CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Banjir Terjejas, Kelantan 67 Orang, Perak Lebih 100 Orang

5-12-2016 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2680| Komen: 4

Description: Setakat 7 pagi tadi, seramai 109 orang berbanding 88 orang malam semalam berhubung jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Perak.

Setakat 7 pagi tadi, seramai 109 orang berbanding 88 orang malam semalam berhubung jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Perak.


Memetik laporan Bernama, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak memaklumkan bahawa seramai 71 orang adalah dari Kampung Padang Serai, Manjung dan mereka ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Kampung Padang Serai.

Sementara itu, 38 lagi dari Kampung Pengkalan Ara dekat Sungai Manik daerah Hilir Perak ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara. Banjir di kedua-dua kampung itu adalah akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu sehingga menyebabkan air bertakung dan ketika ini cuaca mendung.

Sementara itu, mangsa banjir di Kelantan kekal 67 orang sehingga 8 pagi ini, menurut portal rasmi kerajaan Kelantan.

Berdasarkan portal http://ebanjir.kelantan.gov.my, semua mangsa masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja, Pasir Puteh (26 orang), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, Bachok (12 orang), dan SK Tiong, Kota Bharu (29 orang).


Laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan paras air sungai Kelantan di Sungai Golok, Rantau Panjang di Pasir Mas pada 7 pagi ini menurun kepada 7.34 meter berbanding 7.81 meter pada 8 malam semalam.- CARI

sumber foto: http://assets.bharian.com.my/
10

Bagus
20

Marah
19

Terkejut
25

Sedih
21

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote -electrifying- 5-12-2016 06:06 PM
harap tahun ni takla teruk mcm tahun2 y lpas
Quote dizzzek 5-12-2016 06:10 PM
a. salah dap
b.salah siam
c.salah tuhan
d.salah sampah dalam longkang
e.salah sikap pengotor penduduk

Quote manjalara_01 5-12-2016 06:23 PM
-electrifying- replied at 5-12-2016 06:06 PM
harap tahun ni takla teruk mcm tahun2 y lpas

lets hope so..
Quote -electrifying- 6-12-2016 08:55 AM


Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.188450 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top