CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Minum Petang Dengan Karipap Ala Ikea 'Homemade', Cubalah!

29-12-2016 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20626| Komen: 32|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Siapa yang pernah makan karipap Ikea? Kalau belum, anda harus cuba rasa karipap Ikea kerana saiznya yang lebih besar dan intinya yang sedap selain dicampur dengan telur rebus. Memang enak!
Siapa yang pernah makan karipap Ikea? Kalau belum, anda harus cuba rasa karipap Ikea kerana saiznya yang lebih besar dan intinya yang sedap selain dicampur dengan telur rebus. Memang enak!



Sumber foto: http://vampireqi.blogspot.my

Bagi anda yang gemarkan karipap Ikea, pasti teringin makan selalu, bukan? Tapi tak kan nak beli selalu kerana harganya yang agak mahal berbanding karipap biasa. 


Sumber foto: eatwhateatwhere.blogspot.my


Jadi, apa kata anda buat sendiri karipap ala Ikea ini? Bukan sahaja puas dengan kerangupan serta keenakannya, malah anda dapat berjimat dengan membuatnya sendiri.

Jangan lupa simpan dalam buku resipi anda, ya! 



Bahan untuk inti:
- 3 biji telur rebus, (belah 4)
- 2 biji kentang besar (potong dadu)
- 1/2 cawan daging ayam (potong dadu)
- 1 biji bawang besar (kisar)
- 3 biji bawang putih (kisar)
- sedikit halia (kisar)
- 4 sudu besar rempah kari
- separuh kiub ayam / sedikit serbuk perasa

Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar sehingga sedikit garing dan naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan sedikit air, masak sehingga naik minyak. 
3. Masukkan ayam dan kentang, masak sehingga kering air, tetapi jangan terlalu lembik. 
4. Masukkan garam, sedikit gula dan perasa. Biarkan sejuk.



Bahan untuk kulit karipap:
- 4 cawan tepung 
- 1 cawan air sejuk
- 2 sudu besar marjerin
- 1/2 cawan minyak masak
- 1/2 sudu kecil garam


Caranya:
1. Satukan tepung dan garam, sebatikan.
2. Cairkan marjerin bersama minyak, kemudian gaulkan kedalam tepung dan gaul dengan senduk kayu hingga sebati dan suam.
2. Perlahan-lahan masukkan air sejuk dan uli sehingga membentuk doh yang tak melekat pada tangan.
3. Rehatkan dalam 5-10 minit, kemudian bulatkan kecil-kecil, canaikan dan terapkan dengan garpu atau letak dalam acuan karipap. 
4. Masukkan inti, tekap, dan siap!


Sumber foto: Blog Ummu Aidan-Arissa

Nota: Kalau rajin dan mahukan rupa yang lebih cantik, anda boleh kelim tepi karipap secara tradisisonal.


Jangan tunggu lama-lama? Cubalah segera! - CARI


Kredit sumber: Blog Ummu Aidan-Arissa

5

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
9

Sedih
14

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 29-12-2016 11:53 AM
Arghh...
Iols klu kepit pakai acuan mesti berbuka balik..
Kena buat gam ye?
Pastu iols malas gila nk kelim sendiri karipap tu..selalu pikir klu nk jual karipap klum sendiri x berbaloi jual 3 singgit. Pastu inti iols suka yg manis2 sikit..mcm inti keledek ke..tp family plak xsuka..
Quote UsuFie 29-12-2016 12:16 PM

kelim rajin..mencanainya malas la pulak...

apa pun karipap ni sedap..usu tambah potongan fishcake dlm intinya..

Quote CiliPadiSedap 29-12-2016 12:43 PM
pearl.silver replied at 29-12-2016 11:53 AM
Arghh...
Iols klu kepit pakai acuan mesti berbuka balik..
Kena buat gam ye?

guna mentega je, akak tak pandai buat epok2

kalau karipap sederhana je rasa

epok2 sedap mcm karipap..

kalau sengali ngap 30 keping minimum
Quote pearl.silver 29-12-2016 12:51 PM
CiliPadiSedap replied at 29-12-2016 12:43 PM
guna mentega je, akak tak pandai buat epok2

kalau karipap sederhana je rasa

Apa beza epok ngn karipap tu kak..hehe..
Klu family abg ipar selalu bagi epok2 tu kuihnya tepung pulut inti kelapa manis. Kukus dgn pati santan..

Kak guna mentega saja dlm tepung tu?
Xguna minyak?
Quote prettyuglybabe 29-12-2016 01:00 PM
nak belajar buat karipap tapi malas
kulit karipap resepi ni rangup tak?
ada yang bila sejuk kulit tu jadi liat..
benci betul klu beli karipap liat ni..
Quote CiliPadiSedap 29-12-2016 01:27 PM
pearl.silver replied at 29-12-2016 12:51 PM
Apa beza epok ngn karipap tu kak..hehe..
Klu family abg ipar selalu bagi epok2 tu kuihnya tepung  ...

ini kali pertama kak masak karipap
Quote ctsueraya 29-12-2016 04:48 PM
my fav karipap..bolehlah try buat sendiri pasni
Quote otomatic_prince 29-12-2016 04:54 PM
karipap ikea mmg sedap gila..
Quote Lagubestbest 29-12-2016 09:54 PM
Edited by Lagubestbest at 29-12-2016 09:57 PM

Ohh.. mcm ni je ke buat karipap? Senang sgt. Buat 2 3 biji untuk sendiri makan, setengah jam siap ni.
Hmm lets say kalau ai ada cafe, Harga jual ni.. kalau ai buat ai letak RM10 sebiji ler. Kalau pekerja ai yang buat, RM6 RM7 sebiji paling murah. kahkahkah.
Quote axman 30-12-2016 12:50 PM

..recipe tak sebut samada goreng atau bake






Quote Elle_mujigae 30-12-2016 04:50 PM
Suka karipap ikea..sedappp.. kita dah save resepi ni.. nak try la..
Quote Grengo 31-12-2016 12:34 AM
uli guna breadmaker boleh?
Quote jazaa100 31-12-2016 10:22 AM
pearl.silver replied at 29-12-2016 11:53 AM
Arghh...
Iols klu kepit pakai acuan mesti berbuka balik..
Kena buat gam ye?

Ada kakak yg buat karipap tu bgtau akk...dia buat karipap guna acuan tapi kena klem guna tgn....klu tak karipap tu cepat twrbukak....

Akk pun x suka karipap manis....suka pedas pedas kari...


Quote pearl.silver 31-12-2016 10:30 AM
jazaa100 replied at 31-12-2016 10:22 AM
Ada kakak yg buat karipap tu bgtau akk...dia buat karipap guna acuan tapi kena klem guna tgn....kl ...

Kena klim gak ngn tangan ke  

Sy suka karipap inti keledek..tapi jarang dapat jumpa..
Tapi karipap ikea ni memang sedap..pandai depa buat inti ngn kulit dia..hehe
Quote swayne 1-1-2017 06:24 PM
Sedapnya. Rasa nak ke ikea lah esok
Quote cahayamataku 3-2-2017 01:16 AM
hah ternampak post ni. teringin pulak dah karipap ikea ni
Quote pyaarAmor 3-2-2017 09:09 AM
Karipap inti telur my fav!
Quote nimiz 3-2-2017 11:02 AM
thanks for sharing
Quote nimiz 3-2-2017 11:02 AM
thanks for sharing

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.068293 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top