CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Main Roda2 Gelung Konkrit Bawa Maut

15-4-2014 09:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4909| Komen: 14

Description: Kejadian Disaksikan Abang Mangsa Berusia 14 Tahun Dan Tiga Lagi Rakan Ketika Mereka Sedang Bermain Pembetung Terbabit Dengan Menggulingkannya Seperti Roda.
Ipoh: Tindakan seorang kanak-kanak bermain konkrit saluran pembetung air bersama abangnya dan tiga lagi rakan di gudang simpanan barangan pembinaan dekat Kampung Khantan Baru, di sini, mengundang padah apabila maut selepas terjatuh dan kepala terhentak pada konkrit seberat lebih 50 kilogram itu.

Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, Heng Chiew Zheng, 10, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Kejadian disaksikan abang mangsa berusia 14 tahun dan tiga lagi rakan ketika mereka sedang bermain pembetung terbabit dengan menggulingkannya seperti roda.

Menurut bapa mangsa, Heng Tat Lam, ketika kejadian dia sedang minum di sebuah kedai dan menerima panggilan telefon daripada isteri mengatakan anak bongsu mereka terjatuh ketika bermain.

“Saya bergegas ke tempat kejadian dan sebaik sampai, Chiew Zheng pengsan, malah terdapat luka kecil pada dahi serta mukanya.

“Kami sangka kecederaan anak tidak serius dan isteri hanya menyapu minyak angin sebelum menghantarnya ke Hospital Sungai Siput.

Namun pegawai perubatan mengesahkan anak saya sudah tiada,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tat Lam berkata, punca kematian anak bongsunya itu akibat luka yang agak besar pada belakang kepala, dipercayai akibat hentakan kuat pada gelungan konkrit.

“Saya kemudiannya membuat laporan polis bersama anak sulung dan pemilik premis berkenaan.

“Pemilik gudang memohon maaf atas kejadian yang berlaku serta menawarkan sejumlah wang namun saya memaafkannya kerana berpendapat anak saya juga salah bermain di premis itu,” katanya.

Menurutnya, dia hanya meminta pemilik gudang menanggung kos pengebumian anaknya yang dianggarkan RM4,000 dan disempurnakan pada jam 3 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

SALURAN pembetung konkrit yang dipercayai dijadikan mainan oleh mangsa bersama abang serta rakan.

6

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
7

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 15-4-2014 02:27 AM

SALURAN pembetung konkrit yang dipercayai dijadikan mainan oleh mangsa bersama abang serta rakan.
Quote munchkin 15-4-2014 03:36 AM
Salam takziah kpd keluarga
Quote clarizsa 15-4-2014 04:05 AM
awatla dok biar anak main merata... isk isk..

takziah..
Quote kakikuDibibirmu 15-4-2014 04:08 AM
nobita dengan giant dengan suneo suka bermain dengan pembetung tu
Quote Al-Patih 15-4-2014 05:12 AM
itu...itu..pikahak berkuaso ..yang jago pasai kilang/gudang ...ado buwek pemantuan ke ...
Quote noor2 15-4-2014 06:30 AM
ya allah kesiannya .....bebudak apa depa tahu...

harus disaman pihak yang meletakkan konkrit tu...


takziah ..
Quote sekngucing 15-4-2014 06:42 AM
adik aku masa umur dia 8 tahun dia terhantuk muka di benda ni lah
seminggu lidah terjelir, airliur keluar menitik2 pasal takleh tutup mulut, luka dlm mulut
Quote noor2 15-4-2014 06:55 AM
sekngucing posted on 15-4-2014 06:42 AM
adik aku masa umur dia 8 tahun dia terhantuk muka di benda ni lah
seminggu lidah terjelir, airliur  ...

kesiannya...
Quote peachRose 15-4-2014 07:26 AM
kecil2 dulu suka main hide n seek dlm ni..
eh...hide n seek plop..
ilirnyo..
main nussuk...
pastu kalau merajuk dgn mak/ayah..duk fefeeling sorang2 dlm ni sambil baca buku..

takziah utk famili...dah ajal...
Quote pakweneelofa 15-4-2014 07:34 AM
lasak nye anak cina ni
Quote WawaRaRa 15-4-2014 09:28 AM
bagus la bapak dia ni tau yang anak dia yg salah... so xder nak besar2 kan kes...

Quote bukanomi 15-4-2014 09:37 AM
Aku dulu pon suke gak main menda nih...
Quote niceghost2005 15-4-2014 09:48 AM
tongkatwaran75 posted on 15-4-2014 02:27 AM
SALURAN pembetung konkrit yang dipercayai dijadikan mainan oleh mangsa bersama abang serta rakan.

Assalamualaikum,

Dah banyak kes seghopa ini terjadi.

Last last.................Pihak Berkuasa menetapkan agar setiap pemaju MEMAGARI kawasan/site depa.
Kalau ada jugak yg masuk n maut.............depa akan di anggap sebagai MENCEROBOH.

Mcm gambaq di atas, memang masak laaaaaa

OPEN jer..........kat depan ghumah oghang plak.

Di antara kawasan yg di pagari ialah SYABAS, TNB, TM, CELCOM, DIGI, Rumah di dlm pembinaan etc






Wsalam

Quote prettyuglybabe 15-4-2014 10:00 AM
ringan ke benda tu sampai boleh ditolak dimain dek budak-budak?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.074814 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top