CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

U Mobile Melancarkan Perkhidmatan Wifi Calling Yang Pertama Di Malaysia

26-5-2016 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5743| Komen: 18

Description: KUALA LUMPUR, 26 Mei 2016 – U Mobile Sdn Bhd, telco yang memiliki rangkaian...

Membolehkan panggilan, walaupun liputan di rangkaian yang lemah


KUALA LUMPUR, 26 Mei 2016 – U Mobile Sdn Bhd, telco yang memiliki rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia, muncul sekali lagi sebagai syarikat pertama dalam industri  yang menyediakan khidmat WiFi Calling kepada para pelanggannya. Perkhidmatan terkini ini membolehkan pelanggan membuat dan menerima panggilan suara menerusi WiFi peribadi dan awam. Dengan perkhidmatan ini, setiap stesen WiFi di seluruh dunia akan menjadi menara rangkaian U Mobile, sekaligus meluaskan lagi liputan telekommunikasi yang sedia ada.  

Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh syarikat telekomunikasi di Malaysia ialah menyediakan liputan rangkaian di dalam bangunan dan pejabat. U Mobile WiFi Calling merupakan penyelesaian yang sesuai untuk menangani cabaran ini kerana kebanyakan bangunan masa kini mempunyai sambungan WiFi.  


Perkhidmatan U Mobile WiFi Calling ditawarkan kepada pelanggan prabayar dan pascabayar tanpa sebarang caj tambahan. Perkhidmatan ini juga membolehkan pelanggan membuat dan menerima panggilan walaupun di kawasan liputan rangkaian terhad seperti di tingkat bawah tanah bangunan, kawasan terpencil dan pedalaman, selagi mereka terhubung dengan WiFi. 

Panggilan WiFi menawarkan panggilan biasa melalui telefon mudah alih menggunakan WiFi; berlainan dengan perkhidmatan Voice over Internet Protocol (VOIP) seperti Skype, Viber and WhatsApp. Selain itu, pengguna boleh membuat panggilan WiFi ke nombor mudah alih dan juga talian tetap. Mereka juga boleh membuat panggilan IDD dengan U Mobile WiFi Calling.

Panggilan WiFi adalah perkhidmatan yang menjimatkan, terutama kepada pelanggan U Mobile yang sering ke luar negara kerana mereka tidak dikenakan caj perantauan bagi sebarang panggilan yang dibuat menerusi sambungan WiFi. Ini bermakna, setiap kali seseorang pelanggan U Mobile membuat panggilan WiFi ke nombor yang berasal dari Malaysia dari lokasi mana sekalipun, panggilan berkenaan akan dikira sebagai panggilan tempatan mengikut caj Malaysia.

Menurut Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, “U Mobile sedang berkembang pesat dan kami berusaha untuk menyediakan rangkaian liputan yang terbaik kepada para pelanggan kami yang kian meningkat. WiFi Calling ini memberi manfaat yang besar kepada para pelanggan yang tidak perlu risau lagi kerana mampu membuat dan menerima panggilan dari mana sekalipun, walaupun di kawasan liputan rangkaian terhad seperti di tingkat bawah tanah bangunan selagi adanya sambungan WiFi. Di samping itu, pengalaman menggunakan U Mobile WiFi Calling adalah lancar seperti membuat panggilan yang biasa.”

Bagi menikmati perkhidmatan WiFi Calling,  para pelanggan U Mobile perlu mengaktifkan fungsi WiFi Calling pada telefon pintar masing-masing dan pastikan bahawa mereka  disambungkan kepada perrkhidmatan WiFi Calling U Mobile. 

Semua panggilan yang dibuat dan diterima menerusi WiFi Calling menggunakan suara Definisi Tinggi*. Perkhidmatan ini disediakan kepada pelanggan U Mobile yang mengguna model iPhone 5C, 5S, SE, 6, 6 Plus, 6s dan 6s Plus. U Mobile juga akan menawarkan perkhidmatan WiFi Calling kepada pelanggan yang mengguna telefon Android tidak lama lagi.

*Suara Definisi Tinggi diaktifkan apabila panggilan dibuat dan diterima dari telefon mudah alih yang dilengkapi suara Definisi Tinggi menerusi rangkaian suara Definisi Tinggi.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.u.com.my/wificalling.


34

Bagus
26

Marah
38

Terkejut
32

Sedih
28

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (183 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 26-5-2016 09:33 PM
u mobile ni coverage kene perluaskan sikit. ni kt airport pun slow. tension aku guna.
Quote MarryPottet 26-5-2016 11:17 PM
melingkuplah maxis yg kedekut lepas ni
one day the younger generation will ask, maxis? what's that? a dinosaur species?
Quote FARRAZOOL 26-5-2016 11:45 PM
U mobile punya coverage out sikit katanya
Quote saviour_09 27-5-2016 02:24 PM
bukan umobile ni pun tumpang pencawang maxis ke untuk coverage line?
ke dah ada sendiri punya?
entah aku pun salesgirl umobile sendiri yg bagitau dulu2 la
Quote Bencohen 31-5-2016 12:32 AM
Please la dong. skype facetime seme free dah berabad lamanya. Whatsapp pun dah boleh.

Umobile ni telan duit kuat. U30 tu 30 minit free call, internet 1.5 gb, sms takde. Lepas tu free video 2gb ke apa tah. Kul 1 malam kut. Aku pakai sebulan je lepas tu baling sim dalam longkang.

Digi lagi bodoh. Top up kena exact value baru valid 30 hari. Kalau top up rm10 3 kali pun dia kira valid 10 hari. Padahal ko dah beli internet sebulan valid 30 days. Lepas 10 hari tet internet takda pasal dia aktifkan 10 hari je. Kalau kedai runcit ko pergi takda top up 30 memang kena lah.
Tak sabar tgk seko2 telco malaysia ni jahanam. Umobile ni suka gegar2 so seronok jugak tengok telco2 evil ni menggeletar.
Quote ohnoLia 31-5-2016 12:49 AM
dari segi teknologi nya,  ai confuse, penat ai google2 tapi tak jumpa.

mcm mana secara laymennya dengan menggunakan wifi boleh convert ke call ye?  

sudah dinyatakan bukan melalui data layer base on voip . jadi pakai mcm mana tu?.

chargingnya akan nampak sebagai voice ke atau data?. boleh nampak beda kat bill kah?.

log log bill itu akan di cipta oleh wifi node kah? atau pusat billing dan charging umobile tu?.

ai assume, charging tu real time, maka sebab itu chargenya sama rate dgn domestic atau idd...

maka apakah wifi pun sudah di kira ala2 pencawang gitu?  kemudiannya macam mana ye?
Quote ohnoLia 31-5-2016 12:50 AM
Bencohen replied at 31-5-2016 12:32 AM
Please la dong. skype facetime seme free dah berabad lamanya. Whatsapp pun dah boleh.

Umobile ni  ...

tapi skype dan face, viber dan in future whatsapp call?

kita boleh nampak bill sebagai call atau data ye sis?
Quote gigahertz 31-5-2016 07:13 AM
ohnoLia replied at 30-5-2016 04:49 PM
dari segi teknologi nya,  ai confuse, penat ai google2 tapi tak jumpa.

mcm mana secara laymennya  ...

tech umobile ni adalah sama dengan dengan tech whatsapp call. bende2,macam ni perlukan:

wireless berinternet.
data plan berinternet.

kelemahan wifi call ni adalah innternet nak kena strong. minimum 3g. kalau wifi minimum 3 bar.

keuntungan telco adalah kita guna telco buat call. tapi penggunaan whatsapp wechat buat orang x pakai lagsung call ini merugikan telco.best way pakai infrastruktur wifi atau internet (sama macam whatsapp) tapi charge rate local calling. umobile untung dua tempat. data dan voice.

padahal call guna whatsapp free je
Quote Bencohen 31-5-2016 07:42 AM
ohnoLia replied at 31-5-2016 12:50 AM
tapi skype dan face, viber dan in future whatsapp call?

kita boleh nampak bill sebagai call ata ...

Data sis.

Sound boleh diconvertkan ke binary. Bila kita buat wifi call, kiranya kita send binary data to orang yang kita call. Analogi paling simple ialah kita send mp3/audio file secara live.

Quote ohnoLia 31-5-2016 10:20 PM
gigahertz replied at 31-5-2016 07:13 AM
tech umobile ni adalah sama dengan dengan tech whatsapp call. bende2,macam ni perlukan:

wireles ...

mekasih gigahert...... dan jua forumer yg lain.
maka ai nampak masih di treat sebagai data... dan adalah mungkin aggregator kat back end itu yg convert ke calling mode *maybe* ngee..

tp billing/charging sistem akan nampak ia sebagai transaksi data lah kan?   


then  indikator apa yg billing/charging sistem umobile guna untuk charge transaksi wifi call dia sebagai domestik call?.   secara real time pula tu?.
sbb haruslah ayol fikir billing/charging sistem mobile akan charge base on byte?.  dan bukan secara traditional protocol via ss7 layer.  confuse nye ai confusenye...

lebih pelik mcm mana dari wifi device nak kenal location origin caller utk determine call itu local to local, local to adjacent dan non adjacent? melainkan charge nya flat ratekah?

kalau ai complain...  mcm mana ai nak explain ai buat call pakai wifi selama sekian sekian charging block? kalau kat bill display ai adalah data semata?.


haah, jadi traditional call service akan mati. cuma wifi servis ini akan base on kekuatan signal wifi tu kan.. ai notis kalau pakai wifi public, selalu intermittent jha kalau kat public.. motif sgt2 ai nak buat call pastu disconnect, pastu kena call lagi..

wifi ni pulak, semata2 pakai wifi umobile sahajakah?  kalau ye, choi sgt2...    ai imajin boleh pakai wifi selangor, atau mana2 wifi kat kedai mamak gitu.. tp pelik.. sebab kalau pakai wifi mamak,  bukannya ai tak conected ke umbile network langsung... so ai assume, ni harus pakai wifi umobile yg coveragenya kena disemak....

ai suka membaca benda2 ni sbb dah selalu telfon kat tangan, ai ada lebih 2 telefon 1 samsung, 1 iphone.... 1 operator C 1 operator D ngeeee...   
Quote ohnoLia 31-5-2016 10:21 PM
Bencohen replied at 31-5-2016 07:42 AM
Data sis.

Sound boleh diconvertkan ke binary. Bila kita buat wifi call, kiranya kita send binar ...

ok sis...  
Quote bambimo 31-5-2016 10:25 PM
aku brsaBr sbb dia xkedekut data..nasib hdpon dual sim satu yg ok utk line..umobile utk data..maklumlah data sayang u
Quote gigahertz 1-6-2016 11:49 AM
ohnoLia replied at 30-5-2016 04:50 PM
tapi skype dan face, viber dan in future whatsapp call?

kita boleh nampak bill sebagai call ata ...

ni akan kira sebagai data. mmg call free. tapi data internet x free.
Quote ohnoLia 1-6-2016 03:38 PM
gigahertz replied at 1-6-2016 11:49 AM
ni akan kira sebagai data. mmg call free. tapi data internet x free.

Ooooo. Ngee.  
Quote kumen2 2-6-2016 12:56 PM
bende ni dah lame kt luar negara
Quote khairulcushion 4-6-2016 05:30 AM
Internet malaysia tetap mahal ==  .. Tetapi ini satu perkara yang baik (y) terbaik dari ladang
Quote BebeQ 22-6-2016 01:34 PM
Bencohen replied at 31-5-2016 12:32 AM
Please la dong. skype facetime seme free dah berabad lamanya. Whatsapp pun dah boleh.

Umobile ni  ...

pakai prepaid memang la rugi. tukar la ke postpaid dong.
Quote tentera_laut 22-6-2016 01:38 PM
MarryPottet replied at 26-5-2016 11:17 PM
melingkuplah maxis yg kedekut lepas ni
one day the younger generation will ask, maxis? what's that? ...

u mobile guna infra/services maxis. .. so rasanya maxis suka aje..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.349224 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top