CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nekad Berhenti Merokok, Hattan Jimat RM1,000 Sebulan

10-12-2016 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7681| Komen: 57|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Bukan mudah bagi perokok tegar mahu menghilangkan ketagihan merokok. Namun, perkara itu tidak menjadi penghalang bagi Datuk Hattan yang kini sudah lima bulan tidak merokok.
Bukan mudah bagi perokok tegar mahu menghilangkan ketagihan merokok. Namun, perkara itu tidak menjadi penghalang bagi Datuk Hattan yang kini sudah lima bulan tidak merokok.



Sumber foto: mStar Online

Hattan atau Mohd Shukri Shahabuddin, 52, bagaimanapun mengakui bukan mudah menahan keinginan untuk kembali kepada tabiat merokok. Pada bulan pertama dia meninggalkan rokok, badannya menjadi lemah selain perasaan gian menguasai diri. 

"Memang badan rasa sangat lemah mungkin kerana tiada nikotin dalam badan namun saya tetap bertahan dan nekad dengan keputusan dibuat.

"Alhamdulillah selepas lima bulan meninggalkan tabiat merokok, saya semakin bersemangat dan perasaan gian sudah berkurangan," katanya kepada mStar Online.


Menurutnya, lebih kurang RM34 diperlukan dalam sehari untuk membeli dua kotak rokok dan secara purata, sekitar RM1,000 sebulan dihabiskan untuk tujuan itu.

Dalam lima bulan itu, Hattan akan mengasingkan RM34 setiap hari dan dimasukkan ke dalam tabung bagi mengingatkan dirinya supaya tidak membeli rokok.

"Setiap hari seperti biasa saya akan mengeluarkan RM34 daripada dompet untuk dimasukkan ke dalam tabung dan Alhamdulillah selepas lima bulan ia semakin banyak.

"Wang berkenaan saya simpan untuk berikan kepada anak saya, Adam untuk dia membeli barang yang dia mahukan dan itu adalah lebih baik daripada saya membeli rokok," ujarnya.

Kan bagus kalau semua perokok berfikiran seperti Hattan. Dengan berhenti merokok, kesihatan lebih terjaga selain menjimatkan perbelanjaan harian. Semoga Hattan tidak lagi menoleh ke belakang dan kembali merokok. - CARI
9

Bagus
13

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 10-12-2016 10:11 AM
Tahniah.. Tp masih terlalu awal utk dibanggakan
Quote pearl.silver 10-12-2016 10:12 AM
Tahniah...
Satu pencapaian yg membanggakan
Boleh dah jadi role model
Quote moocoww 10-12-2016 10:15 AM
Wah...hebat2 tok hattan...teruskan usaha gigih anda
Quote WajibulGhunah 10-12-2016 10:22 AM
Pasal benti merokok pun nk cter
Konon boleh jd contoh kpd belia skang

Apa nii?????
Quote Duta lover 10-12-2016 10:28 AM
Tula...isap rokok x lekang kt tgn...pastu nk ngorat kawan meolss yg andalusia. Manala kawan meolss x reject sbb roughly gaji pun less than half dr kawan meolss..merokok tegar lg. Sah2 pas kawen jd biawak idup
Quote insulin 10-12-2016 10:54 AM
Duta lover replied at 10-12-2016 10:28 AM
Tula...isap rokok x lekang kt tgn...pastu nk ngorat kawan meolss yg andalusia. Manala kawan meolss x ...

Siapa tu? Gaji mamat perokok ni berapa nok?
Quote HannahMontana 10-12-2016 11:02 AM
vape mcm mana ?
Quote atekome 10-12-2016 11:05 AM
Elok lh brenti..bnde haram nk isap bt ape..
Quote tanakkampung1x 10-12-2016 11:25 AM
RM34 ringgit sehari untuk rokok tu lebih mahal dari kos makan sehari.
Quote kerani_je 10-12-2016 11:27 AM
WajibulGhunah replied at 10-12-2016 10:22 AM
Pasal benti merokok pun nk cter
Konon boleh jd contoh kpd belia skang


Ok la gosip2 positif mcm ni drpd gosip kontrobersi retis bbnu..Bkn mudah nk berhenti hisap rokok kan?
Quote cha-cha 10-12-2016 11:46 AM
Gaisss, baca buku Allen Carr tu je. Berkesan!
Quote sukacactus 10-12-2016 11:50 AM
Aku dl suruh bf dok jauh2 sebab busuk bau rokok...last2 dia nekad brenti
Quote AlienGurlz 10-12-2016 03:08 PM
Baguslah. Ayah aku entah bila la nak berhenti merokok.
Quote barfi 10-12-2016 03:15 PM
Ex husband iols heavy smoker.

Alhamdulillah husband skg tak merokok..
Quote Peya 10-12-2016 03:56 PM
Hasben aku alhamdulillah x merokok.
Quote debab76 10-12-2016 05:21 PM
Alhamdulillah hubby meols da berenti merokok.
Quote arffa 10-12-2016 06:14 PM
Husband pun tak merokok... tapi adik beradik lelaki semua perokok.
Quote enchikfitz 10-12-2016 06:25 PM
debab76 replied at 10-12-2016 05:21 PM
Alhamdulillah hubby meols da berenti merokok.

Moga @terpaku pun stop merokok hidup  
Quote indenial 10-12-2016 06:34 PM
bagusla berenti

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.061814 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top