CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Dihempap Pokok Kelapa Sawit

10-3-2014 10:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4996| Komen: 11

Description: Seorang Lelaki Maut Dalam Keadaan Mengerikan Apabila Tubuhnya Dihempap Sebatang Pokok Kelapa Sawit Hingga Menyebabkan Tulang Rusuk Dada Mangsa Remuk Di Kampung Simpang Empat Anak Kurau, Batu Kurau, Di ...
Taiping: Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila tubuhnya dihempap sebatang pokok kelapa sawit hingga menyebabkan tulang rusuk dada mangsa remuk di Kampung Simpang Empat Anak Kurau, Batu Kurau, di sini, pagi semalam.


Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa, Abdul Aziz Hussin, 51, ditimpa pokok ketika mengambil upah menebang beberapa pokok kelapa sawit di kampung itu.

Saksi kejadian yang juga pemilik pokok, Zainuddin Abdullah, 72, berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mengambil upah menebang deretan pokok kelapa sawit tua miliknya.

Menurutnya, mangsa cuba menebang sebatang pokok petai berhampiran bagi menjatuhkan sebatang pokok sawit yang tersangkut pada dahannya.

“Sebelum itu, dia sudah memotong batang pokok kelapa sawit berkenaan menggunakan mesin gergaji, namun pokok itu tersangkut pada dahan pokok petai.

“Beberapa minit sebelum kejadian, saya melarangnya supaya tidak memotong sepenuhnya pokok petai itu, bagaimanapun dia hanya mengangguk tanda bersetuju,” katanya.

Menurutnya, mangsa masih terus memotong sepenuhnya batang pokok petai itu sebelum pokok sawit berkenaan tumbang ke arahnya.


“Saya terkejut dan cuba membantu. Lebih memilukan apabila mesin gergaji yang digunakannya turut mencederakan dadanya selain mengakibatkan tulang rusuk Aziz patah.

“Saya cuba mengalihkan batang kayu kelapa sawit itu, namun gagal berikutan terlalu berat. Saya panik terus berlari mendapatkan penduduk berhampiran,” katanya.


Penduduk menunjukkan lokasi mangsa dihempap pokok sawit.
14

Bagus
9

Marah
18

Terkejut
9

Sedih
13

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 8-3-2014 09:19 AM

Tunjuk....Penduduk menunjukkan lokasi mangsa dihempap pokok sawit.
Quote rospinki 8-3-2014 09:26 AM
Kesiannya..pada yg lain berhati2 la semasa menjalankan tugas.
Quote Suchi 8-3-2014 09:28 AM
adakAh mesin gergaji tu masih dlm keadaan on ketika terkena dada arwah tu?
ngerinya, takziah kepada keluarga arwah..
Quote najib888 8-3-2014 09:29 AM
Innalillah..
Quote noor2 8-3-2014 09:29 AM
mcm' final destination' ja...


innalillah...
Quote yayah8989 8-3-2014 10:50 AM
Ngeriii waaaaaa abah ak dhla sokmo gak guna censaw ni nak tebang2 pokok
Quote Namirul_returns 8-3-2014 10:54 AM
Dada kena mesin gergaji... tak sanggup aku nak bayangkannya....
Quote xtw 8-3-2014 03:58 PM
inalillah..al-fatihah
Quote -electrifying- 11-3-2014 09:18 AM
inalillah.. takziah
Quote gaara_X 11-3-2014 10:19 AM
dah sampai ajal....nak wat cam ne...terima je laa....
Quote nurul_akmar 11-3-2014 10:24 AM
oh my. ngerinya cara dia mati

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.058247 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top