CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Ramai Jangan Terperdaya Panggilan Penyamaran - Bank OCBC

19-7-2016 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3909| Komen: 9

Oleh : TS LOO


sumber foto: google image




Bank OCBC dari Singapura mengeluarkan kenyataan mengingatkan orang ramai, jangan terperdaya sekiranya menerima panggilan telefon yang menyamar mengguna nama bank OCBC.

Menurut laporan media Singapura, bank OCBC memaklumkan, sejak bulan April sebanyak 1200 laporan telah diterima yang mengatakan ada pihak menyalahguna nama bank OCBC dengan menelefon mereka untuk mendapatkan nombor kad pendaftaran, nombor akaun bank, nombor kad kredit dan lain-lain maklumat berkaitan.

Antara 1hb sehingga 17hb Julai ini, bank terbabit telah menerima lebih 1,000 laporan komplain. 

Difahamkan, kebanyakan orang awam yang menerima panggilan telefon, selain kedengaran mesej yang disiarkan dalam sistem pertuturan secara automatik dan akan juga meminta mereka menekan beberapa butang nombor mengikut arahan yang diberi.


Pegawai bank yang menyamar itu kebanyakannya akan mengguna berkomunikasi dalam bahasa Mandarin. 

Sehubungan itu, pihak Bank OCBC menegaskan lazimnya mereka akan menelefon pelanggan dalam bahasa Inggeris kecuali diminta oleh pelanggan untuk guna bahasa yang lain. 

Selain itu, Bank OCBC turut memaklumkan, dalam panggilan telefon, pihak banknya tidak pernah meminta maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, nombor kad kredit, kod rahsia akaun bank dan sebagainya.

Orang ramai sekiranya terima panggilan yang mencurigakan adalah diminta segera letak gagang telefon dan hubungi bank yang berkaitan serta membuat laporan polis di balai polis yang berdekatan.- CARI 
2

Bagus
1

Marah
8

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siti_kus 19-7-2016 01:25 PM
aku aritu konon2 maybank yg call.. semua detail dia mntk.
Quote misscendol 19-7-2016 02:38 PM
adoilahhhh macam2
Quote Artemesiaa 19-7-2016 05:02 PM
Bukan kat Singapura je kat Malaysia pun ada je kes menyamar dan menipu cam ni
Quote Barcamessi 19-7-2016 11:41 PM
Ada yang betul ada yang scam...kalau daa mintak details banking bagai tanpa sebab mmg la scam..carefull jew korang
Quote Samm_BM 20-7-2016 12:07 PM
Macam selalu lah, aku kena dengan syarikat insurance yang join dengan bank.. Tiap-tiap jumaat mesti call promote insurance.. Tapi yang hairan mana dia dapat maklumat dengan tepat cuma 4 angka IC belakang saja dia tak tau dan minta no. dekat kad bank.. Siap perbualan di rakam lagi.
Quote nut.legacy 20-7-2016 02:57 PM
scam yg biasa kat malaysia ni pasal kad ATM.. pastu bile kita ckp dia penipu dia maki kita balik.. hahaha
Quote fifie_olin 20-7-2016 03:49 PM
no aku x knl mmg x angkt...semak jek
Quote shi_jewel 20-7-2016 04:19 PM
sbb tu kalau nombor yang tak dikenali call hp iol, iol takkan jawab sampai kiamat.
anything blh tinggalkan message je.
Quote -electrifying- 21-7-2016 11:53 AM
aku kalau no tak kenai mmg xkan angkat, ko cari aku, ko msg dulu ko spe then baru angkat
so selamat dri semua2 ni, sbb dorg pon kdg2 kol gne no hp bkn fix line

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.038831 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top