CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Hari Berenang Dan Merangkak Untuk Keluar Dari Alam Ghaib

10-12-2016 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18445| Komen: 160

Description: “Dia mendakwa hanya hilang selama dua hari dan berusaha untuk keluar dari kawasan berkenaan dengan berenang dan merangkak.”
“Dia mendakwa hanya hilang selama dua hari dan berusaha untuk keluar dari kawasan berkenaan dengan berenang dan merangkak.” 

Sejak kehilangannya dua minggu lalu, seorang pencari udang akhirnya ditemui seorang rakannya, Mohamad Hamdan Mohamad Daud, 38, kelmarin, berhampiran pokok rengas, 100 meter dari pondok yang menjadi tempat tinggalnya di tepi Sungai Terengganu dalam keadaan lemah.



Sumber foto: Harian Metro

Menurut Hamdan, dia sedang menjala di sungai apabila terdengar suara lelaki meminta tolong dari arah pokok berkenaan sebelum menemui rakannya, Muhammad Anuar Elias, 34, di situ.

“Pada mulanya, saya sangkakan hanya mainan perasaan, namun nekad pergi ke arah suara berkenaan sebelum terkejut melihat Anuar dalam keadaan lemah di kawasan semak di pokok berkenaan.


“Saya kemudian segera mengangkatnya dan membawanya ke pondok serta memandikannya sebelum menghantarnya ke rumah saudara-maranya di kampung berkenaan," katanya kepada Harian Metro.

Menceritakan kejadian, Anuar mendakwa berada di alam lain selepas terjatuh dalam lubang berhampiran pokok berkenaan. Menurutnya, dia berada di pulau berhampiran, kira-kira 100 meter dari darat.

“Selama dua hari saya berenang dan merangkak untuk keluar dari alam ghaib. Saya nampak kawan mencari saya dan memanggil mereka untuk minta tolong tetapi mereka tidak nampak dan mendengar panggilan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman mengesahkan mangsa ditemui dalam keadaan selamat malam kelmarin, di bawah sebatang pokok rengas berhampiran pondok tempat tinggalnya.

Mangsa yang cedera pada kaki dan tangan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan dan kini dilaporkan stabil.

Walaupun kehilangannya penuh misteri, rakan-rakan dan keluarga bersyukur Anuar ditemui dalam keadaan selamat. - CARI



14

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
18

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 10-12-2016 10:38 AM
Syukur jumpa. Nyawa masih panjang.
Quote OmJualGas 10-12-2016 10:41 AM
selamat datang ke dimensi lain...
Quote tanakkampung1x 10-12-2016 10:44 AM
hmmmmmmmmmmm........   
Quote cknoriz 10-12-2016 10:46 AM
kuruihnyaaa...sian..tp bru 2 hari..

Quote ronapink 10-12-2016 11:00 AM
selamat pulang ke alam nyata
Quote ronapink 10-12-2016 11:01 AM
woww abam bomba ke tu dukung dia
Quote pocongkiutss 10-12-2016 11:06 AM
Hish..kesian dia..tak.nampak macam kaki propa tu
Quote TuntungReturn 10-12-2016 11:07 AM
bkn masyarat melayu je ade kisah cm ni,ilang 2 ari tetapi sebenarnya 2 minggu. lagenda masyarakat jepun pun ade, selamatkan seekor kura,dn kura2 bawak dia ke dalam laut, dlm laut tu ade bandar dan dia tingall dlm tu. bila dia blik tgk2 semua dh berubah.
Quote b!natang 10-12-2016 11:09 AM
Sebelum lari apa jadi hampir dua minggu kat sana ? Cer citer cer citer
Quote Changa 10-12-2016 11:30 AM
Kalau tengok badan dah kurus kering tu tak propa lah macam dj radio sendu dolu dolu yg propa kena sorok hantu jugak tapi sihat walafiat jah
Quote syitaeyqa 10-12-2016 11:37 AM
TuntungReturn replied at 10-12-2016 11:07 AM
bkn masyarat melayu je ade kisah cm ni,ilang 2 ari tetapi sebenarnya 2 minggu. lagenda masyarakat je ...

yg ni i ingat! masa sekolah cerita ni. motomosan ke apa tah nama dia
Quote GhostWalking 10-12-2016 11:43 AM
Pegi tengok wayang letew
Quote tanakkampung1x 10-12-2016 11:43 AM
Dia makan apa di alam ghaib tu? Dua minggu tak mati.
Quote batmana 10-12-2016 11:50 AM
manusia leh hidup tnpa mkn selama 3 minggu.
klu air dlm 1 minggu

nmpk kurus kering, mmg dia tk mkn tu.
Quote MamaMima711 10-12-2016 11:53 AM
cknoriz replied at 10-12-2016 10:46 AM
kuruihnyaaa...sian..tp bru 2 hari..

2 ari tu bg dunia dia.sebenarnya hilang dh 2 minggu
Quote Monafake 10-12-2016 12:06 PM
ke alam orang bunian ke?
Quote jengkoil 10-12-2016 12:10 PM
Syukur dah jumpa...

Baideway..test urine satu kali...just in case...

-mesti nk brrsangka buruk jgk kan...just in case..briefcase...
Quote Roan 10-12-2016 12:12 PM
Anuar in the worderland? Abang yang dukung tu machonya
Quote teen_angelJB 10-12-2016 12:15 PM
Magika comes alive

Lihat semua komen(160)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.094023 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top