CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Ultherapy Untuk Wajah Kelihatan Muda Secara Semulajadi

9-6-2016 01:41 PM| Diterbitkan: jafKERJA| Dilihat: 2517| Komen: 2

Description: Merz Aesthetics (Malaysia), salah sebuah syarikat perubatan estetika terkemuka di dunia..

Pemahaman rawatan perubatan estetika dan kepentingan bertanya




Kuala Lumpur, 2 Jun 2016 - Merz Aesthetics (Malaysia), salah sebuah syarikat perubatan estetika terkemuka di dunia, hari ini telah mengadakan satu sidang media mengenai kepentingan memahami semua aspek rawatan perubatan estetik sebelum menjalani sesuatu prosedur. Para peserta sesi btersebut telah diberi penerangan sistem penegangan kulit non-invasif dengan Authentic Ultherapy™ - satu sistem penegangan kulit non-invasif yang maju dan inovatif, yang telah diiktiraf di seluruh dunia kerana dipercayai keberkesanannya.


Tekanan hidup dan kesannya terhadap kulit
Tekanan hidup boleh menjejaskan kulit wanita. Perubahan dalam trend gaya hidup, urbanisasi yang meningkat dan tekanan ekonomi telah menyebabkan peningkatan dalam tahap tekanan hidup dengan kesan yang ketara pada kulit. Daripada tekanan fizikal akibat tidur yang tidak mencukupi, peningkatan tahap pencemaran, sehinggalah tekanan emosi dan mental yang dialami dalam kehidupan seharian; tekanan-tekanan ini mengubah keseimbangan optimum yang membolehkan kita berada dalam keadaan yang terbaik.Tekanan juga boleh memberi kesan kepada kulit wanita - ia melemahkan kuasa pembaharuan kulit, atau menyebabkan kulit hilang keanjalan, dan seterusnya mempercepatkan penuaan kulit.

Penuaan kulit bermula dengan perubahan yang tidak dapat dikesanpada usia di antara 25 hingga 30 tahun tetapi tanda paling ketara perubahan ini adalah kehadiran kedutan pada wajah. Disebabkan inilah semakin meningkat populariti dan permintaan bagi rawatan penjagaan kulit anti-penuaan dan kosmetik,rawatan pelapisan laser kulit dan pembedahan plastik.

Bercakap di majlis tersebut, Mr Goh Sin Hua, Pengurus Negara Merz Malaysia berkata: & " ;Berikutan permintaan yang tinggi, terdapat pelbagai jenis rawatan perubatan estetik di pasaran hari ini dan oleh itu, pengguna sering tidak mempunyai pemahaman asas yang cukup tentang rawatan perubatan estetik yang mereka jalani serta maklumat keselamatan yang penting.”

Dr Kee Yong Seng, Pakar Perubatan Estetik juga menjelaskan: " ;Di samping mencari maklumat terperinci tentang mesin perubatan estetik yang digunakan untuk rawatan mereka, para pengguna perlu memastikan bahawa pengendali mesin itu sendiri telah menerima latihan yang mencukupi.".

" Para pengguna terutamanya perlu mempunyai pemahaman yang secukupnya tentang jenis rawatan yang diingini dan hendaklah mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan yang berdaftar dan berpengalaman." ulasan tambahan daripada Pakar Perubatan Estetik, Dr Lim Ting Song dan Dr

Dr Kee Yong Seng, Dr Lim Ting Song dan Dr Sutina Nordin telah hadir di sidang media tersebut untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan teknologi disebalik Ultherapy™ dan keberkesanannya. Turut hadir ialah Chris Tong, artis popular Malaysia yang sering muncul dalam drama-drama tempatan dan Singapura. Chris telah berkongsi pengalamannya memberikan pandangan beliau tentang Ultherapy™ dari perspektif pengguna.

Authentic Ultherapy™ - Kembalikan keremajaan secara semulajadi
Authentic Ultherapy™ oleh Merz Aesthetics yang telah diperkenalkan di Malaysia selama beberapa tahun, adalah satu-satunya rawatan penegangan kulitnon-invasif dengan kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS.untuk leher, bawah dagu dan kening. Kini, Authentic Ultherapy™ juga telah diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS untuk meningkatkan penampilan garis dan kedutan pada kawasan dada di bawah bahu.

Hari ini, Ultherapy™ boleh didapati di 12 klinik di seluruh negara.

Dengan Authentic Ultherapy™, doktor dapat melihat di mana dan berapa jauh ke dalam lapisan kulit rawatan yang diberikan, yang kemudiannya membolehkan pelanggan mencapai ketegangan semula jadi secara beransur-ansur, berkesan dan selamat dan dalam tempoh pemulihan yang singkat.

Teknologi Authentic Ultherapy™ yang jitu memastikan penegangan yang berterusan; memanfaatkan kuasa Ultrasound berfokus Micro dengan Visualisasi (MFUV) untuk mengangkat kening, bahagian bawah dagu, leher dan memperbaiki kedutan di bahagian dada. Ia telah digunakan dengan selamat di seluruh dunia selama sembilan (9) tahun dalam lebih 620,000 rawatan, dengan rekod saintifik dan bukti-bukti klinikal yang kukuh dalam 40 penerbitan yang meliputi 50 kajian klinikal.

Authentic Ultherapy™ adalah SATU-SATUNYA rawatan ultrabunyi dengan kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat untuk mengangkat dan menegangkan kulit anda dengan hasil yang lebih baik, tanpa pembedahan atau tempoh pemulihan, secara beransur-ansur dan semula jadi dalam tempoh bulan 2-3.Rawatan ini boleh bertahan sekurang-kurangnya setahun atau lebih bergantung kepada profil setiap individu.

27

Bagus
27

Marah
22

Terkejut
29

Sedih
24

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (154 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote misscendol 19-7-2016 03:07 PM
yang penting byk minum air kosong
Quote nonok22 15-7-2016 11:31 AM
Emm teringinnn

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-5-2022 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.046546 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top