CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mengalahkan Model 'Sado', Atuk 80 Tahun Jadi Model 'Catwalk'

8-11-2016 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8786| Komen: 28|Original author: Oleh: Myra Rzoi

Description: seorang atuk berusia 80 tahun menjadi model pentas peragaan? macam tak percaya sahaja.
Sumber Foto: Boredpanda

Seorang atuk berusia 80 tahun menjadi model pentas peragaan? Macam tak percaya sahaja.

Ya! Deshun Wang adalah seorang artis dan pelakon yang baru-baru ini muncul di atas pentas peragaan China Fashion Week.

Namanya menjadi mahsyur dalam sekelip mata dan bukan sahaja kelihatan hebat semasa mengatur langkah di atas pentas, malah dia juga berjaya memecahkan tradisi streotaip dunia fesyen.


Sumber Foto: huffingtonpost.co


Memetik kata-kata Deshun Wang, “Bukan kerana umur, tetapi di mana tahap pemikiran anda.”

Menariknya, dia tidak pernah menganggap dirinya adalah seorang yang tua sehingga diberi gelaran sebagai "Atuk Paling Seksi".

“Salah satu cara untuk mengetahui anda telah betul-betul tua atau tidak adalah dengan bertanyakan kepada diri sendiri sama ada. Anda berani mencuba sesuatu yang baru di dalam hidup, iaitu perkara yang belum pernah anda lakukan sebelum ini atau pun tidak?”, katanya kepada New York Times.



Deshun juga suka berfikir secara positif di mana dia percaya setiap orang mampu mengubah nasib hidup mereka asalkan matlamat itu perlu disematkan dalam jiwa dan minda.

Bila ditanya bagaimana dia mampu mengekalkan bentuk tubuh serta kesihatan, jawapan yang diberi ialah dengan membaca banyak tips kesihatan dari buku dan berita. Selain itu dia tidak mengamalkan pengambilan alkohol terlalu banyak dan makan apa sahaja yang disukainya.




Pokoknya, teruskan usaha dan sebenarnya kita tidak pernah terlambat pun untuk melakukan apa-apa sahaja.

Atuk ini boleh dijadikan inspirasikan lelaki di luar sana yang sebenarnya usia bukanlah penghalang untuk mencapai segala impian anda, kan? -CARI
3

Bagus
8

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsKathryn 8-11-2016 01:42 PM
Famous atuk ni..
Quote fishcracker 8-11-2016 02:19 PM
nampak kuat lagi atok ni,kalau takde jambang rambut pendek lagi nampak tasty
Quote chinta89 8-11-2016 02:38 PM
Roshi.jpg
Quote miszclassique 8-11-2016 02:59 PM
Amboi atokk..kemain lg posing
Quote miszclassique 8-11-2016 03:00 PM
Amboi atokk..kemain lg posing
Quote alieyrina 8-11-2016 03:14 PM
Edited by alieyrina at 8-11-2016 03:15 PM

Wow..not bad looking..aku suka lary caputo laki teresa caputo tu..x tau la napa..tapi dia x tua la..haahaa
Quote DeeHanania 8-11-2016 03:23 PM
Tampak sihat bergaya lagi atuk...
Quote insulin 8-11-2016 04:11 PM
Wow. Energetic sungguh atok ini walaupun dah berusia 80 tahun.
Quote mattzzx 8-11-2016 04:50 PM
respek lah atok ni...
Quote -electrifying- 8-11-2016 05:20 PM

lebih kurang je mke hahaha
cme nk taw hdung brdrh x tgk pmpn seksi
Quote siskepoh 8-11-2016 06:27 PM
amboiiii kemainnnnnnn
Quote cik-jaja 8-11-2016 06:28 PM
wah, hebat2!
Quote WhiskeyScotch 8-11-2016 11:30 PM
Tak nampak macam 80 tahun. Nampak masih kuat bertenaga. Solid!
Quote mirandanicky1 9-11-2016 09:27 AM
Merembes gak atuk ni.. malu org2 muda yg tk pndai jaga badan
Quote siape_aku 9-11-2016 10:49 AM
yes!!! he is sexy!!!! mcm iras2 Choi Min Soo...alamak ai...melting!!!!
Quote Levespa 9-11-2016 11:51 AM
bagi org umur 80 an badan dia ok, kulit tak melendut mana
Quote sueburn 10-11-2016 12:02 AM
Hamboi atuk.. kemain bergaya. Panjang umonye
Quote CrowneGlory 10-11-2016 06:55 AM
Bagusla atuk pilih jd model dr atuk2 jepun pilih jd pornstar
Quote kokocrunch 10-11-2016 09:27 AM
pandai atuk nie jaga badan..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.571566 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top