CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ops Cegah Maksiat, 30 Ditahan Termasuk 2 Wanita Bersuami

2-1-2017 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5707| Komen: 19

Description: Operasi Bersepadu Cegah Maksiat yang diketuai oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), telah menahan tiga puluh individu termasuk dua wanita berstatus isteri orang.
Operasi Bersepadu Cegah Maksiat yang diketuai oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), telah menahan tiga puluh individu termasuk dua wanita berstatus isteri orang.


Operasi selama kira-kira enam jam bermula 11 malam itu, menyaksikan 11 premis iaitu tujuh hotel dan empat rumah urut diperiksa 30 penguatkuasa JAIM bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Foto: Berita Harian
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Rahimin Bani berkata, tangkapan membabitkan 10 pasangan kekasih serta sembilan lelaki yang mendapatkan perkhidmatan di rumah urut.

"Terdapat satu pasangan ditahan ketika bertiga dalam satu bilik iaitu seorang wanita dan dua lelaki, malah ada lima individu di antara 10 pasangan, ditemukan memiliki serbuk putih dipercayai Syabu."


Memetik laporan Harian Metro, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui dibawa ibunya untuk bermalam di sebuah hotel di bandar raya Melaka, bersama seorang lelaki didakwa saudaranya.

Foto: Berita Harian
"Semua individu ditahan berusia 21 hingga 56 tahun dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan JAIM untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah 1991 atas kesalahan bersekedudukan," katanya lagi.

Sabit kesalahan boleh dikenakan denda  RM3,000 bagi lelaki dan RM2,000 bagi wanita atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. -CARI
9

Bagus
1

Marah
8

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zjen 2-1-2017 01:07 PM
lenkali gi thailand jelah kalu byk minum kopi tongkat ali  
Quote jazaa100 2-1-2017 01:10 PM
Melaka....melaka....

Klu maksiat, memang byk kat melaka....


Laba....apa nk jd dgn negeri kelahiran kau ni...harap lepas ni tak de berita berita mcm ni lg...biarlah lenyap mcm mn kau tu......
Quote prettyuglybabe 2-1-2017 01:26 PM
malam selain tahun baru, merdeka, valentines tak leh ngongkek ke?
Quote sebu 2-1-2017 01:27 PM
Apa masalah laki2 ni sampai bini boleh pergi ke orang lain
Quote sambaldurian 2-1-2017 01:40 PM
X mampu pergi thailand, check up kt 5 star hotel org kata. G coral ke, hotel ape yg tepi melaka cruize river yg mahal tu.
Quote SalenaGomez 2-1-2017 01:46 PM
prettyuglybabe replied at 2-1-2017 01:26 PM
malam selain tahun baru, merdeka, valentines tak leh ngongkek ke?

Time ni je public holiday or event time...selalu akan ade event2 laghooo kan ..reason lor nak kuar merendek
Quote SalenaGomez 2-1-2017 01:47 PM
sebu replied at 2-1-2017 01:27 PM
Apa masalah laki2 ni sampai bini boleh pergi ke orang lain

Duk separated or duk jauh laki bini ke kan
Quote SalenaGomez 2-1-2017 01:49 PM
jazaa100 replied at 2-1-2017 01:10 PM
Melaka....melaka....

Klu maksiat, memang byk kat melaka....

Me rasa time festive or public holiday, org luar lg ramai dr org melaka...so yg kena serbu ni pon xtentu melaka dik
Quote prettyuglybabe 2-1-2017 01:49 PM
SalenaGomez replied at 2-1-2017 01:46 PM
Time ni je public holiday or event time...selalu akan ade event2 laghooo kan ..reason lor nak kuar ...

kesiannya hidup kena control mcm tu..
nak gi ngeseks pun kena tunggu public holiday je..
kalau takde event tak leh kuar ye..
Quote SalenaGomez 2-1-2017 01:53 PM
prettyuglybabe replied at 2-1-2017 01:49 PM
kesiannya hidup kena control mcm tu..
nak gi ngeseks pun kena tunggu public holiday je..
kalau t ...

Entah lar...me rasa time cuti2 ni kan org malaysia suka jalan sana sini sampai jam ...xde duit pon jalannnnnn
Tu yg sume tunggu public holiday
Quote nut.legacy 3-1-2017 02:48 AM
Minta dijauhkan.. kesian bdk 4 thn jadi alasan mak nk memadu kasih dgn lelaki lain
Quote gaara_X 3-1-2017 07:38 AM
wow....mmg sesuai ngan tempatnya...bandaraya bersejarah untuk bermalam berahi....ahaks!!
Quote dizzzek 3-1-2017 08:15 AM
@deezeck
@Mimique
@bioessence

seronoknya
Quote nuryakmal 3-1-2017 08:20 AM
sambaldurian replied at 2-1-2017 01:40 PM
X mampu pergi thailand, check up kt 5 star hotel org kata. G coral ke, hotel ape yg tepi melaka crui ...

Casa del mar. Derang x mampu. Habis gaji sebulan
Quote qronaldo7 3-1-2017 09:35 AM
nak gi tgk bunga api dah bahaya.

trpksa duk hotel jek
Quote trisnalovezul 3-1-2017 10:30 AM
kasiannya pada somi..bila somi mau nikah lain pandai kutuk2 laki tapi coba kalo istri curang pasti ada jawapan somi gagal bombing istri somi gagal bagi kasih sayang secukupnya pada istri..terang2 istri Malaysia kaki curang...ga pernah pula dengar kalo istri warga Indonesia, thailan, Filipina, Vietnam curang sama somi Malaysia dorang kan? banyak istri Malaysia yang curang2 ini... kasian somi dapat istri begini.. malu sama anak2 ya.. harus diceraikan aja wanita begini.
Quote matseh 3-1-2017 01:57 PM
Kesian, patutnya di bawa naik Bas tak de bumbung, arak satu Bandar hilir, tarikkan utama, Org Islam kena tangkap basah. Tapi tak baik pulak, membuka aib orang, berdosa! Kena bagi kaunselling banyak2.
Quote cikkittydiva 3-1-2017 03:02 PM
aku ada kenalan berstatus bini org dan suami org..masing2 penjawat awam.. siap kumpul duit ot nak ngeseks kt hotel.. aku dah x mampu nasihat..malas nak subahat.. kesian aku tgk pasangan masing2 kena tipu idop2..ikut ati nak je aku bgtau kt lakibini memasing.. bodoh piang punye org
Quote Defcon2 3-1-2017 05:25 PM
Penguatkuasa ni hanya berani serbu hotel murah aje.

Cubalah serbu hardrock cafe hotel atau hotel 5 bintang yang lain kalau berani. Kat sana lagi ramai pasangan kaya2 berkesedudukan dan minum arak.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.062427 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top