CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

30 Orang Diperlukan Untuk Keluarkan Dua Sahabat Maut Dihempap Pokok

5-12-2016 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3677| Komen: 15

Description: Mayat dua lelaki yang maut akibat dihempap pokok ekoran ribut berjaya dibawa keluar ke jalan utama oleh pasukan keselamatan pada 11.30 malam Ahad.
Mayat dua lelaki yang maut dihempap pokok ekoran ribut berjaya dibawa keluar ke jalan utama oleh pasukan keselamatan pada 11.30 malam Ahad.

Memetik laporan Bernama, operasi membawa keluar mayat kedua-dua lelaki itu mengambil masa kira-kira tiga jam setengah berikutan jarak sejauh 15 kilometer dari lokasi mereka dihempap pokok ke jalan utama.

Seramai 30 anggota polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat terlibat dalam operasi berkenaan dan kedua-dua mayat lelaki tersebut dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bukit Layat, Mustafa Jusoh berkata kemalangan yang berlaku di Bukit Layat, sempadan daerah Setiu-Kuala Terengganu, itu dimaklumkan oleh rakan mangsa pada 2.30 petang Ahad, apabila mereka gagal menghubungi kedua-dua lelaki berkenaan.

Difahamkan rakan mangsa kemudian pergi ke lokasi tempat dua lelaki berkenaan dikatakan berkhemah dan apabila sampai di sana, kedua-dua mangsa didapati sudah pun meninggal dunia setelah khemah mereka ditimpa sebatang pokok.- CARI



5

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
15

Sedih
20

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Changa 5-12-2016 12:50 PM
Innalillah?
Quote supernaturalee 5-12-2016 12:52 PM
gambar ?




Quote famri7 5-12-2016 01:09 PM
Khemah apa sis? Kalau bercamping pelbagai memang mendapat lah di musim tengkujuh hujan ini.

Takziah

Quote Changa 5-12-2016 01:10 PM
camping berdua jah ke?
motif??
gayah ke mereka?
Quote supernaturalee 5-12-2016 01:15 PM
Changa replied at 5-12-2016 01:10 PM
camping berdua jah ke?
motif??
gayah ke mereka?

brokeback mountain?




Quote Changa 5-12-2016 01:20 PM

kau rasa?


Quote ronapink 5-12-2016 01:32 PM
musim hujan ribut berkhemah,..



tapi dah ajal, takziah
Quote pocongkiutss 5-12-2016 01:39 PM
Semenjak kewujudan thread kunyit..camping berdua sama jantina pun kena cop kunyit ke..erk
Quote xy_daen 5-12-2016 01:44 PM
Pencari kayu. Siap sedia merangkak pls...
Quote Manjahati 5-12-2016 02:03 PM
Takziah... Nasib baik ada org tau mangsa masuk hutan.... Kalau x mau dh dimakan harimau
Quote prettyuglybabe 5-12-2016 02:16 PM
takziah.. nasib baik la dorang bagi tau nak camping kat ceruk mana..
boleh jugak meredah pergi cari..
Quote -electrifying- 5-12-2016 03:30 PM
ksian mereka...
Quote pooh~key 6-12-2016 08:41 AM
Leperkah mereka sister?
Quote kukulangau 6-12-2016 08:46 AM
Edited by kukulangau at 6-12-2016 08:49 AM
Changa replied at 5-12-2016 01:10 PM
camping berdua jah ke?
motif??
gayah ke mereka?

aduhhh senahhh
aku baca dengan dada terbuka alih2 baca komen ko ni terus tersedak
innalillah..


Quote grouper 6-12-2016 11:55 AM
Masuk hutan cr rezeki..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.175397 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top