CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3126|Reply: 11

[Tempatan] {4} Maut dihempap pokok kelapa sawit & dada kena mesin gergaji! pic

[Copy link]
Post time 8-3-2014 09:18 AM | Show all posts |Read mode
8 Mac 2014

Taiping: Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila tubuhnya dihempap sebatang pokok kelapa sawit hingga menyebabkan tulang rusuk dada mangsa remuk di Kampung Simpang Empat Anak Kurau, Batu Kurau, di sini, pagi semalam.


  Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa, Abdul Aziz Hussin, 51, ditimpa pokok ketika mengambil upah menebang beberapa pokok kelapa sawit di kampung itu.

Saksi kejadian yang juga pemilik pokok, Zainuddin Abdullah, 72, berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mengambil upah menebang deretan pokok kelapa sawit tua miliknya.

  Menurutnya, mangsa cuba menebang sebatang pokok petai berhampiran bagi menjatuhkan sebatang pokok sawit yang tersangkut pada dahannya.

“Sebelum itu, dia sudah memotong batang pokok kelapa sawit berkenaan menggunakan mesin gergaji, namun pokok itu tersangkut pada dahan pokok petai.

  “Beberapa minit sebelum kejadian, saya melarangnya supaya tidak memotong sepenuhnya pokok petai itu, bagaimanapun dia hanya mengangguk tanda bersetuju,” katanya.

  Menurutnya, mangsa masih terus memotong sepenuhnya batang pokok petai itu sebelum pokok sawit berkenaan tumbang ke arahnya.

  “Saya terkejut dan cuba membantu. Lebih memilukan apabila mesin gergaji yang digunakannya turut mencederakan dadanya selain mengakibatkan tulang rusuk Aziz patah.

  “Saya cuba mengalihkan batang kayu kelapa sawit itu, namun gagal berikutan terlalu berat. Saya panik terus berlari mendapatkan penduduk berhampiran,” katanya.-myMetro

p/s Ngeri...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2014 09:19 AM | Show all posts

Tunjuk....Penduduk menunjukkan lokasi mangsa dihempap pokok sawit.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..pada yg lain berhati2 la semasa menjalankan tugas.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
adakAh mesin gergaji tu masih dlm keadaan on ketika terkena dada arwah tu?
ngerinya, takziah kepada keluarga arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 09:29 AM | Show all posts
mcm' final destination' ja...


innalillah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2014 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngeriii waaaaaa abah ak dhla sokmo gak guna censaw ni nak tebang2 pokok
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 10:54 AM | Show all posts
Dada kena mesin gergaji... tak sanggup aku nak bayangkannya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2014 03:58 PM | Show all posts
inalillah..al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 09:18 AM | Show all posts
inalillah.. takziah
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 10:19 AM | Show all posts
dah sampai ajal....nak wat cam ne...terima je laa....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 10:24 AM | Show all posts
oh my. ngerinya cara dia mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.071798 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list