga kalau kena amukan ablasa      
Quote belilies 22-3-2017 03:41 PM
oak.balustrade replied at 22-3-2017 03:34 PM
Hahaha ni punchline mak2 kan. Berdesing telinga kalau kena amukan ablasa

Dahtu pefeeling lemah semangat kene tggl dek b/gf. Mengalahkan jadi anak yatim.

Nape tak anggap je dugaan putus cinta tu, jadikan motivasi revenge, bljr rajin2 sampai ke oversea, sauk laki/bini omputeh, pastu balik mesia carik bekas marka, rub ur realiti in their face, "ko tgglkan aku xpe, tengok aku kawen ngan sape, merasa baiki keturunan" gitu.
Quote belilies 22-3-2017 03:43 PM
CiliPadiSedap replied at 22-3-2017 03:30 PM
akak termotivasi nak ambil spm semula.. dulu biologi akak dpt B sebab cikgu akak tak pandai mengajar ...

Korg buat ape kt dia sampai dia berdendam ngan korg?
Quote CiliPadiSedap 22-3-2017 03:49 PM
belilies replied at 22-3-2017 03:43 PM
Korg buat ape kt dia sampai dia berdendam ngan korg?

senior kita org bg gelaran andartu. kita org jadi mangsa kena marah.. tak patut kan?
Quote JeepersCreepers 22-3-2017 03:51 PM
Ibu bapa harus bersedia..zaman skrg bukan mcm dulu lg. Dulu2 takde smartfon takde social media. Habis skolah balik rumah, nak kluar pun takde mall nak pergi lepak2. Skrg klu xkluar rumah pun boleh bercinta, guna wechat pun cukup utk memadu kasih
Quote Star_el 22-3-2017 03:51 PM
CiliPadiSedap replied at 22-3-2017 03:30 PM
akak termotivasi nak ambil spm semula.. dulu biologi akak dpt B sebab cikgu akak tak pandai mengajar ...

hahaha tetibanya!
Sy pun rs cm nk amek spm semula sbb baru tau cara belajar time kt U.
Tapi bila pk balik, ekceli result sy dulu pun bole je nk g blaja oversea, cuma xtau cara apply cmne dulu. Ingat straight As je bole.
Eh motipnya tetiba berkisah2?
Quote belilies 22-3-2017 03:52 PM
CiliPadiSedap replied at 22-3-2017 03:49 PM
senior kita org bg gelaran andartu. kita org jadi mangsa kena marah.. tak patut kan?

Lahh... tu jek. Bdendam lh ngan bdk senior, ni ape nak cari psl ngan bdk junior lak.

Patutlh jd andartu, kuat bdendam n tak ikhlas ngajar.
Quote Star_el 22-3-2017 03:52 PM
Sedih baca kes2 cmtu sbb terpikir budak2 ni tak dpt kasih syg drpd famili ke sampai kena cari kt luar?
Quote Victorioussss 22-3-2017 05:09 PM
Ini yang aku rasa masa form 3 dulu tapi mak aku tak nak paham. Hahahahaha
Quote wana89 22-3-2017 06:15 PM
Wana pernah clash dulu dua minggu before exam.. member tengok wana relax jah..
Yelah nak..xkan expect wana raung2 menangis kot   Kalo wana meroyan, ko ingat ex aku peduli ka?? dah ler exam matrix masa tu.. tak ker naya layan sedih masa tu, dapat kos lelong wana nanti
Quote mujer_in_espejo 22-3-2017 07:08 PM
Rasanya zmn iols dulu pn ada gak chat cintan cintun camni.. zmn nokia sabun. tp takdelah smpi x fokus blaja ke apa, buat benda x senonoh.. pokoknya dari diri sendiri, setebal mana sifat malu dlm diri tu
Quote finesse 22-3-2017 07:27 PM
wana89 replied at 22-3-2017 06:15 PM
Wana pernah clash dulu dua minggu before exam.. member tengok wana relax jah..
Yelah nak..xkan exp ...

Skrg wana dah berpunya ke belum?  
Quote mbhcsf 22-3-2017 07:55 PM
Dalam satu slot Program Perisai Buat Puteri, iaitu Modul Konsep 50%, mereka yang bercinta telah ditanya dengan diberikan situasi sekiranya kekasihnya meninggalkan mereka 3 hari sebelum peperiksaan, adakah mereka mampu untuk fokus dalam menghadapi peperiksaan. Seperti yang diduga, lebih  90% pelajar mengaku tidak langsung mampu untuk menghadapi peperiksaan dengan tenang malah lebih mengecewakan, ada juga yang menyatakan tidak akan menduduki peperiksaan tersebut.


ni golongan atau kumpulan  yg ' till jannah ni ke'

yes?

hmm...
yg penting umur macam ni fokus tu jgn lari .
Quote pearl.silver 22-3-2017 08:32 PM
Sekarang budak pompuan darjah 4 tanpa segan silu confess perasaan cinta pd kekasih di media sosial
Dengan disaksikan mak pak sedara, abang kakak, sepupu2
Rasa nk menangis je
Quote RatuDunia94 22-3-2017 08:42 PM
CiliPadiSedap replied at 22-3-2017 03:49 PM
senior kita org bg gelaran andartu. kita org jadi mangsa kena marah.. tak patut kan?

Cuols satu sekolah dgn iols ke? Sbb cikgu bio iols dulu pun andartu.. Tp skrg dh kahwin..
Quote jazaa100 22-3-2017 08:50 PM
Meleret leret cerita.....

Rimas lah....fokus pd tajuk dah le...tak payah nk bgtau kau darjah 3 segala bagai...


Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.056250 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top