CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kahwin Masa Belajar, Manis Ke Tidak? Wanita Ini Kongsi Pengalaman Melucukan

8-11-2016 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12196| Komen: 61|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Kahwin muda macam dah jadi 'trend' pula sekarang ini, dan pastinya ada di kalangan kawan-kawan kita ada yang masih belajar lagi sudah pun mendirikan rumah tangga.
Sumber Foto: IG Imanabdulrahim


Kahwin muda macam dah jadi 'trend' pula sekarang ini, dan pastinya ada di kalangan kawan-kawan kita ada yang masih belajar lagi sudah pun mendirikan rumah tangga.

Banyak antara kita yang memang mempunyai impian untuk segera berkahwin dengan cinta hati masing-masing bila melihat kebahagian yang dipamerkan pasangan muda ini. Dalam hati mesti terdetik, "Wah, seronoknya dapat buat segala-galanya berdua", kan?

Namun, perkongsian dari seorang wanita yang menggunakan nama sebagai Imanabdulrahim di Instagram ini mampu mengubah persepsi anda dan angan-angan mahu mendirikan rumah tangga ketika masih menuntut di universiti.


Paling kelakar bila dia menyenaraikan benda yang tidak seronok tentang berkahwin ketika masih belajar.

Pertama, dia kena buat "assignment" dua kali ganda, termasuk "assignment" suaminya sekali. Biasalah, dalam rumah tangga mestilah memerlukan kerjasama dan saling tolong-menolong.

Seterusnya, wanita ini merasakan dia kena selalu bersaing dengan suami untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang dari pasangannya. Perkara ini sebenarnya boleh menjadi sesuatu yang positif kerana ia merupakan sebuah persaingan yang sihat untuk lebih berusaha memajukan diri sendiri.


Tambahnya lagi, masing-masing perlu berkorban dan berjaga malam untuk menemani pasangan melengkapkan projek tahun akhir mereka. Lagi kelakar, bila wanita ini terpaksa pergi juga ke dalam kampus walaupun kelasnya batal untuk menjemput suami pulang dari kelas.

Kena jadi pembantu peribadi dalam memastikan suaminya tidak tertinggal barang-barang seperti buku nota, bekas pensel, slip peperiksaan dan lain-lain lagi. Iman kata lagi yang dia dan suami tidak boleh berpegangan tangan dan bermesra di dalam kampus sebab kena 'cover', takut orang kata berlebih-lebih pula.

Apa yang paling melucukan bila Iman meluahkan yang, "Bila bergaduh, suami lagi suka pergi belajar, sebab katanya belajar lagi senang dari pujuk isteri."

Antara komen dari rakan-rakan yang mengucapkan tahniah dan menyukai kapsyen tentang rumah tangga yang ditulisnya. 

 
Macam-macam ragam dapat dilihat dari pasangan muda yang sudah berkahwin. Apa-apa pun pasti ada manis dan pahitnya dalam perjalanan dalam alam rumah tangga.

Yang penting, kena saling bertolak ansur dan jadilah suami atau isteri yang sentiasa memahami pasangannya, okay? -CARI
30

Bagus
29

Marah
17

Terkejut
29

Sedih
18

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (136 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 8-11-2016 11:13 AM
tggu la berapa tahun lg dik..bakal ada thread kt FD or PP nnt..akak perhatikan je dik
Quote manehnya 8-11-2016 11:13 AM
geli aku nk baca sampai habis..

Yang penting, kena saling bertolak ansur dan jadilah suami atau isteri yang sentiasa memahami pasangannya, okay?


podah, kawen baru 2 hari buleh la

cer kawen 10 tahun pastu anak ramai, buat part time belajar tgok
Quote ~boolean 8-11-2016 11:23 AM
7-8 tu normal lah dik..orang kawin 10 tahun pun tak mengada nak jadi pasangan romantik pegang2 dalam universiti...kau lain kali dah gatal sangat masuk lah ipts..bergesel lah kau sampai puas..

Hat lain2 tu bukan orang kawin ja buat, orang tengah bercinta pun teman pasangan buat assignment..

So apa yang nak viralnya..
Quote krustykrab 8-11-2016 11:30 AM
pompuan tu agak cantik, tapi suaminya mcm poyo je...mcm x rela di publickan
Quote nononcrux 8-11-2016 11:33 AM
manehnya replied at 8-11-2016 11:13 AM
geli aku nk baca sampai habis..

btl tu .. baru kawen kentut pon wangi
Quote Star_el 8-11-2016 11:51 AM
krustykrab replied at 8-11-2016 11:30 AM
pompuan tu agak cantik, tapi suaminya mcm poyo je...mcm x rela di publickan

perempuan besela, sume benda nak dicanang dlm socmed

teringat karangan mantot psl fb isteri dan suami
Quote bobo_beck 8-11-2016 11:52 AM
time blaja loan PTPTN support ko dik.. tgk pasni cari duit sndri cmne... smoga bahgia..
Quote prettyuglybabe 8-11-2016 11:54 AM
bodohnya pompuan ni sanggup jadi hamba laki..
buat assignment buat tu buat ni..
ko kawin untuk jadi isteri atau untuk jadi bibik aka nanny laki?
Quote krustykrab 8-11-2016 11:57 AM
dia ada share tak result dia dgn laki dia?
Quote zameyla 8-11-2016 12:13 PM
tengok muka laki tu semacam jah....
Quote irish_ieka 8-11-2016 12:15 PM
Takpe budak dua orang ni anak orang senang. Bolehla kawen time belajar pon
Quote irish_ieka 8-11-2016 12:16 PM
Takpe budak dua orang ni anak orang senang. Bolehla kawen time belajar pon
Quote irish_ieka 8-11-2016 12:17 PM
Takpe budak dua orang ni anak orang senang. Bolehla kawen time belajar pon
Quote irish_ieka 8-11-2016 12:17 PM
Takpe budak dua orang ni anak orang senang. Bolehla kawen time belajar pon
Quote chinta89 8-11-2016 12:21 PM
ak perati je bebudak yg GALOK MENGGELETIS sgt nk up citer mcm ni..
Quote Joannalee 8-11-2016 12:26 PM
Bodoh biar diri nye jd kuli husband nye buat asgmnt. Xkn xtau yg mane salah yg mane betul .  X ikut ckp dosa.... Kata blaja uia..  Tp sangup xpela ...
Quote kikuri 8-11-2016 12:57 PM
apasal laki dia mcm gi konvo tapi tak mandi jah... elok elok lah sikit...
Quote Andyscenes 8-11-2016 01:07 PM
ouhhh, okay. aku da tua br kahwin
Quote Rainrein 8-11-2016 01:14 PM
Kelakar lahhhh sangat. Macam budus je. Ko kawen nak jadi bini ke nak jadi orang gaji halal??

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.069130 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top