CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Paparan Kisah Cinta Penguin Di National Geographic Ini Buat Netizen 'Patah Hati'

8-11-2016 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4688| Komen: 13|Original author: Oleh: Adib ZA

Description: Sebuah video yang dimuat naik melalui laman Twitter National Geographic telah menjadi viral dan juga bualan sejak dua tiga hari ini di laman sosial.

Sebuah video yang dimuat naik melalui laman Twitter National Geographic telah menjadi viral dan juga bualan sejak dua tiga hari ini di laman sosial. 


Video berdurasi tiga minit itu, menunjukkan bagaimana haiwan juga mempunyai perasaan marah, cemburu dan curang seperti mana manusia. 

Ya, mungkin bagi sesetengah orang yang menontonnya berasa lucu dan juga kelakar, namun bagi sesetengah yang lain menyebabkan mereka berasa tersentuh. 


Video tersebut memaparkan kehidupan seekor penguin jantan yang mendapati pasangannya berlaku 'curang' dengan penguin jantan yang lain. Apa yang dilakukan ialah menyerang dan terus menyerang penguin yang telah merampas pasangannya itu. 

"Strateginya mudah, halau si perampas dan serangnya sehingga teruk," ujar narator menerusi video tersebut. 

National Geographic memang sinonim dengan rakaman kehidupan haiwan secara realiti. Namun, pergaduhan dua penguin merebut pasangan ini nampaknya beri kejutan kepada ramai penonton. Masakan tidak, ia saling tak tumpah seperti kehidupan manusia sendiri yang penuh dengan emosi.


Sesetengah netizen berkata mereka tidak tergamak untuk menonton lebih lanjut video tersebut kerana menunjukkan sisi 'ganas' seekor haiwan.

Manakala, netizen yang lain berkata situasi yang dialami penguin itu tidak jauh berbeza dengan situasi sebenar manusia. 

Dalam video itu dapat dilihat akhirnya penguin yang 'teraniaya' itu tewas dan juga dimalukan bila pasangannya memilih 'cinta baharu' dengan penguin lain. 

"Penguin betina itu tiada masa dengan penguin yang tewas itu," narator menerangkan. 

Berikut pula respon yang didapati dari kalangan netizen, yang nampaknya rata-rata 'patah hati' menyaksikan drama persaingan antara penguin tersebut. Bagaimana pula dengan anda? - CARI 




20

Bagus
2

Marah
23

Terkejut
17

Sedih
12

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HazeLJoseph 8-11-2016 03:27 PM
Kiutnya mereka itu
Quote kikuri 8-11-2016 03:38 PM
dasatpeguin ni... tak padan dengan comey sekali gaduh siap berdarah darah
Quote hayati_hassan 8-11-2016 03:40 PM
tak ganaih mana pun
cuma tekeluaq darah taklah putus tangan
Quote fishcracker 8-11-2016 03:56 PM
pingu..pingu
Quote Andyscenes 8-11-2016 04:37 PM
drama penguin
Quote manehnya 8-11-2016 04:46 PM
hayati_hassan replied at 8-11-2016 03:40 PM
tak ganaih mana pun
cuma tekeluaq darah taklah putus tangan

ganaih la jugak bagi binatang yg comel dan di anggap jinak
Quote Inezkhalidi 8-11-2016 05:11 PM
Sian... Tragis tul. Harap luka Skipper cepat baiklah...
Quote cik-jaja 8-11-2016 06:37 PM
huhu, haiwan pun berdrama ya
Quote sambaldurian 8-11-2016 09:26 PM
Cmne taw betina tu 'isteri' Penguin teraniaya tu. Pndai2 je reka cerita.
Quote chinta89 9-11-2016 09:22 AM
hmmmmm sedihnya....
Quote mirandanicky1 9-11-2016 09:26 AM
Touching tgk..tp bininya yg makan luar curang
Quote AppropriateNick 9-11-2016 09:47 AM
mesti la tau..ko ingat omputih mcm melayu ke jenis up cite retis propa rina
Quote oldskul 9-11-2016 10:59 AM
xtau nak gelak ke nak sedih

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.095720 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top