CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Resipi Jawa Turun Temurun, Nasi Keluban Buat Kecur Air Liur

28-12-2016 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22118| Komen: 19|Original author: Oleh: Myra Rozi

Nasi Keluban atau Sego Keluban mungkin kedengaran janggal bagi sesetengah orang tetapi menu makanan ini sangat popular di kalangan masyarakat Jawa.


Makanan istimewa ini selalunya disediakan jika ada majlis among-among yang bermaksud kenduri kecil yang diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Memang sedap dengan sayur-sayuran dan ulam-ulaman segar, dan bagi anda yang mahu mencubanya sendiri di rumah nah kami kongsikan resipinya.

Foto: resepmasakan7.info
Bahan-bahan:
1/2 biji kelapa parut – putih sahaja
1 cekak pucuk ubi
200gm taugeh

200gm kacang panjang
2 inci belacan
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 sudu udang kering
10 biji cili api
1 sudu asam jawa
10 biji isi kencur @ cekur
5 helai daun kencur @ cekur
4 biji telur ayam – direbus
4 ekor ikan kembung – digoreng
200gm ikan bilis
2 sudu tepung gandum
1 cawan minyak masak.
200gm ikan masin bulu ayam
Garam dan gula

Foto: baltyra.com
Cara-caranya:
1. Semua sayur-sayuran dicelur dan dipotong
2. Tumbuk bawang putih, bawang merah, belacan cili dan udang kering.
3. Isi kencur ditumbuk berasingan, daun kencur dimayang halus. 
4. Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dengan kelapa parut, tambahkan gula, garam, kencur, dan sedikit air asam jawa. 
5. Gaulkan pula dengan bahan-bahan yang telah dicelur tadi.
6. Ikan masin bulu ayam dibasuh dan digaul dengan sedikit tepung dan digoreng.Ikan bilis digaul dengan tepung dan dikepal-kepalkan, juga digoreng. Telur dikupas dan dibelah empat. 

Foto: lieshadie.wordpress.com
Cara hidang:
Lapikkan talam dengan daun pisang dan letakkan nasi dengan anggaran 5 orang makan.

Letakkan keluban di atas nasi. Telur, ikan kembung, ikan masin dan ikan bilis pula diletakkan selang seli di atas nasi tadi.

Fuh, sangat menyelerakan. Selamat mencuba! -CARI
11

Bagus
10

Marah
19

Terkejut
15

Sedih
9

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 28-12-2016 01:50 PM
ni bukan nasi ambeng kan? nasi ambeng akak suka kalau makan sorang
Quote CardiGans85 28-12-2016 05:48 PM
Oo..sayur ni..mmg org jawa selalu buat..ala2 kerabu cuma ade cekur buat beza.sometimes letak daun limau purut. Cuma bila kenduri,kelapa tu di sangai jd tahan lama.
Quote cik-jaja 28-12-2016 06:23 PM
aku suka btol masakan jawa..nak2 pecal
Quote kerepektempe 28-12-2016 07:56 PM
ala-ala nasi ambang.. sayur tu mcm kerabu @ urap kalau tak salah..
Quote FARRAZOOL 28-12-2016 08:35 PM
Sedapnya...x prnh mkn lg
Quote sabar_sabariah 29-12-2016 01:07 PM
oih!!! tak pernah tau plak ada makanan jawa camni
nanti aku nak tanya mak aku la
Quote glump 29-12-2016 03:13 PM
tu ala2 kerabu , senang cerita nak faham kerabu jawa..yg beza ada cekur n daun kecur . actullly org jawa panggil urap. kalau tpt aku , urap nie biasanya ada ikan kering bulu ayam yg digoreng celup tepung.
Quote RatuDunia94 29-12-2016 07:46 PM
Iols org joho.. Dulu kecik2 mmg selalu mkn kt kenduri kendara.. Tp skrg dh payah nk jumpa..
Quote Ipo 30-12-2016 11:05 AM
macam nasi kerabu..
menarik ni
Quote sixret 30-12-2016 03:28 PM
RatuDunia94 replied at 29-12-2016 07:46 PM
Iols org joho.. Dulu kecik2 mmg selalu mkn kt kenduri kendara.. Tp skrg dh payah nk jumpa..

Makanan sihat ni.
Quote Gadis_sarawak 30-12-2016 03:49 PM
cik-jaja replied at 28-12-2016 06:23 PM
aku suka btol masakan jawa..nak2 pecal

samala..aku pun suka masakkan jawa. Pak cik aku kahwin dengan jawa dari indonesia masakkan aunty aku tu memang terbaiklah tempe goreng dia..bakso dia pun terbaik sedap giler tak macam yang orang jual tu yang orang jual tu daging bakso dia banyak tepung..pastu sambal pecal pedas2 pun makan jugak..padahal aku ni tak suka sangat makanan pedas. Tapi masakkan jawa boleh pulak masuk..
Quote fefeeling 1-1-2017 03:19 PM
Ayam penyet tetap di hati huhuhuuu
Quote CardiGans85 1-1-2017 04:24 PM
Gadis_sarawak replied at 30-12-2016 03:49 PM
samala..aku pun suka masakkan jawa. Pak cik aku kahwin dengan jawa dari indonesia masakkan aunty a ...

Sy,campuran jawa..tp klu buat bakso mmg fail sbb renyah nk buat meat ball ni..lagi satu sambal goreng jawa..ya Allah..nk mggoreng satu2 mcm tempe,cili kering,kentang n etc..msk kerutuk pun x secomplicated mcm sambal ni.
Quote fishcracker 3-1-2017 10:39 PM
sedap ni,...kencur/cekur ni la yang buat lauk jadi wangi,..tu yang selera makan bertambah
Quote hareeeesah 4-1-2017 01:23 AM
Ya Allah, sedapnya nasi panas dan ala-ala urap ni. Kalau ada ikan masin memang pergh.
Quote ctsueraya 10-1-2017 10:02 AM
yahampunss..memula baca ingatkan nasi air ketuban tadik
larikkkk
Quote ctsueraya 10-1-2017 10:09 AM
Gadis_sarawak replied at 30-12-2016 03:49 PM
samala..aku pun suka masakkan jawa. Pak cik aku kahwin dengan jawa dari indonesia masakkan aunty a ...

gediklah ko ni, tak suka pedas tapi makan plak masakan jawa..haha SENGALISME
sekali tengok nasi ni macam nasi ambeng kan?
aku mmg suka gila makan tempe
sebab tempe kan rahsia awet muda- KHIR TOYO (ni off topic)
tempe goreng garing sedap weh, cicah sambal kicap
makan plak ngan nasi panas
mak aiii sumpah terangkat bak ang
Quote Gadis_sarawak 10-1-2017 11:23 AM
ctsueraya replied at 10-1-2017 10:09 AM
gediklah ko ni, tak suka pedas tapi makan plak masakan jawa..haha SENGALISME
sekali tengok ...

hahahah..sengal sekali sekala xpela tp btol la. Masakkan jawa pedas dia lain. Best layan..  

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.050951 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top