CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Reda Dengan Pemergiannya, Saya Sudah Buat Terbaik Untuknya"- Ahmad Kamal

28-12-2016 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 14821| Komen: 180

Description: Kisah keutuhan cinta guru muda, Ahmad Kamal Effendi Kamarudin, 26, yang sanggup mengahwini pasangannya pesakit kanser tahap empat, Nik Idzni Dalila Nik Mahmud, 25, berakhir hari ini apabila isterinya ...
"Siapa pernah terfikir, untuk hari yang sama selepas menempuh 365 hari bersama, tangan yang kali pertama saya sentuh menjadi tangan terakhir saya pegang."

Demikian luahan hati Ahmad Kamal Effendi terhadap kematian isterinya Nik Idzni Dalila Nik Mahmud, 25 yang menghidap kanser buah pinggang berlaku pada tarikh ulang tahun pertama perkahwinan mereka 

Biarpun sedih isterinya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang pada jam 3 pagi tadi tanpa beliau di sisi, namun reda dengan pemergian isterinya kerana sudah melakukan yang terbaik untuk individu yang paling disayanginya. 

"Ketika itu saya berada di rumah mentua di Kajang. Tetapi saya tidak terkilan kerana dapat menguruskan pengebumian termasuk memandikan dan mengkafankan jenazahnya."

Kisah ketulusan cinta Ahmad Kamal Effendi mengahwini wanita yang dicintainya walaupun sudah mengetahui status kesihatan arwah, yang juga seorang doktor perubatan pernah disiarkan menerusi artikel di BH yang bertajuk 'Keutuhan Cinta Guru Muda Kahwini Wanita Kanser Tahap Empat' pada November lalu.


Jenazah Allahyarhamah dimandikan di Surau Unit Forensik Hospital Kajang pada jam 8.30 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang.

Berita kematian Nik Idzni Dalila turut menjadi viral di laman sosial dan tidak henti-henti menerima salam takziah daripada rakan, keluarga dan pengguna lama sosial yang mengikuti kisah keutuhan cinta pasangan tersebut.

Perkenalan singkat selama empat bulan menerusi Instagram, kemudian diakhiri dengan majlis perkahwinan ringkas, di kediaman Nik Idzni Dalila di Kelantan, pada 27 Disember, tahun lalu.- CARI

sumber foto: BH Online


12

Bagus
23

Marah
7

Terkejut
20

Sedih
22

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 28-12-2016 09:28 AM
Sama macam kawan akak. Lepas nikah setahun,  meninggal kerana kanser tahap 4. But dia tak tau dia ada kanser before nikah. Sebulan lepas nikah baru tahu. Simpati sangat dengan isteri beliau.

RIP fren.
Quote teha86 28-12-2016 09:30 AM
sedihnye....semoga roh arwah ditempatkan dikalangan yg solehah...
be strong dik..
Quote sebu 28-12-2016 09:33 AM
Sedehhhhhh sungguh aku baca cinta agong.  Innalillah dan takziah.
Aku pun mcm tu terhadap suami aku cinta sampai mati.
Quote insulin 28-12-2016 09:34 AM
Takziah...
Quote qronaldo7 28-12-2016 09:36 AM
sedih gler.. takziah n respek both of u
Quote akusukaq 28-12-2016 09:37 AM
untung le dapat pencen seumur hidup.kawan aku kanser payu dara tahap tiga ambik anak angkat secara legal.bila meningal pencen jatuh ke anak dia.sekurang kurangnya ada jgk income utk anak dan parent dia sampai habes belajar
Quote fynnkakiblock 28-12-2016 09:38 AM
takziah

tapi nanti kawen lain kan..
Quote R2D2 28-12-2016 09:54 AM
Ada juga kes tahap 4 tapi masih hidup bertahun tahun
Quote baghal_bortuqal 28-12-2016 09:57 AM
inallillah. Takziah.
Quote harrypoter 28-12-2016 10:01 AM
Quote Andyscenes 28-12-2016 10:02 AM
ikutkn hukum, pasangan ni x boleh nikah, sbb perempuan tu sakit, x sihat tubuh badan. AL FATIHAH utk Arwah
Quote pearl.silver 28-12-2016 10:02 AM
Sedihnya...
Sebab terkenangkan baru tahu sakit sikit dah kena reject
Bukan cinta mati la maksudnye kan..
Quote nipskacang 28-12-2016 10:03 AM
sedihnya.. dr tahun lps ade dgr cite psl die ni kan... ade akak ni tulis esei panjg kat insta die utk husband die.. oh my sedihhhh
Quote BingkaUbi 28-12-2016 10:03 AM
kat philipin duluk pompuan tuh kawin dgn BF dia bbrp jam jah... lepas kawin BF cum somi meninggal sbb cancer gak... takdok kot sampai dok nak viral, aman2 jah cinta agong depa....
Quote harrypoter 28-12-2016 10:04 AM
tak perlula nk komen panjang2, hanya ucapan
Takziah buat keluarga... Innalillah

Quote miemiecha 28-12-2016 10:07 AM
arwah ni pernah mai umah sebab adik penyewa sekali kawan baik dia..

smlm baru tau via porem buka ig nmpk ex housemet upload gmbar ngan arwah, pastu recall balik, yes depa laki bini pnh mai mkn kat umah, n tumpang tido sbb hotel penuh musim cuti sekolah..

lembut sangat suara n org nya

semoga di tempatkan di kalangan org beriman..
takziah
Quote paz 28-12-2016 10:10 AM
Sedihnya...
Quote cha-cha 28-12-2016 10:11 AM
Takziah
Quote MsKathryn 28-12-2016 10:14 AM
Takziah...

Lihat semua komen(180)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.130494 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top