CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Jackie Chan Nyaris Mati Dalam Filem Hollywood Terbarunya 'Skiptrace'

6-11-2015 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7898| Komen: 10



Oleh : TS LOO

sumber foto : On.cc


Jackie Chan sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan dan sedia kita maklum dia sering melakukan aksi ngeri yang membahayakan dalam setiap filem lakonannya. 

Meskipun umur sudah mencecah 61 tahun, tapi masih kelihatan sihat dan bertenaga. Jackie sering beritahu media "ini adalah filem aksi saya yang terakhir", namun setiap tahun tetap menghasilkan juga filem aksi dan semuanya lagak ngeri dilakukan sendiri, jarang menggunakan 'stunt double' atau pengganti aksi ngeri. 

Baru-baru ini, ketika penggambaran filem terbarunya berjudul  'Skiptrace', dalam satu babak di dalam air, Jackie hampir hilang nyawa. 

Dalam satu temubual bersama media, Jackie Chan berkongsi pengalaman yang paling memberi kesan mendalam buat dirinya berhubung filem terbaru itu, sambil ketawa dia menceritakan antaranya adalah babak di lumpur membuatkan dia dan 150 pelakon tambahan merendam dalam lumpur selama satu hari. 

Dalam kejadian itu dia tetap enggan menggunakan pelakon ganti dan sebarang kesan khas untuk lakonan babak tersebut, cara kerjanya yang cukup professional ini amat disanjungi oleh semua krew atau pekerja penggambaran yang terlibat. 

Jackie Chan turut beritahu, ketika penggambaran di Kwang Si mengenai babak menghanyut di sebatang sungai yang dalamnya 15 meter, bawahnya dipenuhi batu-bata yang tidak rata, akibatnya tanpa disangka dia terjebak ke dalam pusaran air atau whirlpool. 

Ketika itu, dia berpusing-pusing tanpa berhenti di dalam pusaran air tersebut, sementara itu, perahu telah pun bergerak meninggalkan dia. 


sumber foto : On.cc


Krew penggambaran menggambarkan keadaan ketika itu, " Kelihatan Jackie Chan amat terdesak sehingga seolah-olah sudah putus asa untuk menyelamatkan diri di dalam sungai.", akhirnya mujur Jackie selamat mengharungi saat yang cukup membahayakan itu.

Menurut Jackie, " Pada saat itu, betul-betul menakutkan dan rasa amat panik."

Sebenarnya 'Skiptrace' filem terbaru Jackie Chan ini telah pun pernah berlaku insiden dimana seorang jurukamera berpengalaman terjatuh ke laut dan mati ketika menjalankan penggambaran di Hong Kong, 

Ketika itu, Jackie Chan yang juga berada di lokasi, segera terjun ke laut untuk menyelamatkan jurukamera tersebut, tapi sudah terlambat, apabila pasukan bomba tiba ke lokasi, jurukamera tersebut dikatakan telah meninggal dunia. 

Setelah itu, Jackie Chan pula hampir hilang nyawa di Kwang Si sepertimana yang diceritakan di atas, maka penggambaran filem tersebut boleh dikatakan banyak dugaan. 

Filem 'Skiptrace' dijangka ditayang pada tahun depan semasa Tahun Baharu Cina. - CARI Infonet






16

Bagus
18

Marah
26

Terkejut
18

Sedih
12

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makton 6-11-2015 10:54 AM
smua movie dia ckp "filem terakhir sy"
aritu CZ12 pun sama gak.

kang betul2 mati mcm Paul Walker tu, baru la namanya filem terakhir sy...
tak sempat nak habiskan shooting, dia jalan dulu.
Quote AryaStark 6-11-2015 01:48 PM
kagum dgn jackie chan.
Quote boyagombak 6-11-2015 08:38 PM
Biasanya pelakon yg boleh melakonkan sendiri lagak ngeri ni xkan puas selagi x buat betul2 ikut kehendaknya dan selalunya hujung2 akn ditimpa musibah. Klau x cedera parah haruslah pergi x kembali.
Quote joyah77 6-11-2015 09:26 PM
bukan die da retired ke
Quote amanzyosh 6-11-2015 10:49 PM
kuat lagi pakcik ni...
Quote leon_mclaren78 7-11-2015 11:13 AM
Org filem yg betul2 dedicate hidup dia utk filem, mmg susah nk retire. Pendek kata selagi ada upaya & selagi org nk tgk dia blakon filem, mustahil dia boleh senang2 retire.

Patutnya usia mcm Jackie ni dh boleh duk umah melayan cucu jah. Tp org dh biasa enjoy keja, mesti mati kutu kalo duk umah saja.
Quote Wombo_Jackson87 23-11-2015 09:37 PM
Jackie Chan, org yg bertanggung jawap merevolusikan filem aksi di dunia...minat dier nih..
Quote qronaldo7 25-11-2015 11:24 AM
dah 61? wow
Quote pittjie 25-11-2015 12:26 PM
leon_mclaren78 replied at 7-11-2015 11:13 AM
Org filem yg betul2 dedicate hidup dia utk filem, mmg susah nk retire. Pendek kata selagi ada upaya  ...

dah cucu pun dia tak dok. nak buat acaner. ada anak pun sorang je. dah besar panjang. eh .. kalau termasuk anak dgn mistress .. 2 org la kan.

Quote billionman78 18-4-2016 02:03 PM
aku membesar seiring dengan citer2 dia dulu....

Project A, Armour of God, Drunken Master, RUmble in the Bronx, Who Am I, pergh banyak lagi laa

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.090397 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top